MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Dirujuk: Kzai@Teratakimpian
Resepi ini sesuai untuk loyang 9 inci.
Bahan A - diayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1sudu teh bpowder
1sudu teh soda bicarbonate
4 biji telur
2 cawan gula halus (guna 1 3/4 cwn)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak- akak guna minyak jagung
1½ cawan air panas mendidih.
2. Masukkan susu pekat }low speed
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit }low speed
5. Masukkan air panas dalam adunan tadi (part ini tak perlu guna mixer cuma ratakan dengan senduk kayu).
Lensakan marjerin pada loyang dan adunan dicurahkan.
6. Bakar 40-45’ - bakar dekat sejam suhu 175C (bergantung kepada oven masing-masing) - Kak Zai bakar 1 jam 10 minit.
**nota dari haslina myredloves
ketika membakar kek berunsurkan coklat, mesti peka dengan suhu sebab permukaan kek coklat mudah crack berbandung kek biasa.
**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sebab banyak guna air dan susu pekat sebab itu moist.bakar hampir sejam baru kek masak.
Adunan dalam loyang 8 inci. Sebab saya guna acuan 8 ini maka ada extra adunan,
maka saya letak extra dalam bekas foil ini.
maka saya letak extra dalam bekas foil ini.
Serius tidak ingat dari mana saya dapat resepi-resepi ini. Hanya ALLAH dapat membalas pada mereka yang baik hati atas pengkongsian resepi indah ini.
Chocolate Ganache.
250 gram cooking chocolate.
200 ml whipping cream.
2 sudu besar madu.
Cara-cara.
Masak whipping cream dengan api sederhana sehingga keluar buih-buih.
Masukkan cooking chocolate yang telah dihiris kecil.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan madu then boleh tutup api, kacau lagi perlahan-lahan hingga adunan sebati.
Ganache filling/cream. (Sumber Naiz Ismail, FB)
250 gram cooking chocolate. (200 gram pun boleh, coklat dalam kuantiti banyak sesuai untuk buat hiasan piping.)
50 ml whipping cream.
Cara-cara.
Panaskan whipping cream dengan api perlahan dalam periuk hingga ada berbuih di tepi periuk.
Tutup api dan angkat periuk.
Masukkan coklat compound yang di hiris kecil, gaul perlahan-lahan sehingga coklat larut.
Masukkan separuh adunan dalam piping bag sekiranya hendak membuat hiasan piping.
Nampakkan cream/ganache filling yang macam coklat
sebab saya lebihkan coklat dalam adunan.