Followers

Tuesday, April 21, 2009

General Hospital - location Singapore

Dalam jam 7pm sabtu lepas, sedang 'syok' main games MCF, kakak aku call. Adik mak aku yang memang sedang sakit di masukkan ke ICU di General Hospital, Singapore. Selepas operation dalam lepas raya puasa tahun lepas, memang Bik Oja, bercuti sakit dari kerja dan dia dijaga oleh salah seorang makcik aku yang lain.

Kakak dan adik aku memang tidak boleh balik terus ke Singapore malam itu. Kemungkinan hari rabu atau khamis baru diaorang free dan ambil cuti. Aku pula, memandangkan hari itu hari sabtu bagi aku tidak ada masalah nya untuk menghantar emak ke sana malam itu juga. Ialah, kita tidak tahu apa akan terjadi nanti....lagi pun aku kecian dengan emak asyik menangis saja lepas makcik aku call dari hospital beritahu keadaan Bik Oja aku. Dalam petang hari ahad boleh balik ke KL semula. So aku berbincang dengan my sister and call semula abah untuk memberitahu rancangan aku itu..sebab apa-apa hal memang perlu persetujuan dari abah kerana abah pun bukan boleh balik sana lama-lama. Apabila semua sudah selesai, aku start packing baju untuk Haziq, aku dan En Hendra. Kami akan ke sana semalam sahaja. Lepas itu emak akan tinggal di sana dan insyallah nanti kakak aku akan ambil emak balik kg semula.

Jam 10.30pm, kami sampai di Kuala Pilah. Lepas isi kad putih untuk emak dan abah kami terus gerak kerumah abang ngah aku di Juasseh. Tepat jam 11.2opm kami bergerak dari Juasseh ke Gemas dan makan di Labis dalam jam 1am. Banyak betul roadblock malam itu. Ialah malam minggu kan. Dari situ kami teruskan perjalanan ke Segamat dan akhirnya masuk highway ke Gelang Patah dan berpagi ' tidur' disitu. Kami tidur dalam jam 3am lebih di Leisure Farm Gelang Patah.

Dinner di Labis. Dekat jam 1am.

Jangan tidak percaya, abang ngah aku tu layan 4 hours sahaja perjalanan dari Kuala Pilah ke Johor Bahru. Padahal kalau ikut jalan lama, sepatutnya perjalanan memakan masa dalam 5 jam begitu. Aku rasa macam naik flight pula hari itu...ialah kereta kalau sudah laju pasti nya 'terbang' sikit bila lepas lalu mana-mana jambatan. Faham-fahamlah jambatan negara kita ini...mesti tinggi sikit dari jalan raya.

Lepas breakfast di highway, kami terus masuk Singapore pagi ahad itu. Sempat juga abang ngah aku tukar duit sikit...tapi punya lah kecil nya duit kita. RM100 = SingD 40.30 sen sahaja. Aduhhh...sakit sahaja kan. Tapi aku nampak abang aku ada beberapa helai note SingD 50 dalam purse dia...mungkin dia sahaja tukar duit.

Masuk sahaja highway sudah nampak tol, kena bayar RM10.80 untuk melalui jambatan dan kalau pergi balik RM10.80 x 2 = RM21.60. Lepas checkpoint Malaysia terus lalu jambatan dan nampak laut terbentang luas kiri kanan jambatan. Pagi itu checkpoint clear sahaja, tidak banyak kereta. Lepas cop pasport seharus nya minta kad putih banyak-banyak dari situ untuk kegunaan lain kali. Memang dapat banyak pun..lagipun kad itu free sahaja.

On the way ke TUAS checkpoint.

Kerana kali ini kami masuk sana dengan kereta lain, kereta baru abah, so kena lah pergi parking kereta lepas cop pasport itu untuk pergi beli kad autopass yang baru. Memang satu kad autopass ini untuk kegunaan satu kereta sahaja selama 5 tahun. Satu kad itu berharga SingD 10. Dan satu kereta mendapat 10 hari free entry selama setahun start dari tarikh pembelian kad tersebut. Sabtu dan Ahad memang free entry pun, bermaksud tidak perlu membayar SingD 30 sekali masuk kalau masuk ke Singapore selain dari hari Sabtu dan Ahad. Juga jangan lupa kalau Malaysia ada tol, di sana pun ada tol......ermmmm. SingD 9 pergi dan balik.
Dalam masa 30 minit kami sudah sampai di rumah nenek aku di Chua Chu Kang.

Lepas melawat nenek dan parking kereta di tempat yang sepatutnya, kami bergerak naik MPV ISIS 7 seats pakcik aku. Sampai hospital, pergi lunch dulu. Lepas itu terus melawat makcik aku yang berada ditingkat 8 hospital.

Abang ngah aku sabar melayan Haziq di meja makan di kantin hospital.

Memang panas tengahari itu, layan benda sejuk-sejuk..sedappp.

Haziq layan kolam ikan ditepi kantin.

Memang sebelum pergi dekat katil Bik Oja aku, aku perlu bertenang dulu..sebab diaorang semua sudah pesan, jangan menangis depan Bik Oja...nanti dia bertambah sedih. Memang tidak lama aku berdiri depan makcik aku........aku sebak dan sedih.......memang menitik air mata aku. Lepas salam dan cium pipi dahi Bik Oja..aku terus ke tempat lain. Aku sedihhh...sampaikan aku tidak sanggup hendak ambil picture dia.

Memang ramai seramainya family sebelah emak aku berada di hospital. Nenek aku ada 5 adik beradik dan nenek adalah anak pertama. Manakala setiap nenek saudara dan nenek aku sendiri ada anak semua nya lebih dari 10 orang...kiranya berbelas-belas begitu. So memang berpuluh-puluh lah sepupu emak aku. Itu belum kira anak-anak sepupu aku.

Sebahagian family di Singapore. Habis semua sofa di situ kami buat tempat lepak.

Kejap-kejap aku salam cium tangan kalau ada sepupu emak, nenek saudara, family sebelah pakcik aku, family pakcik-pakcik aku sendiri, family sepupu-sepupu aku, sepupu-sepupu aku...sungguh-sungguh ramai. Lepas itu mereka bukan melawat dan terus balik, tapi melawat dan stay 2 - 3 jam gitu, sambil bertanya khabar sesama saudara mara.
Tapi aku gembira dan seronok berada dikeliling mereka..walaupun aku kurang kenal dengan anak-anak buah pakcik aku..tapi asal aku ini yang tua...confirm salam cium tangan. Kalau ada yang makcik, nenek yang datang pulak mesti hulur sahaja tangan depan aku...aku pun terus salam cium tangan sekali. Alhamdulilah memang kuat sungguh ikatan kekeluargaan sebelah emak aku ini.

Dan kitaorang stay kat situ berjam-jam until jam 5pm rasanya. Lepas pakcik aku hantar kitaorang pergi kekereta. Lepas jumpa semula nenek di rumah...kami bertolak balik ke Malaysia. Emak aku tinggal sana.

Kata Doc, makcik Fauziah aku ini hanya ada masa dalam sebulan lagi sahaja hayatnya. Semalamnya itu pun 2 botol darah telah dimasuk kan kebadan makcik. Masa aku melawat itu pun masih di masukkan oksigen melalui hidungnya. Makcik memang tidak mampu bercakap lagi kerana ada 3 ulser di tekak dia akibat dari rawatan yang di jalankan sebelum ini. Makcik aku ini merupakan adik perempuan bongsu emak aku. Umur dia masih belum masuk 50 tahun lagi. Sekarang ini kami di sini kena sentiasa bersiap sedia atas apa pun perkara yang ALLAH tentukan kan kelak.
Semoga ALLAH permudahkan segala-galanya...amin ya rabbal alamin. Aku kecian tengok penderitaan yang ditanggung nya.
Allah maha mengetahui segala-galanya.
ALLAHUAKBAR.

6 comments:

maidatul said...

Semoga ALLAH bagi yg terbaik buat makcik akak...hanya DIA saja yg tahu apa yg terbaik...kita hanya berdoa...

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

hai.. salam kenal.. tuka link ye..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

jangan lupe amik award n jwb tag. tq

Ina Hashim said...

patutlah Lin senyap jek...semoga makcik Lin sihat sembuh sepenuhnya AMIN

Ms Haslina said...

akma ~ amin...terima kasih dik..

mrs.k ~ hai...salam kenal juga...ooo...insyallah nanti saya jawab tag..terima kasih..

Ms Haslina said...

amin..terima kasih kak..senyap sebab itu juga...tapi senyap sebab penat juga..
:(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails