Followers

Friday, June 14, 2013

My Hafiy is 3 months old.

As salam.
Alhamdulilah sudah Jumaat lagi.
Selamat bercuti dan bergembira yea pada Sabtu dan Ahad nanti.
Tapi tengah bulan kan, moga ada rezeki yang terlebih lagi kan. amin.

Hari ini hendak story mengenai Hafiy. Semalam 13/6/2013, Hafiy with HC pergi appointment klinik. Cucuk untuk 3 bulan. Yup pergi berdua sahaja nampaknya.
Serius HC memang lebih pro dari saya part anak-anak ini. Setakat berdua dengan baby Hafiy adalah perkara biasa bagi HC. Kalau sayalah, insyallah setakat Haify sahaja boleh lah. Kalau sekali semua, waduh hai, tidak pasti lagi boleh atau tidak agaknya.
Berat Hafiy naik ke 6 kg semalam. Yang lain pun alhamdulilah. Progress baik. Next appointment ialah lepas raya iaitu 13 August. Ooo sistem imunisasi yang baru ini skip untuk umur 4 bulan rupanya. Sebab sudah banyak cucuk yang di rangkaikan together. Dan kalau tidak silap saya nurse cakap, imunisasi yang baru ini membuat baby kurang mendapat demam selepas di cucuk. Alhamdulilah syukur pada ALLAH setakat ini Hafiy belum pernah demam lagi.
Lepas ini jadual imunisasi ialah pada 5 bulan, 12 bulan  dan 18 bulan

Hafiy 3 bulan.

Progress Hafiy.
Kalau boleh sentiasa hendak ada orang dekat dengan dia. Sebabnya Hafiy sudah pandai di ajak 'berbual'. Suka gelak-gelak. Sadly masih belum pandai meniarap sendiri. Tapi tanda kearah itu memang sudah ada. Waima pandai bergerak, saya tengok sekali itu dia sudah berpusing tidurnya dalam 60 degree gitu. Still sama legacy dengan abang kakak dia, kuat minum susu.
Sebenarnya menjaga Hafiy memang tidak susah. Sampai satu masa saya ingat saya ini tidur seorang sahaja masa dalam pantang dulu. Sebabnya Hafiy memang banyak tidak mengganggu. Cukup susu, tidur lama lah dia. Sekarang ini paling kuat 2 kali sahaja Hafiy bangun malam untuk susu. Part lain dia tidur sahaja.
Satu perkara lagi, tempat mandi Haify nampaknya sudah tidak muat. Macam ngam-ngam sahaja sekarang ini.

With kakak Sandra.

Jom join RM10'000 prices with Kotex One Minute Time-Out contest. cuba klik.

Gigih saya korek picture Haziq, Haifa dan Qeqeem yang umur sama dengan Hafiy. Saja hendak tengok rupa anak-anak kesayangan saya. Adakah muka diaorang sama?.

Haziq, tahun 2007

Haifa, 2010.

Qeqeem comel, tahun 2011



4 comments:

Unknown said...

dah 3 bulan..Alhamdulillah..dia membesar dgn sihatnya..:)

Ms Haslina said...

alhamdulilah. tima kasih mama_kaOri.

Ina Hashim said...

bam bam sungguh....dah besar ni baru nmpk iras muka Lin....dan sebijik kakak comey dia

Ms Haslina said...

hehe.
mmg muka kakak dia kan.
sungguh bam bam comel.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails