Followers

Thursday, February 23, 2012

Sambung elektrik dengan pertukaran nama untuk rumah 2nd yang baru di beli.

Salam Khamis.
Alhamdulilah.
Erm hari ini aku kerja sampai ke malam. Storynya sebab kena menjaga exam pada jam 8.15pm until 10.15pm. Aku budget, jam 11pm barulah aku sampai rumah. Nampaknya berbaju kurunglah aku seharian.

Okies, aku mahu kongsi pengalaman pertama aku masukkan kembali elektrik ke rumah. Rumah siapa, ntahlah. Hahahaha. Sila jangan di tanya. Adegan ini berlaku bulan lepas gitu. Aku pergi TNB Bangi. Di situ ada juga servis drive-thru untuk bayar bill. Syoik lagi sebab tidak ramai orang pun. Servis di kaunter pun pantas. Syabas pada mereka. Cuma part parking yang slow sikit. Parking lot sikit sahaja. Nasib-nasiblah kan. Sebelum kesana hubby sudah callkan untuk document yang perlu di bawa. So sampai sana, alhamdulilah barang keperluan telah siap ada.

Boleh tengok lampiran di pic bawah ini untuk lebih jelas. Juga boleh ke laman web TNB. Disana nanti ada borang yang perlu di isi. Faham tidak faham, aku minta bantuan orang yang bertugas di situ. Nanti ada tanya No Tiang bagai. Minta sahaja bantuan orang di situ.
Bagusnya lagi masa itu aku berurusan waktu pagi dalam jam 10 lebih. Esoknya sudah okies, rumah sudah ada berelektrik.

Document dan barang yang perlu ada ialah -
1. Salinan SnP document sekiranya ada atau Surat penjanjian penyewaan.
2. Salinan kad pengenalan depan belakang untuk penama dalam bil elektric.
3. Setem Hasil RM10 sebanyak 2 keping. (Setem ini beli sahaja di pejabat pos dan bawa ke TNB, tidak perlu buat apa-apa.)
4. Wang cagaran. Aku perlu bayar RM200.
5. Wang proses tukar nama. RM 3.00

Kertas yang di beri di kaunter untuk rujukan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails