Followers

Monday, May 25, 2009

Mohon sedekahkan AL-FATIHAH kepada nenek tersayang.

November 2007 semasa kenduri kawin cousin aku. Sebulan lebih lepas itu nenek jatuh sakit tua dan langsung tidak boleh berjalan.

Assalamualaikum..

Baru 32 hari arwah makcik pergi meninggalkan kami keluarga arwah datuk Asyik, petang tadi Allah menguji kami lagi. Nenek ASWIYA BINTI SWEETIE tersayang telah pergi meninggalkan kami. Arwah nenek menghembuskan nafas terakhir di rumah makcik Sara aku di Chua Chu Kang. Aku tidak dapat bercerita panjang di telefon setelah kakak aku menelefon aku petang tadi. Mungkin pakcik aku pun tidak dapat memberitahu lebih kerana semua orang tengah bersedih.

Aku simpati pada emak kerana tidak berpeluang menatap arwah nenek. Dulu kalau tidak silap aku pada tahun 1979 semasa arwah datuk meninggalkan dunia pun emak tidak sempat berjumpa arwah datuk juga kerana semasa itu emak dalam perjalanan balik kesana setelah mendapat berita arwah datuk telah begitu tenat.

Arwah nenek lahir pada tahun 1921 dan sudah berumur 89 tahun. Arwah hanya sakit tua semenjak January 2008. Selepas sakit arwah hanya terbaring dan duduk sahaja di katil dirumah. Tapi alhamdulilah ingatan arwah tersangatlah kuat.
Arwah meninggalkan 4 orang anak perempuan termasuk emak aku, 3 orang anak lelaki, 29 orang cucu dan 15 orang cicit. Juga 2 orang adik perempuan.

Seperti biasa malam ini kami yang berada di KL akan terus balik kesana selepas habis kerja. Manakala abah emak juga abang ngah pula akan gerak dari Kuala Pilah.
Mungkin kami akan berada disana until hari rabu.

Sunday, May 24, 2009

kuala terengganu mewarnai hidup aku II - 6 April 2009

23 and 24 May 2009 - Saturday & Sunday

Kegembiraan dan keseronokkan di KT masih terasa-rasa bila aku tengok semula semua gambar-gambar semasa pergi kesana awal April lepas. Kalau hendak diikutkan memang banyak cerita hendak di storykan disini, tapi pelan-pelan kayuhlah sebab aku sememangnya sibuk dengan 'hal' kerja sepanjang April until awal June ini. So di kesempatan malam ini, sesambil tv tengah tengok aku tapi telinga tetap tengah dengar berita terkini di tv.

Semalam aku kerja 1/2 day sahaja. Ada Info Day. Tempatnya di Hall office aku. Ok juga sambutan semalam itu. Lepas free lunch di situ, aku punch out dan terus balik rumah.
Dalam jam 3pm lebih kami bertolak balik ke Kuala Pilah dan sampai sana dalam jam 5pm gitu. Selepas singgah dan ambil emak di rumah di kg, kami terus ke rumah abang ngah aku di Juasseh. Abah aku seperti biasa, bukan hendak ikut pun, so abah tinggal jaga rumah seorang. Biasalah kalau pergi rumah abang aku ini selalunya memang bukan sekejap, kurang-kurang 2 ke 3 jam gitu. Bukan apa, mesti kak ipar aku ajak dinner sekali di situ. Hahaha, rezeki jangan ditolak. Lagipun kalau kak ipar aku yang masak confirm pedas dan sedap punya. Menu malam itu ialah daun pucuk ubi masak lemak cili api, ikan siakap goreng bersambal, udang sambal dan yang paling sudah lama aku tidak makan ialah sambal gesek. Hehehehehe. Apa itu ek?

Sambal gesek basic things ialah ikan bilis digoreng atau ikan bilis mentah, cili api warna hijau beberapa biji juga bawang merah sedikit sahaja. Dan kalau tidak silap aku sedikit perahan limau kasturi @ limau nipis kalau ikan bilisnya mentah. Selepas itu semua bahan tersebut ditumbuk tetapi tidak sehingga kurang hancur. Makanan ini sesuai di makan dengan nasi putih sahaja atau dengan masak lemak cili api. Atau apa sahaja lah lauk pauk yang sesuai di makan bersama. Macam aku semalam itu, aku layan sambal gesek bersama ikan siakap dan nasi.
Sungguh gerek sekali.


6 April 2009 - Monday

Lepas selesai membeli kain tengahari itu kami balik ke Hotel untuk berehat-rehat juga makan. Ada sebuah kedai di tepi bangunan hotel tempat kami menginap benar-benar mencuri perhatian kami. Sebab kedai aka gerai ini aku tengok memang sentiasa ramai orang. So tengahari itu kami pergi selidiklah. Rupanya disitu ada menjual ayam goreng ala-ala ayam fast food begitu. Juga beberapa menu mee. Kami pun cubalah membeli beberapa ketul ayam untuk lunch dan bungkus makan di bilik hotel sahaja. Peh...memang sedap..bersaiz besar dan rangup sekali. Lepas berehat-rehat, sebab panas sungguh cuaca hari itu kami menuju ke Pantai Batu Buruk untuk minum petang. Masa sudah jam 4pm lebih.

Pantai Batu Buruk view dari gerai makan.

Aku makan laksa (sedap+pedas+banyak) dan air kelapa.

My laksa...nyum nyum.

Menjejak kaki ke pantai selepas burp...

Indah sungguh pantai dan lautan ciptaan ALLAH.

Selesai di pantai...memang seronok dan terleka melayan gulungan ombak di situ. Haziq asalnya memang tidak mahu balik sebab seronok main pasir.

Thursday, May 21, 2009

Terlepas sudah rindu yang menggunung.

Aku and kak ina lepas habis kenduri.
Awat muka aku mesti nampak berminyak saja.

Malam minggu lepas dan lepas lagi, aku dan hubby di jemput sekali menghadiri majlis sambut menantu sebelah lelaki di dewan FRIM di kepong. Yang menjemput ialah kakak pengantin perempuan iaitu kak Ina yang merupakan ex officemate aku. Terima kasih kak. Dapat melepaskan rindu bila dapat jumpa akak sekeluarga malam itu, termasuk semua ahli keluarga akak.
Dapat sahaja SMS dari kak ina masa itu, aku terus tanya hubby hendak pergi atau tidak. Ialahkan, Haziq memang tidak boleh dibawa nya ke majlis itu. Semesti nya dia tengah aktive sekarang ini. Bila hubby setuju hendak pergi aku terus call kakak aku. Aku cadang hendak meninggalkan Haziq di rumah kakak malam minggu itu nanti. Alhamdulilah kakak setuju.
Kalau hendak di ikutlah, sepanjang aku berkahwin ini tidak pernah nya aku dan En Hendra dapat pergi kenduri kawin terutama yang di dalam dewan lah. Kalau takat kenduri siang hari itu memang boleh lah bawa sahaja Haziq bersama.
Petang sabtu itu seharian kami di bengkel kereta kerana menukar tayar dan beberapa barang lain. Alhamdulilah Haziq tidak nangis masa kami tinggalkan dia dirumah kakak petang itu. Lagipun ada cousin kesayangan dia untuk di ajak bermain bersama di situ.
Lepas hantar Haziq kami terus balik rumah dan bersiap untuk kekenduri. Habis kenduri malam itu pun kami terus ambil Haziq di rumah kakak.
So tidak nya aku dan En Hendra dapat ke mana-mana berdua selain dari kekenduri itu sahaja. Tapi ok lah, seronok juga sekala kami dapat berduaan kemajlis begitu. Masa di kenduri itupun aku asyik teringat kan Haziq sebab tengok anak buah kak ina juga anak kak ina alysha yang lebih kurang sebaya dengan Haziq.

Pusara Aman II.

Bangunan penempatan pekerja asing yang bekerja di S'pore.

My mom and cousin Salmi tengah berjalan ke pusara arwah pakcik aku yang meninggal pada tahun 2006.

Pusara yang telah siap di gali dan ditutup dengan konkrit. Yang bertingkat itu ialah bongkah konkrit yang digunakan untuk menutup lubang kubur. Semua pusara tersebut masih kosong lagi.

Family aku sedang mencari pusara baru arwah datuk. Kawasan banguan di belakang tersebut merupakan kawasan kem askar.

Kalau tidak silap aku lah. Ini juga merupakan kawasan pusara 'baru'.

Haziq dengan Auntie Salmi lepas balik dari pusara aman.

1 May 09, hari jumaat lalu, aku dan beberapa keluarga di Singapore melawat ke pusara arwah makcik aku yang telah meninggal dunia pada petang 23 April 2009 di General Hospital. Arwah makcik Fauziah lahir pada 23 January 1962. Itu yang aku lihat pada batu nisan di kubur makcik tengahari itu.

Semasa aku masih berada di kawasan perkuburan, ada pakcik aku bercerita. Dia kata ada orang di Malaysia yang berkata bahawa kubur di situ dibuat secara bertingkat. Hah...aku tidak pernah pun mendengar cerita itu. Ntahlah...tapi kebetulan lepas aku balik dari S'pore pada 3 May itu, ada seorang technician di makmal tanah tempat aku berkursus bertanya dengan aku. Itu pun dia bertanya lepas aku bercerita yang aku baru balik dari melawat pusara arwah makcik. Dia bertanya cerita yang sama seperti yang pakcik aku story dengan aku. Ermmm...so aku ceritakanlah perkara yang sebenar. Mana ada bertingkat-tingkatnya. Cuba tengok gambar-gambar diatas. Semua pusara sama seperti di Malaysia.

Cuma yang berlainan ialah sekiranya pusara itu sudah lebih 30 tahun (kalau tidak silap akulah). Pusara-pusara tersebut di gali semula dan diletakkan ditempat yang lebih tersusun, seperti pusara arwah datuk, moyang lelaki dan moyang perempuan aku.
Alhamdulilah tengahari jumaat itu, kami melawat pusara arwah makcik aku dahulu dimana emak aku sempat sedekah bacaan Yassin. Kemudian dengan berjalan kaki kami kepusara arwah pak long aku yang meninggal dunia pada June 2008.
Lepas itu kami semua naik kereta dan menuju ke pusara arwah suami makcik Nur aku yang meninggal dunia pada August 2006. Naik kereta kembali dan kami kepusara arwak datuk aku yang meninggal dunia pada 1978 @ 1979. Aku dan kakak cuma duduk dalam kereta kerana cuaca sungguh panas tengahari itu. Kecian pula dekat budak-budak kecik 2 orang itu.

Mula-mula aku terkejut juga tengok bangunan yang terdapat berdekatan kawasan pusara itu. Rupanya itu ialah penempatan pekerja-pekerja asing yang bekerja di S'pore. Begitu sekali kan. Tapi sekurang-kurangnya kerajaan S'pore tetap memberi penempatan yang aku nampak selesalah juga, cuma location tempat sahaja yang agak jauh dari kawasan bandar.

Kawasan yang aku pergi itu memang kawasan perkuburan. Selang sebelah jalan sebelah sananya ialah kawasan perkuburan kristian juga india dan cina.
Memandangkan 1 May itu public holiday, punyalah sesak kawasan kubur dengan orang ramai melawat pusara keluarga masing-masing. Pakcik aku cakap memang kalau ada cuti umum macam hari itu..memang kawasan kubur sentiasa penuh dengan keluarga yang datang melawat.
Alhamdulilah.

Monday, May 18, 2009

Happy Teacher's Day - belated...

Hari sabtu lepas demam Haziq cecah 37.9. Risau juga aku, lepas bagi makan nestum (itu sahaja breakfast yang Haziq makan pagi-pagi selain dari susu formula, minuman fruitie juga calsium..makanan lain dia tidak mahu.) Lepas itu aku bagi dia makan ubat demam. Biasalah walau demam Haziz tetap maintain berlari sana sini bermain. Sesambil itu dia melayan kereta dan basikal. Menjelang malam itu, alhamdulilah Haziq sudah sihat.

Hehehehe..layan gambar dibawah sample POROUS ASPHALT.

Selamat Hari Guru (16 mei 2009 - sabtu) pada semua para pengajar. Anda ibarat lilin..biar pun terbakar diri demi melihat yang lain dapat terangnya.

Saturday, May 16, 2009

Sebab Allah haramkan babi

15.5.2009 - Utusan Malaysia Online
Soalan

Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.

Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.

Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).

Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.

Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.

Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Friday, May 15, 2009

Fever.

Haziq with cousin Haron semasa di rumah nenek aku di Singapore.

Assalamualaikum..

Malam khamis lepas, Haziq demam. Walaupun begitu, dia tetap aktive bermain dengan basikal barunya itu juga dengan koleksi kereta-kereta kecil dia. Kami cuma bagi dia makan ubat demam yang sedia ada dalam peti sejuk. Alhamdulilah malam itu dia tidur nyenyak juga. Pagi khamis itu, demam Haziq masih belum sembuh lagi. Lepas bagi sarapan, bagi sekali lagi ubat demam. Sudah menjelang petang demam Haziq asyik on off sahaja, so kami bawa dia pergi klinik. Doc masukkan ubat demam melalui bunxxx. Kecian Haziq menangis sebab tidak selesa bila Doc hendak check suhu badan dia melalui telinga dan juga mulut.
Malam itu demam Haziq masih seperti biasa, dalam 37.6 gitu.

Pagi tadi, alhamdulilah lepas bagi breakfast, check sekali lagi suhu Haziq...sudah turun. Tapi masih nampak belum sihat sepenuhnya. Kecian Haziq...

Disebabkan aku tidak bekerja semalam, maka terlepas aku mendengar lecture mengenai CIPR dan HIPR di makmal jalanraya. Terasa rugi juga sebab benda itu hanya terdapat di tempat aku bekerja sahaja. HIPR ialah HOT IN PLACE RECYCLING, iaitu proses membaikpulih kerosakkan pemukaan jalan raya menggunakan kaedah panas dengan menggunakan existing bitumen di tapak tersebut dan CIPR pula menggunakan kaedah sejuk. Secara teorinya aku boleh baca di buku sahaja tetapi at list aku ingin mendengar engineer pavement sendiri memberi lecture berserta dengan pengalaman dia sendiri.
Tapi hendak buat macamanakan...anak lebih penting.

Dibawah ini aku tunjukkan gambar 1 ialah aggregate + cement (filler) + bitumen. Ini adalah existing sample yang diambil dari tapak (jalan raya) yang sedia ada. Proses ini adalah untuk mengetahui % kandungan bitumen didalam sample tersebut. Bitumen akan di extract dari sample ini dengan extracter mesin dengan ditambah bahan kimia untuk mengasingkan aggregate dan cement dari bitumen.

Gambar 2 pula ialah 3 samples 100% bitumen yang telah keras setelah siap di tuang kedalam bekas dalam keadaan cair dan panas untuk testing penetration. Objective testing ini adalah untuk memastikan gred bitumen. Dimalaysia standard gred bitumen ialah 80/100 bermaksud kadar tusukan jarum selama 5 saat kedalam sample hendaklah dalam lingkungan 80 ke 100 sahaja.

Tuesday, May 12, 2009

Wireless thank you so much.

Entah dimana hendak mulakan berblogging ini. Bila sudah meninggalkan seketika dua tika tiga tika...dunia fantasi yang menceritakan realiti hidup ini, aku jadi 'tertepu' idea untuk menulis. Lagipun banyak sangat perkara yang ada dalam otak aku sekarang ini. Perkara yang sudah bertahun terkulai-kulai tidak diperlukan, kini aku terpaksa study semula dan membuat sendiri by my own hand practice semula. So bayangkanlah, aku perlu jadi student semula untuk refresh otak aku ini. Oleh itu juga aku kesuntukkan masa setiap hari untuk menghadap komputer aku sendiri di office juga di rumah. Memang semenjak kebelakangan ini aku amat merasa masa mencemburi aku...heheheh. Ditambah satu perkaranya lagi, line internet di office tersangatlah lembap...sudahlah masa aku suntuk...terpaksa tunggu-tunggu pula depan komputer. In the end..aku tiada kuasa melayan pun.

Hari ini aku merajinkan diri membawa notebook dari rumah. Aku tidak sanggup menunggu-nunggu depan komputer office kelembapan line internet. Sekarang ini aku sedang menggunakan line Wireless di blok pejabat aku yang di beri percuma kepada student di sini.

Alamak sudah masuk jam 2pm lebih. Aku perlu melangkah ke bangunan sebelah untuk kembali melayan bitumen yang sedia menunggu untuk aku jalankan ujian-ujian Penetration, Softtening Point juga banyak lagi. Hari aku join sekali peserta kursus dari Roadcare seramai 20 orang yang semuanya lelaki.
Wokey. Chow.

Thursday, May 7, 2009

Pusara Aman.

Makcik tengah beli bunga semasa di area PUSARA AMAN.

Salam
Penat. Itu masih merupakan perkataan yang setiap hari mesti aku sebut. Sebab itu minggu lepas harapkan hari isnin sahaja aku update blog cinta merah aku ini. Hari-hari seterusnya pada minggu lepas..aku tidak sihat dan sibuk dengan kerja (laboratory testings).

Hari rabu 29 April lepas, aku sudah elok-elok mandi pagi itu. Tapi lepas mandi, badan memang rasa tidak berapa larat. Hendak atau tidak aku pakai baju dan terus tertidur semula. Dalam waktu tengahari itu, En Hendra hantar aku pergi klinik. Tidak sakit apa-apa yang serius pun, cuma aku terlalu penat, muka pun nampak letih ditambah dengan tapak tangan aku nampak pucat. Macam kurang darah..erm.
So Doc cuma bagi MC dan vitamin B comp.


Petang khamis 30 April, aku se family dan my sister with her son bertolak ke Singapore untuk aku melawat pusara arwah makcik aku. Juga kami akan mengambil emak yang sudah berminggu duduk di sana.
Belum aku habis penat, aku terpaksa juga travel jauh-jauh demi hanya keluarga tercinta.
Sampai rumah nenek di sana dalam jam 1 am. Penat bertambah penat. Mata memang belum hendak lelap, so aku tekun mendengar cerita emak dari arwah makcik tenat petang khamis 23 april 2009, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.50 pm didepan emak dan dua orang pakcik aku di General Hospital sehingga arwah ditanam pada pagi jumaat esoknya.
Nanti aku buat post mengenai cerita emak aku itu lepas ini.
Bukan aku mahu 'berlagak' bila aku ingin ceritakan yang duit salaman orang pada keluarga sebelah emak semasa kenduri arwah makcik aku mencecah SingD 9000. Itu lah hakikatnya. Memang tidak percayakan..tapi sikap rendah diri dan suka menolong orang membuat kan kehilangan arwah makcik dirasai oleh ramai orang.
Tapi kepada siapa-siapa yang biasa berada di belakang tabir untuk apa saja jenis kenduri kendara di sana pasti tahu..memang kebiasaan duit salaman orang yang datang memang cecah sampai ribu-ribu.
Sambung nanti lagi cerita ini.
Jam 5am 3 mei 2009, kami selamat sampai ke Kuala Pilah setelah keluar dari Singapore pada jam 1am.

Sepanjang dari isnin until semalam, everyday schedule aku amatlah padat. Bukan apa-apa pun semua mengenai kerja sahaja di campur dengan masa bersama keluarga. Dua perkara itu sahaja yang aku tumpukan sekarang ini. Heheheh.

Birthday Haziq memang lambat lagi, tapi kakak aku baik hati bagi hadiah awal untuk anak bujang aku ini. Awal sebulan lebih. Kakak aku memang begitu, apa sahaja yang dibelikan untuk anak dia mesti dibelikan satu yang sama untuk Haziq sekali. Ialah kan takut berebut saja
se kecik berdua itu.
"Aseh alang"...cakap Haziq bila dapat basikal itu.

Sunday, May 3, 2009

Jarak Haziq dengan Haifa ialah 3 tahun

Mungkin orang tidak tahu sebenarnya aku sudah lama ingin anak kedua ini. Kalau boleh as soon as possible lepas melahirkan Haziq dahulu. Aku rasa aku macam hendak jadi mama kepada ramai anak. Faktor umur juga membuatkan aku ingin sekali cepat-cepat pregnant lagi. Itu impian aku lah. Tapi tiada rezeki pun. Sampai aku jadi give up sudah. So macamana tetiba aku boleh pregnant???

Memang aku terkejut bila tahu aku pregnant hari itu. Macam tidak percaya...ialahkan keterujaan itu sudah tiada setelah penat mencuba....Syukur alhamdulilah pada Allah swt atas kurnian pada kami sekeluarga.
Mulanya semasa kami bercuti di Terengganu awal April 2009 itu, aku masih belum pregnant lagi. Tapi bagi aku bercuti dan bersuka ria melepaskan segala tension merupakan salah satu tip untuk cuba mengandung..kan...

Sebelum itu aku sudah mula meminum air ECPI drinking water dengan niat konon-konon ingin kurus lah gitu..hahahaha. Lepas itu aku sedang mencuba dan telah masuk botol kedua memakan kapsul pil halia by dunia herb pada bulan April 2009 tersebut pun dengan niat yang sama.
Dan kebetulan dengan izin Allah swt aku pada bulan May 2009 period aku tidak datang. Selepas itu dalam bulan June 2009 baru aku tahu yang aku sudah mengandung. Alhamdulilah......

Bila aku cuba fikir-fikirkan semula... " macamana aku boleh dapat pregnant kali ini?"
Memula aku tidak teringat langsung mengenai ECPI dan PIL HALIA itu. Tapi aku fikir dan fikir semula. Adakah kerana menda dua itu juga semestinya dengan izin Allah swt, aku dapat mengandung kali ini???.
Semestinya terpanggil untuk berfikir sebab Haziq dulu pun kiranya 'bunting pelamin' gitu. Tetiba yang kedua cukup payah hendak dapat sampai Haziq masuk umur dekat 2 tahun. Memanglah kalau banding dengan orang lain yang mencuba bertahun-tahun itu lagi kasihankan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails