Memang masa january hari tu, begitu juga Haziq dikedai gunting rambut india dekat rumah aku. Tapi aku suka uncle india tu, walaupun pertama kali kami kekedai dia, dia tetap cuba untuk menggunting rambut Haziq tanpa perlakuan yang marah. Dia cuba juga pujuk-pujuk Haziq dengan memberi sikat rambut atau apa saja yang boleh buat Haziq diam.
Malam tadi aku cukup bengang dengan owner kedai gunting tu, sudah lah Haziq tu namanya budak. Pujuklah elok-elok, sedangkan kami emak bapak dia pun mencuba untuk pujuk Haziq supaya dapat digunting rambut dia. Tapi orang tu, terasa sungguh hati aku. Dia boleh buat perlakuan kasar dan siap campak mesin tu ke dalam bekasnya bila dia cubaan beberapa kali dia gagal untuk gunting rambut Haziq. Sebabnya Haziq asyik bergerak sana sini menunjukkan yang dia tak mahu digunting dengan menggunakan mesin. Masalahnya kami ni pelanggan tetap dia..tak boleh ke dia jangan buat sikap macam kami tak pernah datang kedai dia. Memang aku perasaan start awal tahun ini, Haziq memang buat perangai kalau nak gunting rambut..mungkin sebab dia da besar..da nak dekat umur 2 tahun kan. Ahh..memang masa dalam kedai tu, aku dah pasang niat dalam hati,
"jangan harap aku nak datang sini lagi"
Sudah-sudah sampai rumah En Hendra bawa Haziq masuk bilik air dan repair semula rambut dia yang terpanjang pendek sana sini tu.
Anyone boleh kongsi dengan aku tip-tip mententeramkan anak ketika menggunting rambut dikedai. Sebabnya..insyallah lagi 2 months from now, pasti Haziq akan kekedai gunting lagi.
Hhahaha, punyalah semangat cik siti wan kembang sudah mari...siap print sekali map Kota Baru Kelantan. Ialah nak juga survey tempat menarik kat sana tu. Aku ini pernah pergi sana masa sebelum tahun 2000 lagi. Tak ingat aku tahun berapa. Aku pergi Jeli hantar rombongan kawin. Kali ni pun kesana hantar rombongan kawin juga, cuma lepas itu kami ambil kesempatan untuk bercuti sekali.
Ada sapa-sapa boleh kongsi dengan aku kopi-kopi yang sedap yang korang biasa minum?
6 comments:
mencabarnya..huhuhu..
aku x penah lagi gunting rambut nuha kat kedai:D
rambut pun tadak manyak :D
mmg ako...sungguh tercabar...tp kecian gak kat Haziq...dipaksa2..
OOoo..rambut NUHA masih lom banyak yea..
eeee menciknya org yg tak child friendly nih...akak xde tips sbb anak2 akak dulu sumer akak yg gunting sendiri smp la umo diaorg 4 thn camtu baru g kt kedai
mmg bengang sgt kat orang tu..dah lah kita ni regular customer...Ooo gitu...
akak mungkin sama mcm mak saya sebab gunting sendiri rambut anak2...
insyallah lepas ni...klu susah gak..pelan2 suh ray potongkan sendiri rambut Haziq..
Pasal gunting rambut nie no idea le akak sbb Lili makcik2 die yg rajin gunting...Dini lak kecik lagi...
Hehehe sonoknyer dpt gi Kelantan, rindu nk balik sana...sapa kawin, adik akak ker...skang Kelantan da byk berubah...shopping pun beh kt sana...
seronok lah klu ada makcik leh potongkan rambut lili..senang kerja ek..x perlu bawa pi kedai..
tu lah..agaknya leh ronda2 di sana juga bershopping..
Post a Comment