Followers

Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadhan

Huhuhu I'm still here.
Belum bersalin lagi.
Aku berharap dan berdoa semoga kelahiran kali ini sama juga mudahnya seperti Haziq dan Haifa.
amin amin amin.
Semestinya tetap takut dan ngeri.
Aku paling tidak boleh tahan ialah sakit contraction selepas air ketuban di pecahkan.
Allahuakbar, sukar untuk di gambarkan.
Itu sahaja yang paling kau tidak tahan.
Lepas itu semasa bersalin dan juga kalau ada sesi jahit menjahit.
Alhamdulilah aku sudah tidak merasa apa-apa.
Kerana memang mind aku sudah di set begitu.
Contraction paling sakit.
Namun kali ini aku berazam untuk mind set positively semasa menunggu masa untuk bersalin di labor room.
Hoping mudahnya bersalin adalah seperti bersalinkan Haifa, 2 kali teran sahaja. Haifa selamat di lahirkan.

Fuh penat sungguh kalau berdiri lama sikit sekarang ini.
Paling tidak syiok ialah time tidur.
Banyak masa tidak tidur dari tidur.
Semua sudah tidak selesa.
Alhamdulilah masih mampu berpuasa hari ini.

Pagi tadi satu rumah kena makan sahur awal.
Hehehe.
Pasal akulah.
Perut aku lapar, memang tidak boleh tidur.
Makanya dekat jam 3am, semua makan sahur.

Adik aku yang bongsu start tidur sini malam tadi.
Aku minta dia standby. Ialah kalau aku bersalin malam-malam atau pagi-pagi.
Bolehlah dia temankan anak-anak aku.
Adik aku ini kerja di Putrajaya. Dia memang duduk dengan kakak aku yang rumahnya tidak berapa jauh dari rumah aku duduk ini. Kira taman perumahan belah-belah sanalah.

3 hari berpuasa, 3 hari itulah hubby yang masak.
Aku memang tidak larat.
Larat buat kerja ringan-ringan sahaja.
Tq so much sayang.

Story pasal anak 2 orang itu.
Ya ampun, punyalah meragam sahaja.
Dua-dua, sikit je asyik menangis.
Semua jadi kaki manja.
Dugaan sungguh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails