How your weekend?. Harap semua orang happy-happy dengan family di rumah atau kemana sahaja tempat menarik ketika bercuti.
Teringin berkongsi lunch saya di rumah semalam. Kebetulan HC beli daging semasa ke Pasar Borong Selangor, maka tugas isteri adalah memasak lah. Cadangan hendak masak kari daging, lepas itu santan pula tiada di rumah. Hendak keluar, erm malas dan penat sebenarnya. So tukar menu ke daging goreng kunyit. Aduhai bawang Holand pula tiada. Makanya saya goreng sayur campur dulu then lepak. Lepas itu fikir-fikir, apa kata tukar sahaja guna bawang merah yang saiz besar sahajalah. So on lah memasak kembali.
HC ini tidak berapa pandai membeli daging. Maklumlah orang tepi laut ini. Dagingnya ada urat-urat gitu. Bila makan, kurang lembutlah. Tapinya HC beritahu memang dia suka makan daging yang ada urat gitu.
Saya masak lauk ini bubuh cili padi dan bawang merah sahaja. Daging itu lumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan sos tiram. Then goreng dulu daging, kemudian baru menumis. Settle.
Dagingnya saya goreng kurang lembut sebab angkat cepat. Maklumlah excited hendak masak. Makanya dua orang di rumah ini semalam, terpaksa kerja kuat sikit ketika mengunyah. Kata HC, macam hendak tercabut rahang di buatnya. Huhu.
HC minta letak cili padi banyak.
Lepas itu, time makan sudah tidak boleh bercakap.
Pedas :D tapi mengancam tau.
Sayur adalah kegemaran saya dan HC.
2 comments:
Oooh awk letak sos tiram eh, next time boleh cuba :-)... oooh eina n husband jns tak tahan pedas, mmg idok le bolehletak cilipadi tu..hehe..seram nengoknye..
terlebih cili padi sebenarnya itu. memang 'nangis' time makan tu.
maklumlah emak bawakan cili padi dari kg.
;D
Post a Comment