Followers

Wednesday, June 6, 2012

4 tiket.


Di tengah petang hari cuti.
Hubby 'berkeras' ajak aku pergi beli tiket untuk menonton wayang.
Perkataan berkeras aku gunakan sebab aku memang 'malas' hendak outing.
Lagilah dengan askar-askar kenit yang ramai.
Aku memang sudah jadi pasif.
Namun akhirnya aku mengikut sahaja.
Aku dan hubby pergi berdua dahulu untuk membeli tiket sahaja.
Tepat jam di perlukan, kami berlima naik kereta menuju ke Alamanda.
Haifa free sahaja.
Makanya tiket bertotal RM36.
Dengan RM12 untuk dua tiket kanak-kanak.
Ironinya, harga popcorn dan air coke, totalkan dekat hendak sama macam beli tiket ulangan untuk seramai 4 orang itu.
Aku pelik sungguh kenapa saiz LARGE popcorn di GSC Alamanda Putrajaya adalah kecik.
Harga sudahlah mahal, sungguh tidak berpatutan dengan saiz besar popcorn.
Anyway sungguh tidak seronok kalau sudah ramai askar kenit ketika menonton.
Asal-asal happy, sudahnya diaorang boleh buat story lain dalam panggung.
Kiranya macam buat rumah sendiri.
Alhamdulilah, ramai parent yang juga bawa anak masing-masing.
So sama sahaja rata-rata kerenah anak-anak ini.

4 comments:

Atia Adina said...

saya dah lama giler tak tgk wayang.....tak berani nak masuk bawa anak kecik....takut dia wat hal plak dalam panggung tu nnt

haslina said...

klu anak2 saya sebenarnya ok sahaja bila masuk wayang.
paukan sahaja pop corn dgn air. insyallah ok.

p/s hari tu bawa cousin anak, dia x pernah tgk wayang. itu yg jadi kelam kelibut tu.

oya said...

cite best!kelakar kan

haslina said...

a'ah citer mmg best. rasa mcm nak tgk lagi je.
tak puas tgk sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails