Followers

Saturday, August 20, 2011

Day 7

Hari ke 7 berpantang juga 7 days old untuk baby Haqeem.
Aku alhamdulilah sihat.
Baby tidak banyak ragam.
Tali pusat sudah selamat tanggal pada hari ke 6.
Buat pertama kalinya anak ke 3 ini, ada tanda-tanda kuning.
Namun sikit sahaja.
Lagipun kalau aku tekan di kulit dahinya, tiada pula kuningnya.

Sorry still tidak ada picture.
Ialah, aku dan hubby masih penat.
Siap hubby demam dekat 3 hari. Tapi alhamdulilah dia masih mampu jaga kami berempat.

Aku masuk ke hari ini masih belum dapat berurut.
Sebabnya kakak Mimi tu masih full booking.
Terpaksalah aku bawa bersabar.
Namun lepas mandi aku memang rajin sapu minyak gamat keliling badan lengan bagai. Buat rasa panas.
Ada tungku moden pun, aku kalau duduk-duduk sahaja, mesti aku guna tungku tu.
Stokin masih lekat di kaki.
Pertama kali, rajin makan ubat hospital.
Sebab ada bengkak sikit di tut. Namun Doc sudah check dan aku tidak rasa sakit pun di situ.
So kena layan ubat supaya bengkak itu surut.
Bengkung juga sudah selamat di pakai since aku sudah balik dari hospital.
Dugaan lagi, akar kayu untuk aku minum pun masih belum dapat.
Sebabnya nenek tu tiada di rumah kata kakak ipar aku. Paling cepat aku dapat pun ialah dekat hendak raya nanti.
Aduhai.
Namun kakak aku suruh aku makan jamu kakak Mimi tu nanti.
Entahlah, aku tidak pernah makan jamu.
But kalu kakak aku boleh makan, insyallah aku pun boleh.
Sebabnya aku dan kakak memang sama, migrainnyalah itulah dan inilah.

Setakat hari ke 4 rasanya aku sudah selamat pooh pooh dengan aman dan tidak sakit.
Ini baru 1st time aku tahu boleh makan oren sunkist untuk 'kemudahanan'.
Sungguh mujarab, i luv it.
Masa bersalin yang dulu, memang azab untuk 1st pooh pooh.
Tapi lepas itu ok sahaja. Sebab aku memang jenis tidak 'sembelit'.

Aku minum pati ikan haruan POLLENEY sebotol sehari start hari kedua berpantang.

Story luka jahitan.
Aku rasalah aku lebih kuat dan sihat dan selesa waktu berpantang ini berbanding masa jahit banyak bersalinkan Haziq dulu.
Alhamdulilah.

Dan kalau aku story bagaimana Doc check jahitan aku, sure semua orang boleh terasa kembali ngilu masa di jahit dulu-dulu itu.
Bayangkanlah beberapa jam dan banyakkkkkkkkkk jam lepas di jahit, Doc masih periksa di area jahitan. Bukan setakat tengok sahaja, tapi ..............HUHUHU.
Memang rasa macam hendak MIA sahaja masa itu.
Tapi i will share nenanti.













2 comments:

akuzle said...

mmg cian tgk hub buat mcm2. seminggu dier cuti lebey memenatkan dr dier kje. g ke sana ke mari tp itulah pengorbanan dr pihak dier plaks kan? Babs yg check jahitan tuh yg saper2 pon x nak ingat...huhuuuhu

haslina said...

alhamdulilah. untung kita dapat suami yg memahami.

huhu, part jahit mmg seriau gitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails