Followers

Friday, October 31, 2008

love him so much..

25 oct 2008 merupakan hari jadi abah tercinta yg ke 69 tahun. Tapi aku tak dapat balik kg hari sabtu tu...kerana terpaksa menyiapkan keja tanda menanda sepanjang cuti 3 hari tu. Sedih jea kan...
Alhamdulilah syukur pada allah, abah masih sihat (cuma lately ni abah masih demam, ialah cuaca tak menentu sekarang nie kan) dan masih bekerja sekarang nie. Wlu pun umur abah da camtu..tp still kerja jea. Xde siapa paksa abah bekerja, duit yg ada tu da cukup tapi masalahnyer abah tu mmg x leh duduk diam pun. Klu ada kat umah pun...ada jea kerja dia buat...mesin rumput kea...potong2 dahan kayu pokok rambutan lah....x pun abah ada kat stor barang2 construction kat umah tu. Sentiasa ada jea...kerja2 yg nak dibuat. Abah mmg cannot duk diam gitu2 jea. Sebab tu aku rasa abah sentiasa murah rezeki sebab abah tak pernah jemu usaha dalam mencari rezeki. Alhmdulilah company abah yg aku rasa da masuk 25 tahun lebih ditubuhkan sentiasa ada kerja jea.

Sehari sebelum raya ari tu abah bawa balik kereta baru. Erm...aku pun terkejut gak. Ialah abah ni suka berahsia orang nyer (sama ngan aku...heheheh). Cuma abang ngah dan adik aku jea yg tahu pasal abah beli kereta baru. Itu pun adik (adik aku keja kat JPJ) tahu sebab abah call adik bertanyakan no plat kereta yg 'cantik' utk kereta baru nie. Tapi dek kerana masa terlalu pendek..adik cakap buat masa tu no plat 'cantik' x de. Erm..tp abah ok jea. X kisah lah klu x de...tp at list ada no 88 khas utk kereta baru abah tu.

senarai no plat kereta yg aku ingat -semua tu plat negeri sembilan :)
7588
9896
9411
3457
8859

Picture kat atas tu ialah barisan kereta yg abah beli sendiri secara tunai. Ada sebuah kereta dan sebuah lori yg tidak termasuk dalam picture tu. Abah yg minta gambar semua kereta nyer diambil masa 1 syawal hari tu. I'm so proud of my father.
Abah mmg orang nyer x suka berhutang. Klu dia nak aper2 mesti dia simpan duit siap2...pastu duit da ada barulah dia pi beli.
Lorry tu antara memula kenderaan yg abah beli masa memula business dulu. Abah start beli keta Honda masa tahun 1994. Masa tu both of my brother da kerja ngan abah. My sister still study kat US, myself baru masuk UTM jb and both of my brother masih sekolah lagi. Pastu abah belikan kakak kereta Honda di US. Aku pula masa tahun akhir abah bg aku drive kereta proton saga sebab aku kena menyewa kat luar dari U. Bila aku grad, abah jual kereta proton tu dan belikan kereta WIRA sempena hadiah aku habis belajar dan kereta tu aku pakai until now. Sebelum aku bertunang dulu abah beli kereta Honda lagi dan masa tu juga rumah baru di kg tgh on construction. Dan aku ingat abah da ok da dgn keta baru tu...tp abah beli lagi kereta Honda yg sampai one day before hari raya. Ada juga beberapa buah motosikal abah beli utk adik beradik aku yg lelaki guna...x pasti pulak baper buah.
Syukur pada ALLAH sebab memberi rezeki melimpah pada abah...alhamdulilah...alhamdulilah.

3 pictures kat atas sekali ialah cenderamata abah n emak beli masa melancong ke luar negara. Itu mmg satu lagi hobby abah. Paling last abah melancong ialah ke SYRIA pada tahun 2006 aku rasa. Memandang kan tahun 2007 abah dapat 2 0rang cucu..sebab tu aku rasa abah da stop pi jalan2 jauh nie.
Erm...1st time abah sendiri ngan kawan2 business pi melancong ke Europe. Masa tu tahun 1992 rasanyer. Pastu abah da bawa emak klu pi melancong. Tahun 2002 aku, emak dan abah pi menunaikan umrah. In between 1996 until 2006 abah and emak pernah pergi with travel agency ke -

india
china
jepun
sepanyol
turki
vietnam
australia
jordan

erm...x pasti lagi..lupa da aku. Tapi masa emak dan abah pi jepun, diaorang sambut ulangtahun perkawinan kat situ....syok kan.
Wlu mcm mana pun kejayaan dan rezeki yg abah dapat, abah tetap low profile dan sentiasa mendahulukan family sendiri. Itu yg paling aku respect ngan abah aku nie. Cucu abah yg 4 orang nie pun abah da ada harta yg abah wariskan kat diaorang.

Aku ingat lagi masa aku pernah kerja ngan company construction kawan abah di kuala pilah. Company cina...boss dia tu kawan abah aku.
Dia cakap "u punya bapak manyak baek punya orang, dia meniaga tak ada belok2 pun, semua mesti lurus saja". Aku dengar camtu, lega hati aku....betapa macamana arwah datuk dan nenek aku dulu amat pemurah orang nye. Wlupun mereka orang berada. Memang kebanyakan orang tua2 di kg aku tu ckap arwah nenek dan datuk aku nie baik orang nyer. Itu juga yg abah buat sekarang..sama mcm arwah parent dia. Alhamdulilah juga my sister pun camtu (dia yg gaji paling besar between ktorang adik beradik). Juga semua adik beradik aku....kami tak kisah berkongsi. Lagipun rezeki yg kita dapat tu bukan semua hak kita. Kita cuma sebagai pemegang amanah jea..pastu rezeki tu akan sampai pada yg lebih berhak.




Thursday, October 30, 2008

mug RED 2 LOVES..

jari2 comel Haziq

aLhAmdulilah..Allah panjang kan umur En Hendra ke 31 tahun hari nie 30 oct 2008.
Selamat hari jadi sayangku, semoga ALLAH berikan kesihatan yg sihat dan murah kan lagi rezeki abang sentiasa amin ya rabil alamin.
Aku idaklah beli SPECIAL aper2 pun utk dia..cuma gubahan bunga bersama MUG merah ada 2 tanda CINTA aku pada suami tersayang
...sebab aku da penin nak fikir pasal hadiah di waktu yg sesingkat nie.
Pagi td aku pergi kerja dengan da siap2 bawa player pemotong tangkai bunga. Plan gelap aku ialah gubah bunga di office bila semua orang da balik. Bukan aper...malu weh..nak gubah2 bunga depan diaorang tu...aku ni bukan pro pun..amatur jea. Memandangkan baru petang semalam aku betul2 free dgn kerja di office aku cuba cari MUG yg ada tulis happy birthday. Ntah aku rasa aku x suka gubah bunga dalam bakul atau pasu biasa. Aku lebih suka guna bekas yg ada bentuk seperti MUG. Tapi rupanyer...payah betul cari MUG camtu. Yg ada satu jea aku jumpa...tp ya ampun...tak lawanyer. Peliknyer kedai2 cenderamata pun x jual MUG yg aku cari. KUCIWA betul aku hari rabu tu.
Lunch hour hari khamis...mmg aku tak sabar2 nak kuar dari opis. Aku nak pastikan projek gelap aku nie berjaya. Pusing punya pusing dalam warta bangi tu..last2 aku jumpa MUG merah yg boleh di katakan aku berkenan buat pengganti MUG happy birthday yg x de satu pun aku nampak.
Jam 5.45pm aku mulakan projek gelap aku nie di office. Yg kelakarnyer aku susun semua bunga yg aku ada utk compare sepadan dgn MUG merah tu di bawah meja. Punyalah tak nak orang nampak. Sesambil tu aku da start cutting tangkai bunga..tetiba aku dengar tapak kaki sorang officemate aku nie..mcm menuju kearah meja aku...kekelam kabut aku bangun dari bawah meja...buat2 susun menda atas meja. Ingatkan dia nak pi pantry..boleh pulak dia berenti kat tempat aku tanya naper tak balik lagi. Aku masa tu da cemas da...risao oooo...dia nie lain sikit..klu dia nampak bunga2 tu..aku conpem dia tanya itu ini. Aku pulak bukan aper...malas nak kecoh2. Tapi alhamdulilah dia tak nampak projek gelap aku..tp lah klu dia melangkah setapak lagi ke dalam tempat aku........ CONPEM..dia nampak nyer batang2 bunga bersusunan...heheheheheh.
Masa tu da dekat jam 6.10pm..semua orang da balik kecuali boss2 aku. So aku da free da nak gubah secara terbuka. Tp mmg menggigil tangan aku masa nak cucuk bunga..bkn aper, aku x leh balik lewat nanti En Hendra bising...lagipun dia da YM aku petang tu yg malam nanti nak pi makan sate. Surenyer aku x leh sampai lewat kat umah. Sebab tu dalam masa kurang 20 minit...jadi atau tidak mesti kena jadi jugak...aku gigil2 tangan...perlu cepat..perlu pantas...fikir susunan bunga dalam MUG tu.
Akhirnyer...alhamdulilah...aku rasa ok lah tu gubahan amatur cam aku nie khas utk suami CINTA aku. Pastu aku cuma letak bunga tu dalam kotak. Kotak bekas A4 PAPER..punya lah besar kotak tu. Aku senyum puas sepanjang driving balik kerumah.
Bila sampai rumah aku letak kotak tu atas meja. Lepas selesai Haziq makan...aku minta En Hendra buka kotak tu...dia leh senyum malu2 lea pulak. HHehhh En Hendra ingat aku lupa hari jadi dia..sebab aku senyap jea sepanjang hari..tak de citer aper pun. Tapi sebenarnyer aku ada PROJEK GELAP.
Lepas makan sate kat AWAN BESAR, ktorang lepak jap kat umah kakak aku di puchong. Bukan aper nak jumpa kan Haziq ngan cousin dia. Bagi diaorang hilangkan wendu2. Juga aku pi anta HUGGIES 3 beg utk anak buah aku tu. Huggies tu murah aku beli kat bangi..kakak aku minta belikan utk anak dia sekali...so aku beli 6 beg huggies masa tu. 3 beg tu Haziq nyer lah.
Sampai umah aku kemaskan meja komputer En Hendra dan letak kan MUG merah....so lovely.

contoh bunga2 sebelum di potong setangkai.

sila lihat perbezaan kedua2 gambar diatas..semua tu kerja Haziq.


cuti-cuti masa deepavali..

Erm..baper hari da tak update blog. Ialah tugas di pejabat kena dulukan...bila balik rumah tanggungjawab as a wife and mother pulak perlu di galas. Alhamdulilah semua paper students selamat selesai ditanda, diberi markah dan key in dalam komputer pada hari selasa hari tu. Peh..mmg tangkap pinar2 mata nie..menanda secara EXPRESS dan BERHATI2...ialah mesti nak kena pastikan aper yg ditanda tu mengikut answer and marking schemes.
Hari jumaat lepas mmg aku bawa balik rumah 41 (x 4 questions) keping final exam answer booklets dan 41 (x 2 questions) keping test utk subject SOIL MECHANICS. So total out dalam 246 answers aku kena tanda dalam tempoh 3 hari..but not 72 hours . Kerana the next tuesday tu mmg da due date utk hantar final marks pada exam unit. Tapi bukannyer simply leh tanda kertas sesuka hati bila ada dirumah. Banyak menda kena 'dijaga' bila kita start bawa balik kerja di rumah.
Hari sabtu tu mmg da jam 3pm lebih rasanyer..baru dapat pandang dan tanda paper tu. Itu pun setelah Haziq dan En Hendra tidor..tp itu pun dalam 2 jam kot dapat tanda paper tu. Pastu Haziq da bangun..kena stop menanda. Malam tu ktorang dirumah tgk DVD movie tajuk - THE MIDNIGHT MEAT TRAIN -.pastu..sambung tgk - BANGKOK DANGEROUS -...pastu tidorrr..
Hari ahad tu mmg da plan nak pi beraya kat umah KAK INA. Tp malangnyer En Hendra kena cirit birit pg tu. Dan petang nyer terpaksa cancelkan juga plan nak jalan sebab orang tu masih tak sihat lagi perutnyer. Malam tu aku pulun lagi tanda kertas dalam 3 jam gitu rasanyer. Pastu aku and En Hendra tgk DVD - TROY - 3 jam tu. Dari jam 1 am sampai 4 am......pinar2 lagi mata aku. Mmg aku tak pernah tgk citer tu. Memula mcm da ngantuk jea..tp lelama tgk...best pulak tgk citer perang2 nie. Tapi brad pitt rambut panjang...erm...sungguh tak kena langsung...orlando bloom jadi lelaki kaki perempuan tapi kaki bangku dalam berperang...ermmmm.
Hari isnin tu tgk DVD citer - THE RIGHTEUOS KILL - lakonan al pacino dan robert de niro. Ok lah citer tu..tp mmg nampak sangat diaorang tu da tua sangat. Siap ktorang tgk citer tu 3 kali break...cam slow jea story tu. Malam tu lepas maghrib aku da ngadap paper until 12 am. Tapi kena gak berenti2 kejap..lawan Haziq yg da merengek2. Siap bagi calculator kat Haziq dan pen merah sebatang...tp..dia tetap nak juga pen kat tangan emak dia nie....ish ish. Alhamdulilah aku habis menanda semua kertas test, 15 keping kertas exam dan 26 kertas exam lagi tinggal jawapan soalan 2 sahaja yg belum bertanda. Fikir2 mcm tak caya jea leh habiskan kerja dirumah. Ialah..mana dgn Haziq nyer mana dengan kerja rumahnyer. Lagi En Hendra pulak..klu aku tak join dia tgk tv atau dvd..mau dia merajuk le pulak nanti. Tapi fikir2...mmg wlu mcm mana pun sibuknyer kite...MASA BEREHAT DAN BERSANTAI BERSAMA FAMILY TU AMAT LAH PENTING DALAM MENGEKALKAN KEBAHAGIAN BERSAMA.

Friday, October 24, 2008

Haziq appointment kat HUKM khamis lepas..

Hari khamis lepas jam 9.30am, 16 oct, Haziq ada appointment di HUKM. So aku ambil cuti lah hari tu. 3 hari seminar di PWTC dan tambah satu hari cuti hari tu..total out 4 hari aku x masuk office. Hari jumaat baru masuk kerja. Ok lah kami dapat no 8 pagi tu. Lepas register kami pi breakfast kat kantin HUKM. Alhamdulilah pagi tu x tunggu lama..terus no 8 di panggil. Alhamdulilah juga Haziq sihat, cuma Dr bising sebab berat Haziq tak naik sangat. Klu di tgk pada line graf normal weight...berat Haziq betul2 di atas line paling bawah. Maknanyer klu kurang sikit berat Haziq tu da dikira 'kuruss'. Habis nak buat camnakan, da macam kami buat. Mmg Haziq x nak makan. Klu makan pun sikitttttttt jea. Haziq cuma kuatt minum susu. Haziq's next appointment ialah pada FEB 2009 nanti. Lepas balik dr HUKM, aku ajak En Hendra pi beraya rumah makcik dia di kg baru. Mmg sampai rumah makcik, aku minta maaf sangat sebab da lewattt sgt datang beraya ke rumah situ. Bukan aper lepas raya banyak sangat aktiviti yg mmg tak dapat dielakkan. Mana dengan pindah officenyer, pastu balik s'pore, pastu pergi seminar dan alhamdulilah hari khamis tu dapat juga kami pi beraya dirumah makcik.

Pictures below - Haziq ngan En Hendra sebelum masuk bilik Dr. Berat dan tinggi Haziq.
Lepas balik dr rumah makcik, ktorang pi tesco beli barang2 dapur. Masa nak balik tu, Haziq nak pulak naik 'gozilla' kat bawah tu. Sebab tempat tu besar, memula akulah naik ngan Haziq. Tapi kejap jea aku da turun..sebab ponin kepalo den...goyang sana sini. En Hendra ganti naik pulak utk pegang si kenit nie. Syok betul Haziq...picit itu ini. Tapi mula2 dia confuse gak tgk skrin kecik2 gozilla lompat2 dalam tu.

Thursday, October 23, 2008

aku balik awal semalam tengahari..

Salam..pagi ni 1 jam journey aku dari pandan indah ke office. Sebab nyer hujan gerimis dan awan gelap pagi td, so bak kata DJ radio RMKL..hari ni jem sebab orang ramai drive kereta daripada naik motor sebelum nie..sebab tu jalan JEMMMM.
Pagi ni ada student presentation utk final project diploma. Lepas beli bekpas aku terus masuk bilik tuk presentation..so x sempat mamam. Emmmm..kejap lagi nie ada satu group student lagi under nama aku. Lepas tu baru makan lah.

Semalam dalam jam 11 lebih aku chatting ngan En Hendra. Dia masa tu baru lepas call abang arwah (in the picture above, ms tu dia belum memeluk agama islam lagi) utk tanya perkembangan pengkebumian arwah adik dia petang tu. En Hendra cakap abang arwah sebak jea masa bercakap dgn dia dari hospital. Aku tanya En Hendra,
"u nak pergi ke bang?"
"nak..tp x de kenderaan"
"klu u nak pergi, skrg ni i balik rumah. kt jumpa di rumah je lah"
Terus aku kemas2 kertas atas meja dan terus balik. Lepas tu ktorang terus pi Gombak utk lunch. Baper kali gak tersesat masa cari tanah perkuburan tu. Alhamdulilah sampai kat sana, mayat tgh di mandikan. Sedih aku tgk masa tu..cuma ada beberapa orang je kawan2 sekampung En Hendra, ada yg bukan islam sekali. Aku sempat tgk dari jauh semasa jenazah nak dikapankan...dapat aku lihat muka arwah buat kali terakhir...nangis aku masa tu...sedihhh. Masa jenazah di kapankan tu..family arwah di sabah call 3G supaya diaorang dapat tgk arwah bt kali terakhir...sedihhhh.
Masa solat jenazah pun hanya 5 orang je solat termasuk imam, abang arwah, En Hendra dan 2 orang lagi tu aku rasa orang dekat2 rumah diaorang kot. Aku dan Haziq mmg pergi sekali masa arwah di masukkan ke liang lahat. Aku niat kerana ALLAH...sedih tgk hanya baper2 org jea yg ada kan. Wlupun semalam petang tu mmg panas sungguh hingga semuanyer selesai dalam jam 3 lebih.
Alhamdulilah semua nyer Allah permudahkan utk arwah masa pengkebumian nyer. Semoga roh nyer ALLAH rahmati dan diampunkan dosa2 yg telah arwah lakukan..amin ya rabil alamin.

Sampai rumah petang tu semua orang kena mandi lah sebab baru balik dr kubur. Kami minum petang dirumah dgn roti bakar sapu majerin. Lepas tu semua orang 'pengsan' atas katil. Malam tu aku tanya En Hendra, " abang nak makan aper malam nie?"....tp dia sendiri pun x leh fikir nak makan aper. Mungkin dia masih teringat arwah masa dimandikn dan di kafankan. Aku tanya lagi "abang cakaplah nak makan aper...nanti i masakkan". Dalam jam 8 gitu, En Hendra minta aku masakan MAGGI GORENG. Aku ok jea...terus masakkan 3 bungkus maggi.
Konon2 nak sambung tanda2 kertas lah lepas Haziq tido..tp lepas tidokan Haziq..aku pun tido sekali...penatttttttttt.

Wednesday, October 22, 2008

sedekahkan alfatihah...

Kawan2 klu sudi mari kita sedekahkan al-fatihah pada sahabat En Hendra yg kembali keramahtullah semalam siang..arwah MUHD AZMI BIN ABDULLAH. Aku pernah beberapa kali jumpa arwah dulu. Kecian aku kat abang dia semalam...bingung tak tahu nak buat aper bila dapat berita pasal arwah. Abang dia nie saudara baru..asalnyer orang cina. Sama juga dgn arwah..tp arwah da lama lah juga jadi saudara seISLAM. Family yang lain pun semua ada di SABAH dan di KL ni cuma ada abang dia tu dan adik dia yg belum tukar ke agama ISLAM lagi. Parent arwah di Sabah pun klu x silap..masih orang cina lagi. Cuma kebanyakan adik beradik jea da tukar ke agama ISLAM. Itu yg abang dia bingung semalam. Tapi alhamdulilah dia da ambil keputusan utk menyerahkan semua urusan pada pihak hospital. Wlu pun ayah arwah sanggup menanggung cost utk membawa pulang jenazah ke tawau sabah. So hari ni abang arwah dan adik dia akan bersama menguruskan urusan di hospital dan insyallah mereka akan dibuat bacaan tahlil di KL juga di Tawau.
Malam td tu aku sampai rumah da lewat da. Ialah jalan jem dan hujan lebat. Sampai rumah da jam 7.30 kot. Siap2 aper yg patut terus kami gerak pi rumah abang arwah..tp before tu kena ambil kawan2 En Hendra di KL. Penuhlah kereta malam td. Sampai rumah semula dalam 12 malam gitu..terus aku siap2 kan semua menda utk Haziq dan pastu terus tido...ngantuk dan penat sangat badan.

Tuesday, October 21, 2008

kerja penandaan di kertas..


Kertas answer booklets ada sana sini atas meja aku. Mana ngan assignments, laboratory reports, test mid term. Ponin kepalo den. Hujan pulak kat luar..sejuk pulak...ngantuk. Nak minum air panas tapi susu, gula, nescafe and tea masih belom ada lagi. Ialah pindah office baru kan. Ditambahkan semua orang pulak tgh bzzzzzzzzzzz tanda menanda kertas final exam. So tak de saper pun nak ambil tahu hal2 di pantri. Td pi lea kejap beli kopi O panas kat kantin. Badan pulak penat lagi..sebab kerja dari jumaat hingga today tanpa cuti2. Sampai lupa da hari ni ari aper sebenarnyer.
Pastu dalam kekalutan menanda nie..aku sedih gak ari nie. Kawan baik aku NANI akan menamatkan tugasnyer di sini today. Dia akan bertugas as a lecturer di BMI gombak starting early nov. rasanyer. Lama betul aku kawan ngan dia SINCE 2003 rasanyer..dan aku mmg tabik spring kat dia sebab dia mmg seorang yg low profile. Wlupun suami dia...pakcik kayo...tp dia maintain jea. Anyway aku ucapkan selamat berjaya kat office baru nanti yea, Nani. Jangan lupa aku yg setia di sini..
Okies..nak sambung kerja lagi..

Monday, October 20, 2008

tagging story..

Tagged By Mummy Syafikah, Haikal, Adam and Alysha

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
keluarga..

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
beli bunga plastic..

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
x de impian pun..nikah kat rumah abah.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
selamanyer hingga kesyurga..klu diizinkan ALLAH..

5. Adakah anda di lamun cinta?
mencintai diriMU selama-lamanyer..

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
pi makan PIZZA HUT kat warta bangi.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku utk Haziq...first 100 things around you.

8. Apakah nama penuh kamu?
Haslina

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Abah adalah orang yg selalu busy sahaja wlu pun teringin sungguh nak duduk bercerita2 dgn abah...so mmg sentiasa boleh bersama emak sahaja.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
X de kot..

11. Christina atau Britney?
Neither

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ya dengan bantuan mesih basuh lah...

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mekah dan Madinah..lagi sekali..

14. Pelukan atau ciuman?
Lebih suka di PELUK...

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
my sista kak INA - 1. nampak tenang, 2. maintain jea wlu anak da empat, 3.wlupun da berjauhan tp tiap2 hari jumpa kat YM. 4. sungguh gembira dapat kenal dgn dia dan harap kekal hingga bila2, 5. paling last jumpa in person masa dia dalam pantang tahun lepas....wenduuuuuuu..

16. 8 perkara yang amat saya gilai:
since kawin nie..kurang sgt perkara2 yg digilai..selalunyer ikut jea aper2 jea yg hubby suka..

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan:
..........................

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca:
...............................

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali:
maroon five - lovely day, buterfinger - 1000 tahun, maroon five - she will be loves........

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu:
banyakkkkkkk...

Friday, October 17, 2008

story cuti hari tu..

Masa on the way balik s'pore..jalan asik hujan2 jea. Ngeri betul nak drive masa tu. Padahal da bertahun2 driving..tp sebab da ada En Hendra, aku da jadi 'manja' lah pulak. Klu x de En Hendra..semuanyer boleh wat sendiri. heheheh.

Picture below -
Masa on the way kat 2nd link tuas checkpoint bridge. Masa tu da dekat jam 5pm. Starting at that time kereta malaysia da free masuk s'pore until 2am. X perlu bayar SD30 <----aku tak ingat sangat baper harga sebenarnyer. Tapi still leh guna free pass ntah baper hari setahun per car..tu pun aku lupa. So x payah bayar lah duit fees tu. Kereta NBM xxxx ni ada lagi 6 days free entry from monday to friday. So tolak dua hari ktorang kat sana. Total out tinggal 4 days free entry lagi until the end for this year. Toll pulak utk malaysian tol ialah rm 21.60 pergi balik klu aku tak silap. Dan SD9.60 pergi balik utk toll di s'pore. Tu belum kira parking fees utk mana2 tempat utk parking. Malam pun kena bayar parking..ermmm. Aku siap cakap kat sepupu aku..alhamdulilah dulu abah aku 'tarik' emak jadi orang malaysia. Klu tidak...tidak kesanggupan aku hidup 'gitu'..semua nak kena bayar...lotih den. Tapi sedih gak sebab berjauhan dengan family di s'pore. Sebab ktorang mmg rapat...whuaaa..

Aku nie klu pi sana..tetap mesti beli majalah MANJA -- picture atas tu -. Sebab aper..memula aku sukalah sebab mesti ada beg2 comel FREE. Kali nie dapat makeup small beg...syok kan. Cover picture tu sorry ek...aku tak minat dia. Memang langsung aku skip jea story pasal dia dalam majalah tu. Pastu cuba tgk kat bawah tu...laman hello..TAJUK SYABAS...ramai ek orang tak suka Fasha ek. Before tu masa nk tunggu dinner di bilik hotel di pwtc...tv tgh tayang citer MAYA xxxx yg ada Fasha tu.....

dan 4 peoples in the room semua nyer minta tukar kesiaran lain..sebab semua tak nak tgk lakonan Fasha...ermmm..
Picture bawah...aku sukaaaaaaaaa sangat kat AZHARINA ni. Sebab suara dia sedap...rupa pun cantik..so bila tgk cover majalah ni ada pasal dia..ketidak sabaran aku nak baca. Glamour dia ek..sampai s'pore ada dia...

Esok kerja satu hari..ari ahad pulak kerja pagi je. Ermmm..

Wednesday, October 15, 2008

takziah pada my officemate.

Aku still penat2 lagi hari ni. Tapi nak update sikit blog.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan salam takziah pada officemate aku ZAITUL atas kepulangan BONDA tercinta beliau ke ramahtullah pada malam 13 oct 2008 atau early morning 14 oct 2008 di seremban. Aku mmg berada dgn di bilik hotel masa dia nak bersiap2 dan bergegas balik ke seremban pada malam isnin tu utk melihat bonda nyer yg mmg da ditempatkan di ICU hospital seremban. Pagi semalam semasa di seminar baru aku dapt tahu pasal berita sedih tu. Pada Zaitul, aku berharap kau tabah dalam menerima dugaan dari ALLAH. Juga semoga roh arwah bonda kau di letakkan dalam golongan yg dirahmati Allah amin. Alfatihah.

Friday, October 10, 2008

raya OOOooo raya..

Assalamualaikum...aloppp. Aku masih di choa chu kang kat rumah makcik aku..berhari raya dan lunch sekali kat sini.
Semalam sampai kat gelang patah dalam jam 2.45pm. Lepas selesai semua kat situ..ktorang terus masuk s'pore ikut 2nd link tuas dalam jam 4pm rasanyer. Dalam kurang 40 minit gitu da sampai umah nenek aku. Malam tu lepak2 jea kat umah nenek. Ada makcik pakcik dan cousins aku dtg umah malam tu. Awal gila tido malam td...jam 10 lebih aku ngan Haziq da belayar.
Masa on the way di highway tu aku dapat rasa satu pengalaman yg tak pernah rasa before nie. Alhamdulilah juga masa tu En Hendra yg drive kereta. Klu aku yg drive..ntahlah...ALLAH saje yg tahu. Hujan tiba2 turun dengan selebat2 nyer..pastu kabus tebal. Memang langsung tak nampak aper2 keliling nyer. Hinggakan semua kenderaan kena pasang lampu kecemasan....sebab lampu biasa2 mmg da tak nampak langsung. Tak pasan aku berapa lama ktorang dalam keadaan macam tu..mungkin dalam 20 minit atau lebih. Lagipun kereta mmg kena drive perlahan sangat. Takut sungguh aku...alhamdulilah x de aper2 yg berlaku..syukur pada Allah.

Ya ampun...penat nyer melayan Haziq main kat playground tadi masa on the way nak dtg sini. Berpeluh2 den..
Baru dapat berita kurang baik..makcik aku admitted dihopital baru nie. Mungkin petang nanti pergi melawat. Semoga keadaan bik OJA selamat..amin.
Okieslah..selamat kita berhari raya selama syawal nie.

Wednesday, October 8, 2008

nak jalan raya lagi nie..

Meja cuma da ON kan pc jea. Yang lain masih bersepah2 lagi. Nenanti lah kemas..mungkin balik dari bercuti juga seminar nanti 17 oct jumaat baru kemas dan cantik2 kan...hehehehe. La nie tgh tanda menanda kertas student.
Erm jauh nyer perjalanan nak balik kg emak esok pagi.
Insyallah klu di izinkan dan dimurahkan rezekikan oleh Allah, kami akan balik ke Tawau juga nanti. Perkataan pertama yg MAK MERTUA cakap ngan aku di phone ialah...
"saper2 yg balik sini cuti sekolah nanti?".
Insyallah mak...kami akan balik...insyallah..

Gembira di hati bila Haziq da panggil aku 'mama' atau pun kekadang dia panggil aku 'mak'. Kiranyer lepas raya hari tu lah Haziq da start panggil aku gitu. Dan setiap masa nampak aku jea..mesti..'mama mama mama...........'
Pagi td sebelum pergi kerja, Haziq tgh minum susu..pastu aku nak salam..pastu boleh dia kuarkan dulu puting botol susu dari mulut dia supaya dia dapat salam dan cium tangan emak dia. Alhamdulilah...baik budi bahasa anak mama nie.
Satu lagi Haziq da pandai angkat tangan utk berdoa..msa tu aku baca bismillah nak suapkan dia makan...pastu tetiba dia sendiri angkat tangan dan mulut kumat kamit mcm bc doa dan pastu sapu tangan tu kat muka dia. Terkejut den..ngan si kecik nie. So sekarang nie klu nak suruh angkat tangan suh doa...pandai da dia..tp doa bahasa aper..ntah lah..hanya Haziq yg faham.

Monday, October 6, 2008

packing..moving..new office..

Erm dari pagi td sampai ke petang ni masih bz mengemas sikit2 barang di office nie dan di office baru. Insyallah esok nak CLEAR da semua nyer disini. Internet line mungkin ada pada hari khamis. So esok dan rabu aku akan memPULUNkan diri utk menanda paper students..harap2 dapatlah siapkan CARRY MARKS diaorang. Hari khamis dan jumaat nie aku bercuti raya lagi. Balik kg emak pulak di chua chu kang until hari ahad rasanyer.

Pastu next week pulak ada seminar selama 3 hari di PWTC - 7th INTERNATIONAL SYMPOSIUM & EXHIBITION ON GEOINFORMATION.
Dan lagi..hari khamis 16 oct, pi HUKM. Haziq ada appoinment kat situ. Insyallah hari jumaat 17 oct baru masuk office.

Sunday, October 5, 2008

bulan syawal yg indah..

Alhamdulilah da selamat semuanyer berlaku. Ialah 1 syawal pun da berlalu...tp mmg terasa sedikit sayu dalam hati apabila ramadhan telah juga berlalu. Menyesal juga kerna tak buat BANYAK2 amal pada bulan yg sungguh mulia..mmg betul..ramadhan banyak sekali memberi dugaan dan cabaran. Semoga segala kebaikan yg telah dibuat dirahmati ALLAH..amin.

Semalam petang kami sekeluarga da balik ke KL. Malam nyer cuma duduk dirumah jea...penat berhari raya masih terasa lagi. Memang sungguh meriah raya tahun nie...ramai saudara mara kunjung mengunjung kerumah. Hanya tinggal ABAH dan ATEH saje adik beradik abah..oleh itu yg datang kerumah ada yg sampai pangkat PIUT SEDARA (piut kepada arwah kakak sulung abah) dgn abah. Ialah lepas pangkat CUCU adalah CICIT..dan lepas tu pulak ialah pangkat PIUT..ntah..betul kea?. Kiranyer generasi ke 4 dari arwah Datok aku. Piut tu pun klu tak silap aku yg paling besar dah dekat sebaya dengan ADIK BONGSU aku yg da umur 25 tahun tu. Sedangkan adik aku tu baru pangkat CUCU jea. Dan adik juga merupa kan cucu bongsu arwah nenek datuk aku dan juga abah pulak merupa anak bongsu arwah nenek datuk aku. Memang klu nak di kumpulkan keluarga belah abah memang sungguh sungguh BESAR. Tapi disebabkan yg tua2 semua da meninggal dunia maka yg duduk dekat2 sajalah masih merayakan aidilfitri bersama. Yang jauh...insyallah mereka akan datang juga nanti..tp mungkin bukan semua.
Penin kepala aku juga masa kenal dgn diaorang dulu2...yg jarak umur lebih 20 tahun ngan aku..tp panggil aku MAKCIK. Ada lagi tua ntah baper tahun dengan abah dan emak aku..tapi panggil abah dan emak dengan panggilan datok muda dan nenek muda..heheheh..

Tengahari td kami sekeluarga pergi office aku. En Hendra tolong angkat barang2. Office aku tu kena clear before hari khamis nie. So sikit2 kena angkat barang2 kecuali meja jea yg ditinggalkan. Insyallah hari khamis tu TOTALLY kami satu department akan berpindah ke building baru. Dari mula aku berkerja sampai sekarang ni dah masuk 4 kali aku pindah office. Ialah pertambahan lecturer baru dan pertukaran taraf kolej ke kolej university membuatkan semua bertambah...so office pun makin lama makin besarlah.
Penatttttttttt sungguh mengangkat fail2 segala bagai. Pastu ktorang lunch da pukul 4pm kat beriani gam (sungguh tidak sedapppppppp) di tesco ampang. Beli barang dapur kat situ pastu pi carefour jalan peel dan balik rumah. La nie, En Hendra dan Haziq da tidor...semua kerna penat. Aku pun penat gak..tp nenanti lah tido.

Aku sungguh suka tengok picture kat bawah tu. Haziq tengah salam hari raya dengan datuk nyer. Pastu bila suruh salam nenek nyer pulak..Haziq tengah confuse tgk sampul duitraya datuk dia bagi dalam poket baju melayu dia. Haziq mmg pandai salam cium tangan dengan saper2 pun. Suruh jea salam...pasti di ambil tangan orang tu pastu di cium sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails