As salam.
Jumaat come again. Selamat bercuti dan berhujung minggu.
Jom tengok masakan mudah dari saya. Ialahkan, mana tahu teringin memasak di hari cuti ini nanti. Air tangan isteri/mama mesti yang terbaek kan. ^,^
Ish lama juga tidak makan fast food gini gitu. Maklumlah habis berpantang dulu kan. Masa shopping di JJ lepas, sempat saya suggest pada HC untuk beli Cabonara Cendawan instant dari Prego. Alahai yang dalam tin itu sahaja. Memandangkan di rumah pun masih ada lebih linguine pasta (refer picture bawah sekali.).
Suka hati sahajakan, hendak guna pasta yang mana satu vs dengan yang mana satu.
Mulanya malam itu saya dan HC sudah macam malas hendak makan nasi. Mahu beli makanan di luar, aduhai I know both of us memang sudah tahap bosan untuk makan makanan bergoreng order dari kedai. Mesti ada rasa yang kureng. Kalau tidak, mana yang macam terlebih minyak. Mahal, tapi rasa tidak berbaloi.
Makanya HC tersayang ambil keputusan layan cabonara malam itu. Cuma ada tambah udang sahaja. Suka hati sahaja hendak siapkan hidangan dengan tekak sendiri dan juga ikut apa sahaja yang ada dalam peti ais. Udang itu pula jangan lupa di goreng dulu yea.
Kalau ada cheese mesti lagi sedapkan.
Haziq dan Haifa pun memang suka banyak sama. Qeqeem sudah tidur masa itu, maka terlepas untuk makan sekali.
Mudah sahaja sediakan sajian ini. Ringkas dan padat.
Cuma sediakan pasta yang telah di rebus.
Panaskan prego dalam periuk yang lain.
Selesai then terus campurkan dengan pasta dan makanan tambahan lain.
Kemudian sudah boleh di makan. Dan semestinya mengenyangkan.
Cuma sediakan pasta yang telah di rebus.
Panaskan prego dalam periuk yang lain.
Selesai then terus campurkan dengan pasta dan makanan tambahan lain.
Kemudian sudah boleh di makan. Dan semestinya mengenyangkan.
Jenis Prego yang lain.
p/s yang herba tu, kuat betul rasa herb nya.
p/s yang herba tu, kuat betul rasa herb nya.
Memasak Paprik pun adalah mudah sebenarnya. Dan ia tidak memakan masa yang lama pun. Saya merupakan penggemar tegar lauk paprik. Asalan mula-mula makan paprik ialah semasa study di JB dulu. Setelah kenal paprik, mahu hari-hari duk ulang sahaja. Akhirnya secara tidak sengaja saya google resepi simple juadah ini di internet. Aduhai, sonang bona rupo nyo.
Resepi Paprik Sotong.
Resepi Paprik Sotong.
Bahan-bahannya.
Halia - hiris.
Bawang Merah + Putih. - hiris.
Cili boh 2 ke 3 sudu besar.
Garam.
Sos Ikan 1 sudu besar.
Sotong di potong.
Kicap tiram 1 ke 2 sudu.
Kicap cair masin.
Daun limau purut.
Cili padi 4 biji - hiris.
Kacang panjang.
Cara masak.
Tumis bawang, halia. Naik bau masukkan cili boh.
Cantik color dan naik bau lagi, masukkan sotong. Api perlahan.
Masukkan sedikit air pada yang suka berkuah.
Cantik sotong sudah lembut, boleh masukkan kacang panjang, dan bahan-bahan lain.
Tunggu menggelegak, dan boleh tutup.
Pasta Type.
Suka pasta yang part lebar-lebar sebab cepat kenyang kalau makan.
No comments:
Post a Comment