Followers

Tuesday, August 23, 2011

Sudah berurut ;))

RM 38 dan RM 20 sekotak. Pati ikan haruan yang wajib aku minum sebotol sehari.

Alhamdulilah start Ahad lepas, aku sudah mula berurut.
Insyallah hari ini habislah berurut.
Seronok dan bangga juga bila kak Mimi tu cakap yang rahim aku sudah kecut juga.
Huhu tidak sia-sia aku merajinkan diri sapu kapur + limau kasturi sebelum ikat bengkung di perut.
Memang lain patern kali ini aku di urut.
Ialah lain orang lain caranya berurut.
Pantang kali ini juga pertama kali aku bertungku batu sungai diperut.
Peh tidak ku tahu kerana itu perut boleh jadi lembut. Akibat angin jahat telah 'dilembutkan'.
Hehehe leh ramping mungkin aku kali ini.....ceh ceh.
Tapi kaki aku masih bengkak, lepas urut adalah surut sikit.
Kaki aku start jadi gitu lepas aku overdue hari itu.
Sungguh tidak larat membawa perut masa itu.
Sebab aku cakap hari itu aku masih belum makan apa-apa minuman kesihatan.
Maka 1st time aku makan jamu kak Mimi ini.
Setakat ini, aku okies, baby pun okies.

p/s alhamdulilah semua cost mengurut di belanja oleh kakak aku.
tq sister.
;))


2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

perghh..tak sanggup dah telan pati haruan. makcik eliss ckp, makan pil ajer, khasiat dia sama :p lepas ni nak cari pil ajer la kalo bersalin :P

haslina said...

huhuhu, yg brand polleney ok rasanya leh telan. tawar payau gitu.

tp yg brand traditional tu, masin. tak suka.

terpaksa tolak tepi suka atau tidak, sebab nak cepat baik. hehehhe.

pil tu mmg x pernah cuba lagi.

moga cepat PREGNANT yea eliss ')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails