Petang ahad sampai sahaja ke KL dari Kuala Pilah, kami terus ke rumah kakak di BK5,Puchong. Ada hendak hantar barang. Seperti biasa kami kalau sampai rumah kakak
around dekat hendak malam,
comfirm kakak mengajak
dinner di luar bersama. Aku pula memang sudah me
landingkan diri di sofa sampai-sampai rumah kakak. Siap tertidur sekejap aku. Haziq pula syok jumpa cousin tersayang dan mereka bermain itu dan ini sampai sudah tidak larat aku hendak marah kan mereka yang kejap-kejap 'bergaduh'..kejap-kejap lagi pergi bermain didapurlah...kejap-kejap lagi pusing segala
button volume speakers sana sini dan bermacam-macam lagi kerenah mereka bila sudah berjumpa berdua.
Dekat jam 8 lebih, kami keluar dari rumah sekereta sahaja menuju ke
Crocodile Farm Seafood Village Restaurant yang terletak di Subang Jaya.
Jangan terpedaya ok!
Nama sahaja buaya, tapi langsung tidak ada menu daging buaya dekat restaurant itu.
Di pintu masuk restauran ini terdapat pelbagai makanan laut yang masih hidup terletak didalam tangki kaca.
So boleh tengok
lobster besar-besar itu secara depan-depan. Yang paling gembira ialah si kecik dua orang, begitu teruja melihat
fish hidup. Tetapi malam itu kami tidak lah makan
lobster...mahallll oit.




Kami makan seperti gambar-gambar di bawah. Aku tidak tahu menahu pun apa yang di
order oleh kakak. Maka tidak aku tahu apa kah nama lauk-lauk tersebut.
Erm..semua makanan@lauk memang tidak pedas langsung. Sama macam masa kami makan di restauran Cheng Ho@ restauran Amy Search di Wangsa Maju awal bulan hari itu.Memandangkan semua sudah lapar, sebab sudah masuk pukul 9pm masa itu. Apa sahaja yang telah di
order telah dihabiskan dengan laju sekali.HEHEHHE





Aku suka
service dekat restauran ini. Layanan baik dan cepat. Kalau
chinese tea itu sampai naik kembung perut aku di buat nya. Ialah kan..asal nampak suku sahaja aku baru minum..sudah cepat sahaja di tambahnya.
Haziq ini bukan makan pun, penuh bawah kerusi dia dengan segala makanan termasuk pinggan sup juga sudu dibuang semuanya.
Rambut baru Haziq :)
Memang aku tidak tahu pun asalnya air ini ialah untuk basuh tangan. Ialah kan, aku bukan biasa makan tempat-tempat seafood ini. Terima kasih daun keladi pada kakak aku yang memang rajin belanja makan sana sini. Semoga rezeki kaklang dimurah kan lagi oleh ALLAH..AMIN..
5 comments:
haziq tetap comey dgn rambut rekruit tu
hehehehe...
;)
ketam tu wat aku teliur jer..
chinese fd mmg xpds la
mak oih besaunya lobster situ kak. uhuk
gee ~ itu lah pasal kan...
ween ~ mmg besor sungguh..tp takat tgk jea lobster tu..nak makan..idak mampu gitu...
Post a Comment