Followers

Friday, February 17, 2012

Rezeki...alhamdulilah.

Salam Jumaat.
Kerja semula hari ini. Semalam itu aku amek cuti. Oh tidaklah pergi berjimba gembira. Cuma aku perlu berehat extra extra. Keadaan kesihatan yang batuk sedikit dan selsema sedikit juga, maka semuanya membuat kepala aku macam bengal.
Lagipun petangnya pula menghantar Qeqeem untuk cucuk 6 bulan di klinik kerajaan.
Story lain kali pasal tu.

Alhamdulilah hari ini nampaknya batuk aku sudah ketiadaan sangat. Ialah aku makan juga ubat klinik sekali.

Cuma Qeqeem yang masih batuk dan selsema, kecian anak mama tu.
Any tips untuk kurangkan batuk dan selsema. Aku tidak suka sangat hendak bagi baby makan ubat klinik ini.
Qeqeem 1st time makan ubat klinik masa umur dekat 6 bulan.
Kasihan tengok dia demam masa itu.Sebelum-sebelum itu memang tidak pernah bagi pun.

Haifa batuk juga, alhamdulilah sudah berkurangan. Haziq pula hanya kena selsema, sudah kurang juga. Hari itu, hari Selasa rasanya memang ke klinik kami beramai-ramaian. Lenguh kejap tangan aku menulis nama untuk 4 orang termasuk aku sekali. Fuh.

Malam tadi story pula, gigih aku membakar 3 biji kek. Alhamdulilah lagi. Order dari kawan aku, mak buyung yang teringinan. Nanti aku masukkan picture kek.Sadisnya kek yang pertama aku bakar retak di tepi. Silap aku gelojoh untuk keluarkan kek dari loyang. So buat makan anak-anaklah Moist Choc. kek itu.
Tidak mengapa, kalau kaklang mahu kek ulangan untuk hari Isnin. Aku akan buatkan kembali.
1 st time buat Kek Butter. Kawan aku itu mengorder Kek Butter Oren dan Kek Butter.
Total out malam tadi aku membakar sebanyak 5 kali. Kerananya setiap kek mempunya lebihan untuk di bakar dalam loyang kecik. Fuh lagi. Akhirnya aku tidur sudah jam cecah 1 pagi lebih lebih. Namun hati aku puas sebab kek siap semuanya.
Paling de syiok, kerana hubby tetap disisi menemani aku. I luv u sayang and tq so much dengan sokongan dari U.

Rezeki berblog.
Alhamdulilah.

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

rajin betul awak dlm tak2 sihat tu ye..dh pulak anak2 sekali tak sihat..mencabar tu.. apapun tcre~

n tahniah..rezki dr en nuff...waah byk tu..suke3x..hee~

my Hakeem pun selesema, tak ambk apa2 ubat pun, cuma sesekali kena sedutkan hingus dr hidung, kalau tak tak selesa dia..hu~

Ms Haslina said...

alhamdulilah eina en hubby rajin membantu menjaga anak2.

alhamdulilah, sikit2 rezeki dr nuff..

bagus tu eina, seeloknya bb ni kita jgn sgt bg ubat spital atau klinik.
kita alternative lain.

Eliss said...

terliurnya tengok kek kat tepi tu. patutlah gigih membakar..lumayan rupanya pulangannya :)

Ms Haslina said...

hehehe, alhamdulilah.
bolehlah sikit2 ellis. minat pun kena ada, barulah kek menjadi dan sedap.

p/s nak order yg mana ni?. delivery rm10 je ke area yg berpatutan.
hehehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails