Semasa aku masih berada di kawasan perkuburan, ada pakcik aku bercerita. Dia kata ada orang di Malaysia yang berkata bahawa kubur di situ dibuat secara bertingkat. Hah...aku tidak pernah pun mendengar cerita itu. Ntahlah...tapi kebetulan lepas aku balik dari S'pore pada 3 May itu, ada seorang technician di makmal tanah tempat aku berkursus bertanya dengan aku. Itu pun dia bertanya lepas aku bercerita yang aku baru balik dari melawat pusara arwah makcik. Dia bertanya cerita yang sama seperti yang pakcik aku story dengan aku. Ermmm...so aku ceritakanlah perkara yang sebenar. Mana ada bertingkat-tingkatnya. Cuba tengok gambar-gambar diatas. Semua pusara sama seperti di Malaysia.
Cuma yang berlainan ialah sekiranya pusara itu sudah lebih 30 tahun (kalau tidak silap akulah). Pusara-pusara tersebut di gali semula dan diletakkan ditempat yang lebih tersusun, seperti pusara arwah datuk, moyang lelaki dan moyang perempuan aku.
Alhamdulilah tengahari jumaat itu, kami melawat pusara arwah makcik aku dahulu dimana emak aku sempat sedekah bacaan Yassin. Kemudian dengan berjalan kaki kami kepusara arwah pak long aku yang meninggal dunia pada June 2008.
Lepas itu kami semua naik kereta dan menuju ke pusara arwah suami makcik Nur aku yang meninggal dunia pada August 2006. Naik kereta kembali dan kami kepusara arwak datuk aku yang meninggal dunia pada 1978 @ 1979. Aku dan kakak cuma duduk dalam kereta kerana cuaca sungguh panas tengahari itu. Kecian pula dekat budak-budak kecik 2 orang itu.
Mula-mula aku terkejut juga tengok bangunan yang terdapat berdekatan kawasan pusara itu. Rupanya itu ialah penempatan pekerja-pekerja asing yang bekerja di S'pore. Begitu sekali kan. Tapi sekurang-kurangnya kerajaan S'pore tetap memberi penempatan yang aku nampak selesalah juga, cuma location tempat sahaja yang agak jauh dari kawasan bandar.
Kawasan yang aku pergi itu memang kawasan perkuburan. Selang sebelah jalan sebelah sananya ialah kawasan perkuburan kristian juga india dan cina.
Memandangkan 1 May itu public holiday, punyalah sesak kawasan kubur dengan orang ramai melawat pusara keluarga masing-masing. Pakcik aku cakap memang kalau ada cuti umum macam hari itu..memang kawasan kubur sentiasa penuh dengan keluarga yang datang melawat.
Alhamdulilah.
5 comments:
salam haslina..wah seronoknya keluar masuk ke singapore..tapi tak best shopping kan?tukaran mata wang mahal bebeno..
aku penah ke MPKlang dulu,dier kater ada cadangan gak nak buat kubur bertingkat kalo dah tak der tanah rezab kubur..wallahualam...aku pun tak tanya banyak laa psl tu sebab kitorang just nak tengok sistem kubur diorang jer :P tapi memang tanah rezab kubur dah tinggal sket kat Klang..hikss
kak ina ~ sebenarnya saya tidak lah seronok pun kak..tujuan utama pergi sana hanya untuk melawat family sebelah emak..da boring untuk jalan2 sebab dari saya baby lagi sudah keluar masuk s'pore sebab masa itu emak masih citizen sana.
yang terbarunya rm100 bersamaan singD42
eliss ~ memang kebanyakkan tanah perkuburan sudah kritikal skrg..tp itu lah yg kerajaan s'pore buat skrg ni..buat 'penempatan' dan 'penyusunan' semula kubur2 yg lama.
spore ni xcukup tanah...camtula jadinye
gee ~ betul tu..lagipun s'pore tu kan pulau..
Post a Comment