Followers

Tuesday, March 30, 2010

I'm feeling so empty.

Muka penat sesangat dekat 2 jam shopping barang dapur.
Semalam aku sampai rumah dalam jam 6 lebih. Memang awallah. Sebabnya aku keluar office tepat jam 5.30pm. Jalan pun clear dari office until Pandan Indah. Dirumah dua-dua anak tersayang sedang nyenyak tidur. Aku terus masuk dalam bilik pergi cium pipi Haifa. Rinduuuu sangat kat dia.
Since dari semalam semalam lagi, hubby memang suruh aku yang pergi ke Tesco. Mula-mula memang terasa hendak pergi sendiri..lepas itu rasa macam malas pula. Memandangkan aku tidak langsung keluar sendirian since balik KL, maka hubby suruh aku pergi juga.
Sejak dari semasa Haziq baby baby lagi memang kami buat keputusan untuk bergilir-gilir keluar sendirian kalau pergi shopping keperluan dirumah. Kecian rasanya hendak membawa baby ke tempat yang ramai orang terutama shopping complex. Begitu juga dengan baby Haifa, kami belum bersedia untuk membaca dia ke public area. Bagi kami biarlah dia besar sikit...barulah boleh bawa berjalan-jalan.
Oleh itu memang kalau hubby keluar semestinya dia bawa Haziq sekali. Tapi kalau aku yang keluar, tidak mungkin aku bawa Haziq. Sebabnya sekarang ini hero aku itu semakin aktif sesangat, memang tidak larat aku hendak menjaganya.
Rasa macam ada yang kurang sahaja masa aku ke Tesco malam tadi.Selama ini pergi bertiga-tigaan. Kali ini kena pergi seorang diri. I'm feeling so empty.
Dengan troli yang sudah berat berisikan barangan dapur. Tak larat lagi hendak menolaknya. Ialahkan sebelum ini ada orang lain yang tolakkan. Then kena buat keputusan sendiri pula bila memilih barang yang hendak dibeli walaupun list barangan telah ditulis lengkap. Tapi tetap calling calling dengan hubby untuk confirm kan barang.
Begitulah mungkin life kami until baby Haifa besar sikit.
Akhirnya dari lepas maghrib until 9.30pm barulah sampai rumah semula. Sesampai rumah terus ambil pinggan hendak makan. Laparrrrr sebab belum dinner lagi.
Jam 12 malam aku terus terlelap....im so tired.

Myself this moning. Aku tumb print pada jam 7.53am.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails