Followers

Thursday, August 25, 2011

selamat menyambut hari lebaran


Orang lain SYIOK dan GEMBIRA hendak menyambut hari kemenangan iaitu HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal menjelma kurang seminggu lagi.
Erm aku pula, dunnolah. Nak feel pun macam tak feel.
Orang berpantang macam aku ini, haruslah dulukan amalan berpantang.
Hubby pun gitu, macam slow jea.
Baru minggu ini hubby bawa Haziq dan Haifa pergi jalan TAR belikan baju raya.
Itu sahajalah.
Namun tetap teruja sebab kami beraya berlima tahun ini.
Ialah anak sudah masuk 3 orang.
;))

Insyallah hujung minggu ini kami akan balik ke kg aku di Kuala Pilah.
Aku akan tinggal di kg dengan anak-anak sekali until habis pantang, insyallah.
So lamaaaaalah blog ini akan bercuti sama.





Wednesday, August 24, 2011

Story myjahitan

Syukur pada Allah yang aku sungguh rasa bahawa jahitan aku bertambah baik.
Hendak duduk pun memang tiada masalah. Hatta duduk atas kerusi kayu pun.

Ialah orang termasuk Doc yang check aku pun sungguh prihatin dengan myjahitan.
Naik rimas aku dengan Doc Wad 2A katil 07, bukan apa. Dia risaukan aku.
Yup aku jawab pada dia yang aku sudah ada pengalaman jahit banyak masa bersalinkan anak pertama.
Namun anak ke 2, jahit ku tiada ;))

Ironinya aku ini bersalin vacuum dan sah-sah luka dan jahitan mesti 'high' kan.

Dek kerana Doc cakap begitu, aku pun seram jugalah.
'Parah' sangat ke keadaan di bawah tu?.

Jujur, pertama kali ke toilet buang air, erm aku rasa biasa-biasa sahaja.
Sama macam mana-mana lepas bersalin. Gitu-gitulah.
Alhamdulilah.

Cerita lagi, aku duk makan limau sunkist sebab untuk pelawas sahaja.
Itu sahaja yang aku fikir.
Hari-hari makan, hari-hari aku rasa macam bertambah sihat di bawah itu.
Rupa-rupanya, kebaikan vitamin C adalah untuk mempercepatkan luka sembuh.
Patutlah jahitan aku cepat baik.
Setakat hari ke 10 berpantang ini, I'm feel great di bawah itu.

Pantang yang dulu-dulu memang aku bergantung pada minuman rebusan akar kayu.
Memang minuman itu buat sistem pelawasan aku lagi better.
Aku memang suka minuman itu, namun kali ini aku terpaksa redha makan jamu tukang urut aku dulu.
Habis jamu itu, conpem aku hendak minum rebusan akar kayu aku itu.

Aku baca di forum ramai orang ambil produk Nona Roguy - phytonatal NR
Ada juga yang makan fiber+protin, minum prune juice atau ubat pelawas yang manis tu dari farmasi.

Kisah di bawah ini memang mendatangkan perasaan ngilu AWAS!!
Pertama kalinya aku merasa di check jahitan selepas semua selesai di labor room.
Padahal sebelum ini, memang habis jahit di labor room. Semua selesai. Tiada lagi siapa-siapa melihat myjahitan lagi.
Namun kali ini, 3 hours and I'm still in labor room.
Doc and nurse datang suruh angkat kain.
What!!!
Aku tengok Doc tu sudah pakai sarung tangan plastic tu.
Hah.
Ok, dia masukkan jari di tut itu dan satu tangan lagi tekan perut.
Kuat tekanan di perut itu.
Memang ada sembab@bengkak di satu bahagian di tut. Alhamdulilah bila Doc tekan, aku tidak rasa sakit.
Aku pula sudah jadi macam masa hendak bersalin, tarik nafas dalam-dalam. Siap dengan Allahuakbar sekali.
Ngilu, ngeri
Then masuk jari lagi di tut satu lagi dan suruh 'kemut'
Huh!!!!!!!!!!!!!!!!
Done.
Masa itu jam sudah masuk 12am  lebih.
Esok, pagi rembang jam 7am.Aku bangun tukar pad.Doc wad datang.
Buka pad, saya hendak check jahitan.
Whatttttttttttttttt. Lagi sekali.
Aku punyalah kepit kaki terkial-kial.
Then hendak buka kaki luas-luas macam hendak bersalin lagi.
So berlakulah proses 7 jam yang lalu sekali lagi.
Allahuakbar.
Aku tanya pada Doc, nanti hendak keluar wad kena check lagi ke?
Dia jawab, kalau yang kali ini ok. Tidak perlu lagi lah.
Alhamdulilah semua okies.
Masa tu aku siap cakap pada Doc, kecian sebab pagi-pagi dalam bulan puasa kena check dan tengok 'dibawah' itu.

Aku terfikir kembali.
Apa motif operandis orang dalam pantang jalan kepit-kepit, sedangkan Doc syiok suruh orang kangkang-kangkang lepas kena jahit?.

+++BUKAN AKU SAHAJA MENGALAMI CHECKING JAHITAN BEGITU. SEMUA YANG BERSALIN BIASA PUN DI PERIKSA BEGITU.
DALAM WARD 4 KATIL ITU AKU SEORANG SAHAJA YANG BERSALIN VACUUM.
SADISNYA YANG DUK DEPAN KATIL AKU, MASA HENDAK BALIK PUN DIA KENA CHECKING LAGI. PADAHAL DIA PUN BERSALIN BIASA. SEBABNYA DOC TIDAK PUAS HATI DENGAN CHECKING YANG BELAH PAGI PADA JAHITAN DIA.
ALHAMDULILAH AKU DAN KATIL SEBELAH AKU CUMA CHECKING JAHITAN BELAH PAGI SAHAJA SEBAB JAHITAN OK.

AKU MENULIS DISINI SEBAB AKU HENDAK SEMUA ORANG TAHU YANG PROCEDURE HOSPITAL PUTRAJAYA SEKARANG INI.
STRESS SUNGGUH KAMI YANG PERNAH BERSALIN SEBELUM INI DENGAN APA YANG TELAH TERJADI.
KALAU TIDAK SILAP AKU BERBUAL DENGAN MEREKA YANG PERNAH BERSALIN DI SITU SEBELUM INI, MEMANG INI PROCEDURE BARU RASANYA.+++

Tuesday, August 23, 2011

Sudah berurut ;))

RM 38 dan RM 20 sekotak. Pati ikan haruan yang wajib aku minum sebotol sehari.

Alhamdulilah start Ahad lepas, aku sudah mula berurut.
Insyallah hari ini habislah berurut.
Seronok dan bangga juga bila kak Mimi tu cakap yang rahim aku sudah kecut juga.
Huhu tidak sia-sia aku merajinkan diri sapu kapur + limau kasturi sebelum ikat bengkung di perut.
Memang lain patern kali ini aku di urut.
Ialah lain orang lain caranya berurut.
Pantang kali ini juga pertama kali aku bertungku batu sungai diperut.
Peh tidak ku tahu kerana itu perut boleh jadi lembut. Akibat angin jahat telah 'dilembutkan'.
Hehehe leh ramping mungkin aku kali ini.....ceh ceh.
Tapi kaki aku masih bengkak, lepas urut adalah surut sikit.
Kaki aku start jadi gitu lepas aku overdue hari itu.
Sungguh tidak larat membawa perut masa itu.
Sebab aku cakap hari itu aku masih belum makan apa-apa minuman kesihatan.
Maka 1st time aku makan jamu kak Mimi ini.
Setakat ini, aku okies, baby pun okies.

p/s alhamdulilah semua cost mengurut di belanja oleh kakak aku.
tq sister.
;))


Monday, August 22, 2011

Muhammad Haqeem

8 days old - mata sepet n tembam


Saturday, August 20, 2011

Day 7

Hari ke 7 berpantang juga 7 days old untuk baby Haqeem.
Aku alhamdulilah sihat.
Baby tidak banyak ragam.
Tali pusat sudah selamat tanggal pada hari ke 6.
Buat pertama kalinya anak ke 3 ini, ada tanda-tanda kuning.
Namun sikit sahaja.
Lagipun kalau aku tekan di kulit dahinya, tiada pula kuningnya.

Sorry still tidak ada picture.
Ialah, aku dan hubby masih penat.
Siap hubby demam dekat 3 hari. Tapi alhamdulilah dia masih mampu jaga kami berempat.

Aku masuk ke hari ini masih belum dapat berurut.
Sebabnya kakak Mimi tu masih full booking.
Terpaksalah aku bawa bersabar.
Namun lepas mandi aku memang rajin sapu minyak gamat keliling badan lengan bagai. Buat rasa panas.
Ada tungku moden pun, aku kalau duduk-duduk sahaja, mesti aku guna tungku tu.
Stokin masih lekat di kaki.
Pertama kali, rajin makan ubat hospital.
Sebab ada bengkak sikit di tut. Namun Doc sudah check dan aku tidak rasa sakit pun di situ.
So kena layan ubat supaya bengkak itu surut.
Bengkung juga sudah selamat di pakai since aku sudah balik dari hospital.
Dugaan lagi, akar kayu untuk aku minum pun masih belum dapat.
Sebabnya nenek tu tiada di rumah kata kakak ipar aku. Paling cepat aku dapat pun ialah dekat hendak raya nanti.
Aduhai.
Namun kakak aku suruh aku makan jamu kakak Mimi tu nanti.
Entahlah, aku tidak pernah makan jamu.
But kalu kakak aku boleh makan, insyallah aku pun boleh.
Sebabnya aku dan kakak memang sama, migrainnyalah itulah dan inilah.

Setakat hari ke 4 rasanya aku sudah selamat pooh pooh dengan aman dan tidak sakit.
Ini baru 1st time aku tahu boleh makan oren sunkist untuk 'kemudahanan'.
Sungguh mujarab, i luv it.
Masa bersalin yang dulu, memang azab untuk 1st pooh pooh.
Tapi lepas itu ok sahaja. Sebab aku memang jenis tidak 'sembelit'.

Aku minum pati ikan haruan POLLENEY sebotol sehari start hari kedua berpantang.

Story luka jahitan.
Aku rasalah aku lebih kuat dan sihat dan selesa waktu berpantang ini berbanding masa jahit banyak bersalinkan Haziq dulu.
Alhamdulilah.

Dan kalau aku story bagaimana Doc check jahitan aku, sure semua orang boleh terasa kembali ngilu masa di jahit dulu-dulu itu.
Bayangkanlah beberapa jam dan banyakkkkkkkkkk jam lepas di jahit, Doc masih periksa di area jahitan. Bukan setakat tengok sahaja, tapi ..............HUHUHU.
Memang rasa macam hendak MIA sahaja masa itu.
Tapi i will share nenanti.













Thursday, August 18, 2011

Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah

Syukur PADANYA aku sudah selamat bersalin NORMAL but vacuum due to fetal distress (at 8cm opening)
Overdue over 9 days. (Doc bagi until 10 days sahaja, kalau tidak bersalin...zasss potong perut.)
Induced labor.
Baby boy - Muhammad Haqeem bin Hendra Cipta
Weight - 3.45kg
Date - 14/08/11 (14 Ramadhan) Sunday
Time - 9.30pm
Location Hospital Putrajaya.

p/s
Pic baby letak nanti. 
Very de kelam kabut sikit, dengan anak da 3 orang.
;))

Friday, August 12, 2011

overdue (41 weeks) = induce @ c-section?

Yup, sudah lebih hari. 
Sepatutnya menjelang 6 August/Sabtu, aku sudah bersalin.
Alhamdulilah semalam walk in check up di emergency Hospital Putrajaya, denyutan baby dalam keadaan baik.
Memang baby dalam keadaan active.
Doc scan baby, alhamdulilah.
Air ketuban pun masih ok.
Berat semasa baby ialah 3.09kg.
Bukaan 'di bawah' masih dalam keadaan 'lock'.
Walaupun baby head memang posisi 1/5 kepala sudah masuk ruang yang sepatutnya.

Usually Doc akan bagi until 10 days after duedate.
Then hari ke 9 masuk ward untuk pantauan.
Hari ke 10 baru induce.
So Doc bagi until esok 13 August/Sabtu.
Aku akan masuk wad, petang gitu.
Then mungkin hari Ahad aku akan di induce.
Sekiranya tiada juga kontraksi berlaku.
Then c-sec.
Kalau boleh memang tidak mahu bedah, namun aku redha.
Yang penting baby sihat.

Doa aku semoga ALLAH permudahkan segalanya.
amin amin amin.
mohon doa dari kawan-kawan yang sudi.
tq to all.

p/s
1.umur aku sudah masuk 35 tahun 7 August 2011 lepas.
2.tq to nuffnang bagi present 4 TGV tickets movie sempena birthday aku.

Friday, August 5, 2011

5 ramadhan - 40 weeks

Ingatkan aku sudah selamat bersalin hari ini.
Risau juga tidur malam tadi.
Namun tidak rupanya
I'm still here di rumah.
Namun memang tidak larat berdiri lama.
Alhamdulilah tidak ada sakit sana sini.
Cuma sakit di betis sikit kalau naik tangga keatas.
Ialah membawa perut.
Cadang tidak mahu puasa hari ini.
Namun fikir semula, besar pahalanya kalau berpuasa, so aku teruskan puasa.
Dulu masa Haifa pun begini.
Due terlebih satu hari.
Hari sepatutnya due, rilex tidak rasa apa.
Ya Allah permudahkan segalanya.
amin amin amin

Thursday, August 4, 2011

4 Ramadhan

Semalam aku blogwalking.
Saja mahu membaca pengalaman orang lain berpantang.

Disini ingin aku minta pendapat kawan-kawan, para ibu.

- boleh ke minum air oren dalam berpantang?. sebab aku baca satu blog ini dia minum air oren pagi-pagi untuk mudah melawas.
-buah apa yang boleh di makan apabila dalam pantang?
-aku pernah minum kopi o masa berpantang, tapi terus sakit kepala. adakah kopi boleh minum dalam berpantang?.

p/s
still berpuasa, alhamdulilah.
39 weeks 6 days
kalau aku bersalin pagi nanti atau esok, mohon doa dipermudahkan dari kawan-kawan semua.
tq

Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadhan

Huhuhu I'm still here.
Belum bersalin lagi.
Aku berharap dan berdoa semoga kelahiran kali ini sama juga mudahnya seperti Haziq dan Haifa.
amin amin amin.
Semestinya tetap takut dan ngeri.
Aku paling tidak boleh tahan ialah sakit contraction selepas air ketuban di pecahkan.
Allahuakbar, sukar untuk di gambarkan.
Itu sahaja yang paling kau tidak tahan.
Lepas itu semasa bersalin dan juga kalau ada sesi jahit menjahit.
Alhamdulilah aku sudah tidak merasa apa-apa.
Kerana memang mind aku sudah di set begitu.
Contraction paling sakit.
Namun kali ini aku berazam untuk mind set positively semasa menunggu masa untuk bersalin di labor room.
Hoping mudahnya bersalin adalah seperti bersalinkan Haifa, 2 kali teran sahaja. Haifa selamat di lahirkan.

Fuh penat sungguh kalau berdiri lama sikit sekarang ini.
Paling tidak syiok ialah time tidur.
Banyak masa tidak tidur dari tidur.
Semua sudah tidak selesa.
Alhamdulilah masih mampu berpuasa hari ini.

Pagi tadi satu rumah kena makan sahur awal.
Hehehe.
Pasal akulah.
Perut aku lapar, memang tidak boleh tidur.
Makanya dekat jam 3am, semua makan sahur.

Adik aku yang bongsu start tidur sini malam tadi.
Aku minta dia standby. Ialah kalau aku bersalin malam-malam atau pagi-pagi.
Bolehlah dia temankan anak-anak aku.
Adik aku ini kerja di Putrajaya. Dia memang duduk dengan kakak aku yang rumahnya tidak berapa jauh dari rumah aku duduk ini. Kira taman perumahan belah-belah sanalah.

3 hari berpuasa, 3 hari itulah hubby yang masak.
Aku memang tidak larat.
Larat buat kerja ringan-ringan sahaja.
Tq so much sayang.

Story pasal anak 2 orang itu.
Ya ampun, punyalah meragam sahaja.
Dua-dua, sikit je asyik menangis.
Semua jadi kaki manja.
Dugaan sungguh.

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan - 39 weeks 4 days pregnancy.

Salam ramadan hari ke 2.
Setakat ini, alhamdulilah mak yong sarat 39 minggu 4 hari ini masih sihat mengadap pc dan berpuasa.
Walaupun pagi tadi muntah, namun semangat kuat sungguh untuk berpuasa.
;))
Hubby pula memang asyik bising sahaja. Tidak bagi aku berpuasa.
Aku cakap, aku masih larat.

Punyalah semalam itu, aku berbuka. Banyaklah kononnya makan. Entahlah bukan lapar pun. Cuma rasa hendak mengunyah sahaja.
Sahur malam tadi pun aku masih di meja, walaupun hubby sudah selesai makan.
Selera gitu.
Ditambah dengan melayan air ribena. Aduhai sedap benar pula rasanya.Vitamin C gitu.

Aku cadangnya hendak cek klinik last week.
Tapi badan asyik tidak sedap sahaja.
Sedap hendak baring gitu.
So nampaknya halallah aku check up last adalah pada minggu ke 38 hari itu.
Aku sudah fenat.
Padahal klinik nun depan rumah sahaja.

Alhamdulilah semua sudah siap dan selesai.
Orang mengurut sudah selamat di booking.
Mandian herba..done
Akar kayu untuk aku minum akan di hantar oleh kakak ipar aku nanti.
Iyalah bila aku bersalin nanti. conpem diaorang dari kg datang melawat.
;))
Insyallah will stay at KL for 2 weeks. Then baru balik kg.

Semalam di JJ, sempat aku beli product ini. Pertama kali hendak mencuba.

Monday, August 1, 2011

1 Ogos 2011 / 1 Ramadhan 1432

Salam Ramadhan to all,

Alhamdulilah.
Semoga kita semua sentiasa sihat dalam menjalani ibadat puasa pada tahun ini.
Alhamdulilah juga aku yang kandungan sudah masuk 39 minggu 3 hari pada hari ini selamat menjalani ibadat suci ini.
Cuma sudah rembang petang gitu, baru perut rasa tegang amat. Mungkin baby sudah lapar.
Hari ini juga, barulah aku keluar rumah ikut hubby pergi klinik. Haziq sakit tekak, mild sahaja.
Sabtu dan Ahad lepas memang melepet di rumah sahaja.
Beg aku dan beg baby semua sudah siap di dalam bonet kereta.
Ready gitu.
Anyway aku amat berharap, kali ini baby dapat bersama aku menjalani ibadat puasa walaupun cuma beberapa hari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails