Aku memang langsung tidak pernah mendengar cerita mengenai hal ini. Pergi situ apatah lagi. Location ialah di Maran, Pahang.
Terkejut juga baca di paper hari ini yang tempat ini closed yesterday. Ialah sudah 6 orang mati. Goshhhh.
Khabarnya mereka mendapat jangkitan virus kencing tikus setelah menyelamat seorang pemuda yang lemas pada 26 ke 30 Jun 2010.
Dari 83 orang yang terlibat dalam operasi itu, 27 orang adalah sukarelawan dan 56 adalah penyelamat yang berusia dalam 29 ke 60 tahun.
So diingatkan pada semua terutama pesakit diabetes atau mengalami luka supaya tidak ke tempat tersebut.
Penularan penyakit ini bukan berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.
Ermmm bahayanya....tanah tercemar pun boleh mendatangkan kematian. Aku rasa konsep tanah tercemar dan air dalam tanah tercemar bermungkinan datang dari punca yang sama.
Apa yang aku ingat masa study alam sekitar dulu, memang air dalam tanah boleh tercemar. Dan juga sememangnya dalam tanah telah sedia ada air semulajadi. Sebab itu wujudnya perigi semulajadi atau kolam semulajadi. So sekiranya kawasan tersebut terdapat tempat pembuangan sampah atau apa-apa bahan kimia dan seangkatan dengannya. Confirm air dalam tanah boleh tercemar. Kerana air dari bahan merbahaya ini boleh mengalir ke kawasan tadahan air berhampiran. Tapi dalamnya air yang tercemar boleh masuk/ mengalir kedalam tanah juga bergantung pada jenis tanah di kawasan tersebut.
Sedangkan hidupan dalam air boleh mati sekiranya air disitu tercemar....manusia juga boleh mati akibat perkara yang sama...kan.
Bahaya sungguh.
4 comments:
ish ish ish....!
mmg sungguh ish ish...
hai akak, saya da tukar link blog.. sila la singah yea..
http://bilasayamenjerit.blogspot.com/
tenkiu yea.. wif lurve, ciek niena :)
ooo..ok dik niena...
Post a Comment