Followers

Monday, June 17, 2013

Moist Chocolate Cake for Haziq birthday.

As salam kepada mama-mama vogue yang sedang bekerja di rumah mahupun di office. Moga urusan kita semua pada hari ini sentiasa di permudahkan oleh ALLAH swt. amin amin amin.

Pinggan kertas kartun fav. Haziq.

Haziq susun sendiri extra candles.

Hari ini, saya hendak continue pictures cake birthday Haziq malam tadi. Tiada jemput sesiapa pun. Call Acu sahaja datang rumah. Siap pesan Acu suruh belikan air coke sebotol. heh heh.
Seharian pagi di hari Ahad itu saya di dapur. Fuh 1st time membaking kembali setelah lama sungguh ' bercuti'. Mahu dekat setahun. Maklumlah masa itu kan sudah jadi mak yong kembali, makanya 'retired' lah dari membaking until selesai pantang dan masuk kerja semula.


Rajin dan gigih saya untuk membaking adalah kerana birthday Haziq. Walaupun memang penat sahaja lah kan. Since anak masuk 4 orang ini. Lain benar penatnya.
Tapi syukur dalam penat itu ALLAH sentiasa bagi saya dan HC kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab kami. Alhamdulilah.

The cake tersangatlah kecoklatan. 
Memang lemak. Sesuai untuk penggemar coklat.
(^,^)

Ada cream coklat ditengah kek.

Yup saya memang a little bit gelabah untuk baking semalam itu. Ialah baru hendak warming up semula kan. Siap testing dulu panaskan oven. Maklumlah cuti lama kan.
Laginya member-member yang pernah order dengan saya di office ada juga yang duk tanya pada saya bila hendak baking lagi. Saya cakap, saya masih belum start over again lagi.
Op akhirnya, saya telah bermula kembali. Start beli barang-barang ialah pada hari Sabtunya. Aura masuk kedai bakery Hot Oven dekat dengan rumah, memang syiok. Total out dekat 3 jam +++ preparation plus dengan selesai membakar sebiji kek saiz 8 inci dan 4 biji cakes comel guna foil sahaja.

Small birthday celebration.

Walaupun penat, tapi hati sangat puas bila Haziq cakap 'sedapnya kek mama buat ini'.
HC komen kek saya ini sungguh coklat, kalau makan banyak-banyak cepat muak. Huhu, saya memang tahu pun kek ini penuh dengan rasa coklat sebab saya lebihan coklat pada cream coklat dan ganache.

Juadah sampingan, ayam di goreng oleh HC guna tepung salut.

6 comments:

Unknown said...

ohohoh...tersangatla sedap tgk kek coklat..terliur la..

Ms Haslina said...

hehehe, sungguh kan.
tima kasih mama_kaOri.

Ina Hashim said...

moist choc cake peberet akak....terliurrrr(dahle puasa arinih huhu)

Ms Haslina said...

alahai minta maaf kak.

p/s nanti leh beli untuk makan lepas buka puasa ye kak.
;D

maidatul said...

Alhamdulillah..

Selamat hari lahir Haziq semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat...aamiin..

ermm sedapnye kek tu.. nti leh arr akak bagi resipi Akma nak try hihii...

Ms Haslina said...

amin amin amin.
tq auntie akma.

p/s akak da letak resepi. cuba yea nanti.budak-budak memang suka kek ini sebab sungguh kecoklatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails