Assalamualaikum,
Hari Khamis lepas memang aku sudah planning akan balik kampung emak malam itu juga. Sampai rumah lepas habis kerja terus kemas-kemas barang mana yang patut. Dalam lepas mandi malam itu, badan sudah rasa macam tidak sedap. Ialah siapa-siapa di office pun tahu kalau tengok muka aku since aku duduk di makmal.......muka penat dan tidak bermaya. Memang aku akui, aku sungguh penat.
Sedang aku masih berkemas-kemas, aku rasa memang sudah flat. Tambah lagi muka aku belah kanan macam berdenyut sikit. Dua tiga hari before itu pun, gusi-gusi aku ada sakit sikit. Kalau diikut kan itu semua memang macam petanda aku mula kena sakit BELL'S PALSY masa bulan february lepas. Tapi aku tahu, aku tidak mungkin kena lagi sakit itu. Cuma aku tahu kenapa aku ada petanda semua itu....sebab aku stress dan penat.
Lepas aku beritahu En Hendra dan juga sms abang ngah, aku terus tidur dengan seluar jeans dan t.shirt. Barang-barang semuanya yang tengah hendak di packing..terus terbiar sahaja.
In the end aku tidak jadi balik ke kampung emak malam itu. Sedih memang sedih, ialah tidak pernah sekali pun kalau ada apa-apa di sana, aku mesti balik. Siap kakak aku call dalam jam 12 lebih malam itu tanya kenapa aku tidak jadi balik. Ialah family aku semua masa itu sudah ada di Gelang Patah.
Tapi kali ini memang aku tidak larat sungguh.
Malam sabtu itu, kami sekeluarga balik Kuala Pilah. Memang tidak ada orang pun dirumah kampung.
Hari sabtu petang rambut Haziq selamat dipotong. Panjang sangat rambut anak aku ini. Mula-mula hendak kemaskan sahaja rambut Haziq dikedai itu. Fikir-fikir En Hendra cakap, biar botakkan sahaja rambut Haziq.
Kecian Haziq....hehehehe...semua orang jumpa dia semalam complain pasal Haziq dengan tidak ada rambutnya.
Memang tidak di nafikan...Haziq nampak lain dengan fesyen rambut botak itu.
Emak aku masih di sana. Insyallah hari khamis malam, kami akan ke Singapore...ambil emak.
Kain baju aku, En Hendra dan Haziq tetap kekal dalam beg.
2 comments:
apa2 hal pun akak jaga kesihatan...nti sakit balik susah pulak...kita buat hanya yg termampu je...
;)
terima kasih akma....
Post a Comment