Followers

Tuesday, June 4, 2013

Saya beli kasut baru.


As salam.
Apa khabar kawan-kawan yang manis jelita?. Semoga sihat dan gembira hendaknya.
Saya rasa ramai orang perempuan mesti jenis ada pelbagai kasut sendiri di rumah. Makanya bolehlah tukar-tukar kasut ikut color baju kan. Belum lagi sandal untuk di pakai ketika keluar di hari minggu kan.

Saya ini, hehe memang jenis pakai sandal hingga rosak. Dulu-dulu masih sempat lagi pergi dua kasut at one time. Sandal sekalilah. Sekarang ini time constrain sungguh.
Sebab kasut CR yang berusia setahun itu untuk pergi kerja sudah rosak, barulah terkial-kial pergi cari kasut. Plus kasut sarung Essarli saya pun rosak juga.
Sudahlah cerewet bangat. Penat berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Walaupun di JJ sale masa itu, malas hendak membeli sebab sudah bosan pakai brand Crocodile, CR and seangkatana dengannya.
Saya selalu beli kasut juga di Essarli di JJ Taman Equine. Tapi kali ini sudah tidak banyak pilihan menarik di situ. Terpaksa tukar brand lain nampaknya.
Dulu-dulu antara brand kegemaran saya untuk kasut kerja ialah Nose di Mid Valley dan juga KLCC. Price pun dalam RM60++ sahaja.
Kalau Vinci saya suka beli sandal atau untuk kasut jalan-jalan.

Memandang semua kedai best tiada berdekatan, so last-last dapat juga di kedai ini Vern's yang 1st time saya mencuba.
Beli sepasang sahaja dulu. Price RM 49.90. Banyak kasut menarik di kedai ini. Masa saya pergi itu, memang ramai orang sungguh. Kedai ini terletak di Ground Floor di IOI Mall Puchong.
Kisah masa mencuba kasut ini di kedai. Pelik sebab kasut color ini, masih ketat lagi walaupun color biru gelap dengan saiz yang sama tapi sudah longgar.
Ermn rupanya ramai orang kurang minat membeli color ini. Nape ek. Bukan ke comel color oren ini.

Tapinya satu hari pakai semalam, erm kaki sedikit melecet di bahagian belakang. Belah kanan sahaja. Petua emak suruh letak minyak masak di bahagian kasut itu.
Makanya pagi ini saya pakai kasut lain yang sedia ada yang mana kurang minat sikit. Kasut Camel Active hadiah dari Kaklang.
Esok mesti hendak pakai kasut baru. Saya suka dengan colornya yang shock itu.

Teringin hendak pakai kasut wedges, tapinya macam tidak yakin untuk berjalan dengan ketinggian kasut itu. Walaupun rupanya sangat comel kan.
Heel sendiri pun saya sudah lama lupakan. Entah bila hendak pakai begitu lagi.
Dengan keadaan saya sebagai sekarang, rasanya the best shoes ialah kasut sarung yang comel-comel. Mudah di sarung, senang berjalan.




4 comments:

akuzle ayu said...

Org kaki kecik comey senang cari kasut. Esarli biasanya sesuai n ada utk potongan kaki saya. Verns neh lebih kurang mcm Vincci kots design dia. Utk kaki comey2

Ms Haslina said...

Ooo..tak pernah terfikir begitu.
Tq berkongsi perasaan orang yg pakai bukan saiz 5 yea Ayu.

Tumpang simpati :(

maidatul said...

Ermm akma pun gitu now...
Masuk semua kedai kasut utk cari yg sesuai. xde ikut brand yg slalu guna da.
Yang penting sarung n sodap pakai.
;)

Ms Haslina said...

betul tu Akma, yg penting selesa dan harga berpatutan.

p/s klu best di pakai mesti hendak ulang-ulang beli di situ kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails