De ayam.
De kedai.
As salam.
Hari wordless wednesday kembali.
Hoping anda tetap maintain anggun dan happy happy sentiasa.
Happy working yea.
Mesti semua pernah isi minyak di Stesen Minyak Petron yang dulunya ialah Esso. Yang baru rebranding itu. Jangan lupa ya sertai contest 450 yang masih berjalan lagi. Semudah cuma isi minyak RM40 dengan leretan kad Smiles sekali.
Semalam saya EL belah petang. Ada urusan.
Cuma saya dan HC juga baby Hafiy sahaja. Yang lain tinggalkan di rumah Kaklang. Minta jasa baik maid Kaklang jagakan.
Selesai urusan sudah jam 6pm. Alhamdulilah jalan tidak jem sangat walaupun time orang balik kerja gitu. On the way itu, saya beritahu HC yang saya macam laparlah.
Ialah tidak makan lunch kan. Cuma makan mee hoon sedikit gitu. Tapinya saya lost hendak fikir untuk makan apa. Tekak macam teringin hendak makan KFC, tapi masih fikir-fikir lagi. Cadangan lain hendak masak sambal sardin dan goreng sayur sahaja untuk dinner nanti.
Terus fikir lagi, malaslah beli KFC dengan harapan ada pasar malam dekat rumah Kaklang.
Saya cuma seorang ke pasar malam sebab sudah gerimis mengundang masa itu. Serius banyaknya makanan di jual di area depan Masjid BK5. Ikut nafsu lapar semua hendak di beli kan. Tapi saya langkah pelan-pelan, tanpa ada perancangan untuk beli makanan yang mana satu.
Direct fikir, beli apam balik plus lagi beli montot ayam bakar. Hehe semenjak kahwin orang Sabah ini memang saya sudah termasuk dalam golongan pemakan tegar montot ayam.
Serius 1st time makan semestinya di Tawau, kg HC. Memang sedap di tambah dengan cicahnya yang memang lagi sedap. Di KL saya dan HC pernah makan di kedai makan in between Maybank/CIMB rasanya dan Mydin. Di situ montot di goreng sahaja, tapi sedap.
Satu lagi saya dan HC makan di kedai makan di Pandan Jaya. Kedai jual lauk pauk makanan tengahari. Opposite kedai perabot dan berdekatan dengan Maybank. Yang ini di goreng berlada. Fuh sedap dan memang perlu di ulang tayang makan lagi.
Berbalik story ayam. Last last lepas ambil anak-anak terus ke pam minyak. Isi minyak RM50 dan beli ayam goreng yang berharga RM1 satu ketul. Saya beli RM10 bersamaan 10 ketul. Rezeki masa itu ayam pula baru di masak. Penuh dua tangan membawa bekas kertas berisi ayam ke kaunter pembayaran.
Yang tidak boleh blah iya lah, tengoklah full pictures ayam goreng yang belum di makan di bawah. Banyak, penuh satu bekas. Di ulang, RM10 sahaja. Alhamdulilah.
Di Kedai Threats ini juga terdapat banyak makanan lain yang sedia di makan di situ juga kalau mahu sebab ada kerusi meja di sediakan. Memang selesalah.
Ada nasi lemak, mee hoon, mee goreng dan nasi ambang. Yang itu semuanya berbungkus dan selalu di hantar waktu pagi dan petang.
Ada lagi nasi ayam yang murah dengan pilihan rasa ayam. Iaitu madu, black pepper, percik dansatu lagi yang saya sudah lupa. Tapi yang paling best ialah black pepper.
Lagi lagi ada banyak jenis kek-kek dalam tupperware empat segi kecik itu.
Fav. kami sekeluarga ialah nasi ayam black pepper. Selalu beli ayam seekor terus sebab ayam jenis kecik sahaja. Laginya coffee sejuk dan juga ayam goreng singgit.
Qeqeem with Haifa.
Haziq with Haifa again.
2 comments:
Haifa sorang jela yg rajin semyum...yg boboys sumer masam je muka eh :D
hehe, yang boboys sudah tidak sabar hendak makan ayam. tapi kena ambil gambar dulu. tu yang jadi gitu tu.
;D
Post a Comment