Followers

Friday, December 30, 2011

Jumaat di December 2011.

Salam Jumaat terakhir untuk tahun 2011.
Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan balik ke kg atau pun bercuti kemana-mana pada uol semua.

Aku insyallah tengahari ini akan pulang ke kg seperti yang di rancang.
Alhamdulilah sempat juga  membaking malam tadi.
Cake resepi baru. 1st time buat.
Memang rancangan untuk di bawa balik kek kg.
Emak sudah lama hint dengan aku suruh kembali membaking.
Okies mama, I'm back.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.
Semoga semua impian dan harapan di tahun 2011 telah selamat di sempurnakan dan di miliki.

Thursday, December 29, 2011

Selamat bercuti panjang.

Salam hari Khamis.
Esok aku cuti.
Kerana mengikut hubby yang hendak attend BBQ di PD under Kelab ---- pada malamnya.
Aku follow sahajalah.
Cadangan nanti tinggalkan Qeqeem dengan emak aku.
Fikir-fikir tidak akanlah hendak bawa baby ke pantai malam-malam gitu kan.
Sudah memberitahu emak hal itu. Alhamdulilah emak okies.
Insyallah esok Jumaat itu dalam belah pagi kami sudah bertolak balik ke kg di Kuala Pilah.
Dan akan balik ke KL semula dalam petang Sabtu rasanya.
Oh tidak mahu kami bersama-sama orang lain menempuh jamming di highway kalau balik kg pada hari Jumaat malam dan balik ke KL pada Isnin petang.
Tidak aku.

Gifts from cousin to Haifa and de sweet for Haziq.

De orange butter cake.
Customer order.
RM 28 sahaja.

Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday

Suka bangat.
Tq mr hubby.

Tuesday, December 27, 2011

Kek Kismis Walnut.

Salam.
Lawak sahaja story masa hendak buat kek ini.
Sudahlah 1st time buat.
Kelam kabut lagi.
Kisahnya, aku memang bersenang lenang cuti hari itu.
Siap tidur lagi sebelah petangnya.
Ialah badan penat sangat. Sebab itu sampai tertidur.
Lewat siang hari itu aku dengan bermalasan masak juga makanan untuk dinner.
Fikir dalam hati, lepas makan nanti bolehlah membakar rasanya.
Tapi belum confirm hendak buat kek apa.
Erm.
So habis masak dan terus prepare semua atas meja.
Elok sahaja hendak makan, Cik Mat call.
Hah, terkejut aku kejap.
Mula-mula ingatkan hanya cousin aku ini suami isteri yang datang.
Rupanya Auntie Sara aku ada sekali.
Minta ampun terus time itu juga dengan kealpaan aku.
Itu yang lepas dinner itu terus aku prepare bahan-bahan dan terus.
Oh sungguh cemas sekali masa itu. Ialah tidak mahulah lewat sangat pergi hotel untuk jumpa diaorang.
And semestinya aku tidak boleh cemas dan kelam kabut. Takut ooo, takut kek tidak menjadi.
Masa itu juga buat keputusan untuk buat kek ini.
Gelabah sungguh weh.
Alhamdulilah kek selesai di masak pada jam 11 malam gitu.
Tapi bagi aku masih belum berjaya 100% gitu dengan tekstur kek aku itu.
Next time mesti kena buat lagi.

De cake.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
200 gram tepung kek (diayak)
1/2 sudu teh serbuk penaik (di ayak)
100 gram kacang walnut - dicincang
120 gram kismis kuning
Secubit garam

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan kismis dan diikuti dengan di ikuti tepung kek dan serbuk penaik  
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit sambil di gaul hingga sebati.. Akhir sekali masukkan walnut.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci bulat@18cm (saiz empatsegi).
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

De lovely cake.

my Haziq

Salam petang Selasa.
Alhamdulilah Allah memberi kesihatan dan kekuatan untuk aku bekerja hari ini.
Sungguh-sungguh padat aktiviti hari cuti kami sefamily.
Penat weh.
Kebetulan family Auntie Sara datang bercuti ke KL.
So memang kami join berjalan bersama sepanjang hari gitu.
Namun sempat juga aku mencuri masa untuk membakar kek.
1st timer gitu untuk kek coklat dan juga kek walnut berkismis.
Alhamdulilah menjadi.
Dan mendapat pujian dari cousin, hubby dan juga auntie aku.
Memang purposely bakar kek walnut kismis adalah untuk family S'pore.

Kalau di ambil gambar memang susah sungguh.

Risau juga aku dan hubby, tahun depan Haziq akan masuk sekolah tadika.
Bagaimana agaknya anak aku ini.
Kalau ikut aku, memang jenis anak manja dan penakut. 
Tidak pernah masuk tadika dan until Form 5 masih menangis kalau balik ke asrama.
Start dari darjah 1 memang asyik menangis sahaja. Anak manja sungguh.
Alhamdulilah belajar okies.
Aku berdoa Haziq tidak seperti aku yang manja ini.
Amin amin amin.

Monday, December 26, 2011

Kek Coklat

Salam pagi Isnin.
Syiok kan, Monday blues hari ini telah menjadi Monday pelangi gitu.
Ialah, cuti gitu. Mesti seronok.

Seperti biasa mesti sempat sahaja hendak membakar kalau cuti panjang begini.
Rugi rasanya.
Kalau tidak cuti pun masih sempat juga membuat kek.
Alhamdulilah aku cukup bersyukur dengan kesihatan yang baik dan kerajinan yang Allah kurniakan pada aku.
Bukan senang sebenarnya mencari kekuatan dengan penat-penat balik kerja.
Tambah lagi dengan Haziq dan Haifa yang sedang rancak aktif sungguh.
Qeqeem yang kadang-kadang minta di beri perhatian.
Alhamdulilah sebenarnya, anak-anak aku itu sungguh dengar kata juga.
Tapi walau itu dan ini malamnya masih sempat membancuh dan membuat kek.
Kalau buat main-main mesti tidak menjadi punya.
Mungkin jadi tapi tidak nyaman rasanya.

Hari itu aku buat ada gunung berapi.
Kali ini alhamdulilah.
Tidak perlu letak ganache bagi akulah. 
Sebab rasa kek sudah sedap.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
180 gram mentega
200 gram gula kastor
3 biji telor gred A
220 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (di ayak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (di ayak)
25 gram serbuk koko
125 gram air suam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh kopi segera

Cara membuatnya.
Bancuh serbuk koko, air, esen vanila dan kopi segera hingga larut. Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan bahan yang di ayak sedikit-sedikit sambil di kacau berselang-seli dengan bancuhan koko. Gaul sebati.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Seperti biasa mesti siap-siap potong letak dalam bekas.
Satu bekas bagi pada auntie aku.

De cake.
Tanda sedikit pecahan pada permukaan kek, 
merupakan hasil tusukan jari Haziq yang 
sudah tidak sabar untuk merasa kek yang baru masak.

Saturday, December 24, 2011

order Kek Pelangi dari officemate.

Alhamdulilah lepas aku bawa sample kek pelangi dan kek oren di office pada Khamis minggu lepas.
Terus Faizah dan Kak Jun order kek pelangi.
Price RM28 sahaja plus dengan free gift apam polkadot untuk customer pertama sahaja gitu.
Alhamdulilah.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah order gitu.
Sila sila.

 Kek Pelangi order dari Puan Faizah.

Order dari Puan Jun.

De free gift.

Friday, December 23, 2011

Nasi Mandy Kambing.

Salam pagi Jumaat.
Alhamdulilah.

Very de busy sekarang ini.
Plus dengan kepenatan yang berpanjangan.
Sedihnya sudah dua malam aku terpaksa melupakan tepung dan oven.
Order dari member sekolah dulu terpaksa di tunda gitu.
Sob sob.
Aku paksa diri ini supaya berehat.
Ialah sudah 2 petang masa driving balik kerja, mata macam sudah pedih.
Tidak cukup tidurlah sebabnya.
Insyallah malam ini kembali beroperasi.

Hari ini cadangan hendak cuti. Cannot juga.
Ada meeting petang nanti dan juga ada meeting untuk perjumpaan 1st timer macam aku yang insyallah akan jadi lecturer untuk Survey Camp bagi pihak Civil Department.

Jom tengok nasi mandy yang cik abang masak hari cuti hari itu.
Nasi Mandy kambing.
Alhamdulilah sudah tidak perlu membeli nasi Arab di office yang price RM13 untuk kambing dan RM10 untuk ayam.
Jimat gitu.

Ceh ceh siap ada coloring merah sikit pada nasi.. 
Hubby yang minta color dari barang-barang kek aku.
Lauk dalca sayur itu beli sahaja.

De lamb. 
Beli di Giant sahaja.

Wednesday, December 21, 2011

Kek Pelangi ikut color yang aku suka ;))

Salam Rabu.
Alhamdulilah.
Malam tadi aku lagi sekali membaking kek.

Kalau siapa rasa macam boring dengan post aku lately ini, aku minta maaf. (Sebelum ini pun post aku boring juga kan. hahahaha. Yang penting aku happy.)
Story aku memang sudah tidak boleh lari-lari anak dengan food.

Semalam-semalamnya lagi aku bakar kek untuk my first 2 customers.
Officemate mengorder kek marble pelangi.
Nanti aku upload picture keknya.
Makanya malam tadi baking pula untuk family tersayang.
Ialah tidak akanlah berjual sahaja.
Untuk diaorang mesti buat juga.
Before itu aku fikir untuk buat pelangi color apa gitu.
Lepas settle dengan buat dan bakar kek.

Aku rehat dulu. Tidurkan Qeqeem. Dengan aku sekali baring sama.
Lepas itu dalam jam 12.30 pagi. Yup memang sudah pagi pung.
Aku gigih sambung membuat apam polkadot juga.
Sambil tunggu apam di kukus aku lipat kain.
Ialah itulah masa untuk di dapur juga itulah masa untuk di mana-mana sahaja kalau anak-anak sudah tidur.
Apam itu untuk free gift customer pertama yang beli kek aku.
Tidak payah story aku tidur pukul berapalah gitu.
Huhuhu.
Namanya orang berniaga kan.
Harus night@early morning baker gitu

De cake. Luv de choclate.
Also de warna warni. 
Lembut sahaja kombinasinya.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
5 sudu makan susu
220 gram tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh emulco coklat
1 sudu teh serbuk koko
Sedikit pewarna merah dan coklat.

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan susu dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan warna merah dan coklat (emulco coklat dan serbuk koko).
Ambil satu senduk adunan coklat dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk adunan merah dan tompokkan atasnya. Akhir sekali adunan tidak di color di tompokan pada atas warna merah. Ulang proses hingga adunan habis.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci.
Goyangkan adunan supaya rata.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Bekalan di rumah. 
Sudah siap letak dalam bekas.
Hubby dan anak suka makan kek yang ini.

Tuesday, December 20, 2011

Penat amat.

Salam Hari Selasa.

Mata mengantuk, badan pun letih.
Alhamdulilah tidaklah teruk sampai menguap sepanjang masa.
;((

Penat hari Sabtu dan Ahad baru ini masih berlanjutan ke hari ini.
Sabtu workshop bermula dari jam 8.30 pagi until 10 malam.
Aku minta balik around 9.30 malam. Sebabnya yang sedia ada yang lain semuanya tidur di hotel.
Makanya diaorang stay bekerja until 10 malam.
Aku ini adalah sejenis orang yang memang tidak boleh tidur dimana selain di rumah sahaja.
Since dari bujang lagi, memang aku jenis family girl.
Sekarang ini pula sudah jadi family mother.
Hari Ahad pula kerja bermula seawal 8.30 pagi juga. Habis (belum settle juga sambung di office) dalam jam 5 petang.
Sesungguhnya amat letih.

Hari Isnin aku ambil EL.
Paginya busy mengemas rumah dan prepare lunch.
Alhamdulilah jam 12 gitu kami sudah makan tengahari.
Hantar Qeqeem pergi klinik appointment untuk 4 bulan.

Malam tadi pula tidur lewat.
Banyak sangat yang hendak di selesaikan.
Aduhai.

As a result.
Aku penat
Kerja perlu di selesaikan segera.
Hendak ambil cuti rasa tidak manis pula.
Ya ALLAH sihatkan kesihatan aku.
Amin amin amin.

Saturday, December 17, 2011

Kek Pelangi.

Salam pagi Sabtu.
Di kala pagi cuti ini aku mungkin sudah berada di Bangi, menghadiri workshop.
Ini ialah schedule post.

Teringat dulu-duluan masa bujang.
Memang aku boleh di katakan rajin juga menuntut ilmu dengan emak yang memang saban tahun mesti bakar kek marble untuk juadah raya. Tambah juga dengan kek buah kukus yang makan masa 4 jam gitu. Yang part kukus itu aku tidak belajar.
Dengar sahaja 4 jam terus down gitu.

So agaknya aku ini mungkin di katakan sudah lulus cara-cara membuat kek marble@ sekarang ini ada yang panggil kek zebra.
Kiranya lagi basic step mengenai cara-cara membuat kek sudah ada dalam kepala cikgu engineering ini.
Tidak sia-sia juga aku gigih mengacau putih telor secara manual dulu. Ialahkan mana adanya mixer bagai gitu. Bayangkan putih telor 12 biji yang cair itu kena 'pukul' until adunan itu jadi likat.
Peh memang 'lunyai' rasanya pergelangan tangan masa itu.
Di tambah lagi dengan kena kacau pula dengan butter cap bintang dari color warna kuning itu hingga jadi warna putih.
Fuh lagi.
Alhamdulilah, berkat tunjuk ajak emak itu, kek marble dapat bertahan lama tanpa bercendawan walaupun tidak di letakkan dalam peti ais.

Kali ini aku mencuba membuat kek pelangi ini aka kek marble pelangi.
Terus dalam kepala ingat semula step yang pernah aku buat duluan itu.
Alhamdulilah moist dan semestinya sedap.
Mungkin ada beza dengan resepi emak itu. Sebab dulu itu kalau tidak silap aku guna tepung gandum sahaja.
Sekarang ini semuanya guna tepung kek.

Bak kata aku pada member. Ini ala-ala kek kg kan. Sodap.
Dan berkat sedikit ilmu didada, alhamdulilah sudah dua orang order kek ini pada aku.
Insyallah Ahad malam atau Isnin malam siaplah order aku itu.

De cake by me.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
5 sudu makan susu
220 gram tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning.

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan susu dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan warna merah, hijau dan kuning.
Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk adunan merah dan tompokkan atasnya. Akhir sekali warna hijau di tompokan pada atas warna merah. Ulang proses hingga adunan habis.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci@18cm (saiz empatsegi).
Goyangkan adunan supaya rata.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Colors@pelangi.

De book.

Friday, December 16, 2011

kuciwa.

Salam pagi Jumaat.
Alhamdulilah bertemu lagi.
Syukur pada Allah.

Topik Jumaat di radio IKIM tadi. Dengar masa otw pergi kerja pagi tadi.
"Mahabbah Rasullulah saw"
Bersama Sheikh Dr Mahmoud Al-Mrglani dari Madinah.

Antara kandungan topik tadi.
Terdapatnya para Malaikat yang tugasnya ialah mengaminkan doa para ibu.
Akibat dari itu Tuan Sheikh menasihatkan kita para ibu supaya sentiasa menjaga kata yang keluar dari mulut terutama pada anak-anak sendiri.
Yup air mata aku berjuraian bila mendengar syarahan Tuan Sheikh.
Terus di kepala teringatkan Haziq, Haifa dan Haqeem.
Memang aku sentiasa cuba menjaga lidah aku terutama bila dengan mereka.
Walaupun masa itu diaorang tengah buat perangai.
Dengan Haifa sekarang ini sudah pandai sebut "na nak". Maksudnya tidak mahu.
Aduhai.
Terbayang juga muka emak di kg. Lagi air mata aku tidak boleh stop.

Mentanglah asyik di dapur sahaja sekarang ini. 
Picture sedih pun tunjuk gambar senduk.

Aku sungguh kuciwa.
Rasa down gitu.
Sebabnya aku tidak dapat menghadiri majlis perjumpaan blogger pada hari Ahad ini.
Last minutes office tempat aku bekerja bersuka hati sahaja buat Workshop pada Sabtu dan Ahad ini.
Namun sebenarnya ada urgent thing yang perlu di siapkan.
Hatta tetiba sahaja keputusan di buat oleh Encik boss dan Cik boss.
Cik boss - yup boss baru aku masih muda dan belum lagi bertitle Puan.
Makanya aku pasrah.
Whuaaaa.

Thursday, December 15, 2011

Kek Mentega Oren.

Salam hari Khamis.
Alhamdulilah ada rezeki kita bertemu lagi.
Story aku pastinya masak-masak.
Kalau tidak cerita ceriti pasal anak-anak tersayang.
Petang ini story kek warna oren aku.
Alhamdulilah sedap..hubby yang cakap.
Layan pictures dan juga aku kongsi sekali resepinya.
Rasa memang ala-ala oren gitu.

Hasil bakaran malam tadi.

Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor
220 gram tepung kek
30 gram jus oren
3 sudu besar parutan kulit limau
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh perisa oren
1 sudu teh pewarna oren
1 sudu besar blue poppy seed.

Cara membuatnya.
Mentega, perisa oren, pewarna oren dan gula kastor di satukan dan di putar hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan jus oren.
Masukkan kulit oren dan blue poppy seed. Gaul sebati.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci@18cm (saiz empatsegi).
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Bahagian bawah dan tepi kek.
Kek sesudah di bakar.

Alatan yang baru di beli. Semangat gitu.
Hasil perahan limau.
Parutan kulit limau.
Adunan sebelum di buat pembakaran.

Wednesday, December 14, 2011

Kau berjasa padaku.

Salam hari Rabu.
Hari ini start mengajar Fluid Mechanics kerana mengganti lecturer part time yang telah berenti.

Mahu berkongsi disini dengan oven pemberian emak. Emak pula diberi oleh Cik Ros aku hatta adik emak di S'pore.
Tengok tahun pada buku manual oven ialah 1984.
Fuh.


Tuesday, December 13, 2011

sebab tidak gebus Donutku bersalut.

Salam pagi Selasa.
Alhamdulilah.
Cantikkan tarikh hari ini 13-12-11
Jamu mata dengan donat buat kali kedua.
Erm sungguh tidak puas hati okies.
Makanya aku buat balutan coklat dan tabur coklat urai.
Alhamdulilah letak dapat peti ais.
Habis.
Kalau tidak mesti terbiar gitu.

p/s rasa down kejap hendak buat donat lagi.
insyallah nenantilah.
whuaaaaa.

Monday, December 12, 2011

Biskut@Cookies rangup

Salam pagi Isnin.
Alhamdulilah bertemu lagi kita.
Hari ini cuti. Birthday Sultan Selangor semalam.
Makanya ada di rumah sahaja, buat masa ini lah.
Semalam bagi aku sungguh seronok.
Sebab aku pergi kelas masakan.
Anyway mari lihat cookies yang aku buat petang Sabtu lepas.
Resepi tetap dari buku Chef Alex.
Boleh search di blog aku ini under tag cooking untuk resepi penuh cookies simple ini.
Pembakaran pun setakat 20 minit sahaja untuk setiap dulang.
Tetapi untuk filling aku terpaksa tukar bahan.
Sebab coklat chip tiada.
Gajus pun sama tiada juga.
Aku ganti dengan dark coklat dan juga hirisan badam.
Yang penting sedap.
Cuma rasa lebih kepada kecoklatan.

Cookies berwarna coklat.

Dari atas - hirisan badam, hazel yang di hancur halus, 
butter gula perang and gula halus.
Dari bawah - dark and white coklat, 
adunan cookies sebelum di bakar. 

Saturday, December 10, 2011

story rICE & sOYA.

Salam pagi Sabtu.
Alhamdulilah bertemu kita lagi di pagi cuti ini.
diPanjang umur gitu.
Kala begini, Haziq and Haifa masih tidur lagi.
Penat malam tadi ikut kami yang ada urusan di Puchong.
Juga boleh diaorang layan tengok midnight movie malam tadi dengan hubby.
Kalau tidak memang pagi lagi sudah bangun.

Aku tengah basu kain dalam mesinlah.
Trip kedua.
Trip pertama telah selamat di sidai.
Panaskan donat (kureng rasanya) yang buat malam tadi untuk breakfast.
Lepas itu hubby pergi service kereta hari ini. Tukar minyak hitam sahaja.
Lepas ini mahu buat sapuan coklat pada atas donat. Buat Haziq dan Haifa yang memang memilih sahaja kalau mahu makan.
Hubby pagi-pagi sudah selamat merebus daging kambing yang di beli malam tadi.
Makanya hari ini aku langsung ketiadaan kerja memasak di dapur.
Breakfast sudah settle.
Lunch and dinner today adalah by hubby.
Nasi Mandy with lamb.
Kali ini insyallah hubby buatkan juga sambal cili ala-ala arab itu.
Aku mahu masak dalca sayur rasanya (1st time hendak masak). Buat kuah nasi Mandy.
But hubby tidak bagi.
So boleh tidak aku suruh hubby pergi kedai mamak dan beli sahaja kuah dal.
Hahaha.
Tetapi sudah ada niat dalam hati mahu buat cookies rasanya.
Tangan ini rasa tidak seronok kalau tidak menyentuh tepung dalam satu hari.
Hahahaha lagi dan lagi.

Hubby yang budiman.
Tengah suapkan Qeqeem untuk makan pagi.
Umur baru 3 bulan 3 minggu.
Hendak buat macam mana lagi, kalau susu pun sudah tidak cukup untuk kenyangkan Qeqeem comel ini.
Sicomel ini juga sudah mandi tidak guna air panas lagi.
Fuh fuh dan fuh.
Anak-anak aku memang tidak menyusahkan emak bapak.

Baru start makan ini hari Jumaat semalam.
Haziq dulu pun bagi makan ini.

Lepas itu lepak sekejap. Sendawa gitu.
Alhamdulilah tidur lagi. Sendiri-sendiri sahaja.
Memang tidak menyusahkan orang.
Senang hati perut sudah kenyang.
Susu sebotol tolak tepi.

Puding roti lagi.

Salam petang-petang Jumaat to all.
Laporan masakan dari aku si amatur ini lagi.
Sudah lama sebenarnya juga aku buat resepi ini.
Kiranya resepi kedua puding roti yang menjadi aku buat.
Hari itu masa pertama kali aku guna resepi lain.
Ini kiranya resepi lain pula.
Aku copy paste sahaja resepi asal ini.
Tiada edit pun.

Selamat bercuti until monday gitu.
Ahad nanti aku ada kelas di Klang dari jam 10am until 5pm.
Semoga di permudahkan semuanya amin amin amin.

De puding.

Puding with kopi O.

Sumber Resepi :
Puding Roti. Dapur Comelku (resipi asal) Wanie Mat Zin

Bahan-bahan:
  • 6 keping roti (sy campur roti putih dan roti gardenia breakthru, kemudian potong dlm bentuk kiub kecil - sekeping roti dapat 16 kiub)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cup kismis
Cara-cara:
panaskan oven slma 10 minit....
  1. potong roti menjadi kiub2 kecil...wanie potong 1 keping tuh dapt 16 kiub
  2. dalam mangkuk laen...masukkan gula + butter....kacau sampai sebati pakai whisk..
  3. selepas dh sebati masukkan telur n kacau smpai sbti jga..
  4. masukkan tepung gandum +esen vanilla n then kacau smpai sebati..
  5. masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga habis 1 tin...
  6. masukkan roti yg dipotong td dlam adunan...kacau sampai semua roti disaluti adunan td...
  7. biar roti dlm adunan slma 5 minit..
  8. griskan loyang dgn butter then tuang adunan td kedalam loyang dan taburkan raisins atas adunan..
  9. bakar pada suhu 180 degree selama 45 minit...

Roti kerat 16.

Sebelum di bakar.

Friday, December 9, 2011

Donut ku kureng gebus.

Salam petang Jumaat.
Yup malam tadi mencuba resepi baru.
Donut.
Stress time pembuatan ialah yeast aku yang 'mati'.
Tiga kali buat, lastly yang kedua hidup juga. Tapi tidak banyak yang hidup.
Maka buihnya nampak separuh sahaja.
Akibat dari itu kenaikan donut aku kureng gebunya.
Namun syukur alhamdulilah, rasa tetap mantap.
Mesti akan cuba lagi.
Sebab semua orang suka makan.

Jam sudah lewat 10 lebih malam tadi. 
Barulah menggoreng.
Supper weh.

Baru beli petang semalam. 
Kalau yang acuan steel harga dalam RM6 rasanya.
Siap ada resepi di belakangnya.
Tapi aku guna resepi lain.

De proses.
Juga sebelum doh naik.

Moist Chocalate Cake.

Salam pagi Jumaat yang mulia.
Hari ini aku mahu berkongsi resepi coklat cake yang sungguh penuh kecoklatannya.
Cuba-cubalah buat nanti ya kawan-kawan.

Pembakaran by me last Sunday.

Aku kurangkan bahan yang manis-manis dalam 1/4.
Tapi di sebabkan itu. Setelah membaca sumber-sumber di internet, makanya permukaan kek aku crack besarlah juga.
Erm.Adunan jadi kering.
So next time jangan hendak pandai-pandai adjust resepi sana sini.
Laginya mungkin aku hendak letak adunan pada 2 loyang sederhana gitu.
Sebabnya macam padat sangat kek itu aku tengok.
Itu juga dari pembacaan aku menyebabkan kek tidak dapat berkembang atau naik dengan baik.
Kerananya bekas loyang tidak sesuai.
Anyway kek yang besar itu officially habis di makan khamis semalam.
Fuh 5 hari gitu.
Berkg coklat kami di rumah.
Aku guna adunan ganache dari buku Chef Alex sahaja.
200 gram coklat dan 160 gram butter.
Dan aku suka salutan yang keras. Tidak minat yang cair-cair itu.
So habis sahaja menyalut kek. Terus masukkan dalam peti ais dalam 30 minit gitu.
Merasalah juga potong kek jadi 2 lapisan. Sapu ganache then letak lapisan semula.
Yummies amat.

MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Dirujuk: Kzai@Teratakimpian

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih

Cara
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)- akak bkr 1 jam 10 minit...
**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...

Chocolate ganache (KakMisliha)
300gm Whipping cream
400gm cooking chocolate - akak guna baking choc Van Houten
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu

Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga kelaur buih2
Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
Kacau sehingga sebati..
Masukkan butter..tutup api, kacau lg ...

Thursday, December 8, 2011

Ole-ole London.

Salam pagi Khamis yang mendung.
Boleh sahaja, baru gerimis mengundang, polis traffic sudah start motor dan tinggalkan traffic light simpang empat begitu sahaja.
Alhamdulilah kereta tidak banyak seperti pagi semalam.

Alhamdulilah ini semua untuk aku.

Lagipun memang itu sahaja yang aku hendak.
Dua keychains. Satu FM. Satu lagi pengasah pensil. Comel.
Laginya aku dapat coklat juga ole-ole Qatar Air.
Beg comel Qatar itu kaklang dapat 4 biji sebab campur dengan transit pergi dan balik.
Anyway storynya my sister balik Malaysia awal dari yang di jangkakan.
Dia tidak sihat akibat dari early pregnancy.
Aku pun terkejut bila dia call aku petang Jumaat lepas.
Rupanya kaklang sudah berada di rumahnya.
Sebab itu sibuk sikitlah aku cooking lauk yang dia request hari Ahad lepas.
Kaklang memang ada email, beritahu yang barang-barang di London amatlah mahal.
Aku pesan kembali, kalau betul-betul hendak barulah beli.
In the end, aku pun tidak pasti kaklang beli apa lagi.
Hendak ajak berbual pun tidak sampai hati sebab dia tidak sihat.

Sudahlah Ahad lepas aku bakar kek coklat.
Ditambah lagi dengan coklatan yang kaklang bagi.
Fuhhhh so coklat factory sungguh kalau kaklang membeli coklatan.
Ole-ole Qatar.

Untuk hiasan dinding di rumah kg.



Wednesday, December 7, 2011

Privasi itu penting ke?

Salam.
Alhamdulilah sudah hari wordless wednesday.
Tapinya aku tidak mahu diam.
Tetap ada cerita mahu di kongsikan.
Bagi aku blog adalah diary untuk kenang-kenangan.
Namun ada juga cerita rasanya tidak perlu di post disini.
Cukup sekadar buat simpanan sahaja.

Ibarat kata-kata James Bond@Danial Craig pada family Kardashian di Harian Metro semalam.
James Bond selar Kardashian

"Ia bukan mengenai rasa takut untuk mendedahkan emosi anda di mata umum atau mengenai siapa diri anda dan apa yang anda percaya. Tapi bila anda mula menjual, jadi tiada apa lagi yang tinggal.

Anda tidak boleh beli balik, anda tidak boleh beli balik privasi itu. Oh, saya mahu bersendirian. Bodohlah. Kita semua sudah masuk dalam ruang tamu dia. Kita semua ada di saat dia bersalin. Dia yang filemkan untuk tontonan kita dan tunjuk uri dia dan sekarang dia mahukan privasi?”

Hatta semua itu terpulang pada diri masing-masing.
Tepuk dada tanya selera sendiri.
Aku bukanlah seorang yang suka berahsia sangat.
Jenisnya aku cuma tidak suka bercerita. Berat mulut sungguh.
Namun aku amat suka kehidupan PRIVASI.
Itulah memang lawak kadang-kadang, sebab ada perkara yang aku story di blog.
Realitinya tidak semua orang di sekeliling aku mengetahuinya.

Story Ahad lepas.
I'm cooking.
Udang + pegaga masak lemak cili api.
Telor dadar.
Tahu goreng + kuah sos (lebih masak jemput udang malam minggunya).

De udang + pegaga.
Udangnya manis.

Seperti biasa cili padi + serai ambil belakang rumah sahaja.
Pegaga emak bagi masa balik kg hari itu.
Di kutip dari kebun sebelah rumah di kg.
Maveles.

Tuesday, December 6, 2011

Kami bermula pada 2 December 2006 - Sabtu.

Moist Choc. Cake with coffee.
('pengsan' dengan kecoklatannya)

Salam.
Alhamdulilah.
Punyalah amat sibuk hari Sabtu dan Ahad. Plus aku penat sangat pasal sangkut jamming dekat 2 jam lebih masa otw balik rumah dari opis Jumaatnya.
Siap boleh aku sebelah-sebelah dengan kereta adik aku yang kerja di Putrajaya itu masa dalam jamming itu.
Sampai rumah dekat jam 10 malam.
Padahal keluar office jam 6.30 petang.
;((
Makanya kerana dan kerana itulah tiada kesempatan untuk mengupdate blog cinta merah aku ini.

Tetapinya part mengukus dan membakar. Syukur aku sempat.
Yup sempena 5 tahun aku dan hubby bergelar suami dan isteri, makanya aku memang sudah niat dalam hati untuk bakar cake coklat ini.
Tidak sempat buat hari Sabtu, makanya malam Ahadnya aku membuat pembakaran.
Apam choc. itu aku kukus malam Sabtu@malam minggu.

Alhamdulilah lagi, my cake very de nice dan moist sungguh.
Siap dengan ganache simple yang aku dapat dari buku Chef Alex.
Very de maveles.
Punyalah geletar tangan masa potong dua lapisan kek aku itu untuk sapu dengan ganache. Then letak semula lapisan kek itu.
Mave lagi.
Aku kurangkan gula pada adunan kek. Dan manis dark choc. + butter yang aku buat ganache itulah sudah cukup menambah seri kek.
Setelah seharian letak dalam peti ais. The next day rasa lebih nyaman.
Alhamdulilah satu family suka makan.
So coklat sungguh.
Resepi will post next entry.

Apam choc with choc. bar filling.
Malas@tidak berminat sungguh hendak guna artificial coloring pada apam.
Cuba guna serbuk koko.

Ada sapuan 'ganache' di lapisan tengah kek.

Tidak lengkap ulangtahun tanpa picture kenangan.
Lepas di sahkan.




Monday, December 5, 2011

Alhamdulilah kami sudah 5 tahun.

Luv 5 Hendra Haslina

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails