Followers

Wednesday, May 16, 2012

baju sport Haziq dan story Haifa.

Salam Rabu.
Alhamdulilah dengan kesihatan yang ALLAH berikan.
Syukur.

                                                        Baju yang membakar semangat kan.

Awal bulan May baru-baru ini Haziq dapat baju subsidi kerajaan bagi sekolah TABIKA KEMAS.
Sebelum ini Haziq pakai baju T putih dan treksut biru kalau hari Selasa dan Khamis.
Bayangkan lah bagaimana keadaan baju putih tu kalau waktu habis sekolah jam 12 tengahari.
Color putih sudah tranform.

Baju T putih itu aku beli di Warta@Giant Bangi.
Memang payah juga hendak cari baju putih saiz kecik-kecik ini.
Di area kedai-kedai di situ.
Sebelum Haziq pakai baju sport barunya, dia memang pakai sekali dengan baju singlet.
Ialah baju putih kan jarang sikit.
Since sudah pakai baju oren merah itu, Haziq beritahu aku yang Cikgu tidak bagi lagi dia pakai singlet. Baju itu sudah mempunyai ketebalan yang sesuai.
Siap ada tulisan TAAT, SANTUN dan CERDIK.
1 Malaysia pun ada sekali.
Tidak ketinggalan juga untuk SELANGOR di bahagian tepi seluar.

Baju sport sekolah kerajaan.

Story princess.
Dalam jam 2 pagi tadi, Haifa tetiba terbangun dan menangis.
Hubby suruh aku buka lampu.
Rupanya dia muntah. Hubby terus bawa dia ke toilet.
Habis keluar semua nasi yang di makan malamnya. Dan badan Haifa panas semula.
Memang semalam Haifa demam on off.

Aku tukarkan baju lain dan pamper Haifa lepas itu.
Hubby pula pergi ambil ubat demam dalam peti ais.
Pakaikan sekali sweater dan stokin.
Masa sudah tutup lampu dengan lampu kecik masih di buka, hubby temankan Haifa tido.
Boleh Haifa cakap "na nak tido ngan baba. baba gi tido atass"
Erm.
Aku pula cuba temankan Haifa tido.
Pujuk-pujuk selimutkan dia, erm di tolaknya.
Tidak lama juga aku tunggukan Haifa. Lepas dia cakap hendak tido dekat dengan Qeqeem kemudia terus aku naik tido atas katil semula.


Alhamdulilah pagi tadi demamnya sudah surut sikit.
Sedih juga bila aku hendak pergi kerja itu, Haifa menangis.
"nak ikut mama, nak ikut mana"

Semoga ALLAH sihatkan kesihatan anakku Haifa Cassandra amin amin amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails