Followers

Monday, June 25, 2012

Selipar Merah dan Pink.

Selipar comel-comelan.

Malam tadi alhamdulilah syukur pada ALLAH, kami sampai ke rumah dari kg dalam jam 10 malam.
Saja bertolak lewat.
Lepas maghrib baru gerak.
Aku mahu rehat lebih di kg.
Hubby pun perasan juga yang sudah lama kami tidak driving malam.
Alhamdulilah kereta tidak banyak dari kg dan masuk ke highway.

Ala-ala di kg, selipar Haziq dan Haifa sudah putus.
Seronok bermainlah sangat.
Itu yang kebetulan masa lalu di Senawang ada jual-jual. Dekat area dataran dan belakang Mc D.
Tidak tahu occasion apa.
Layan sahaja aku dan hubby dan sekalian anak.
Berjalan di situ.
Aku dukung Qeqeem.
Hubby dukung Haifa.
Haziq pula jalan sambil pegang baju aku atau baju hubby.
Memang sakit pinggang sambil dukung anak, sambil berjalan dan sambil hendak tengok barang.
;(
Membeli belah selipar sekali.
Dan itu sahaja sebenarnya yang dibeli.
Murah...RM 10 sepasang.

Sampai di rumah, kalut makan malam.
Haziq dan Haifa makan burger yang baru dibeli.
Qeqeem minum susu sambil abang kakak hulur-hulur roti burger.
Semua lapar.
Emak bekalkan nasi sekali.
Tima kasih emak.
Lauknya ialah KARI DAGING, RENDANG AYAM dan SUP SAYUR.
Perjalanan kami malam itu cuma berjarak dalam 2 jam sahaja dari KUALA PILAH ke BUKIT JALIL.
Itupun sebab drive ikut kelajuan yang dibenarkan.

Sabtu lepas aku berkerja.
Yup akan bekerja setiap Sabtu hinggalah ke hujung nyawa op silap hingga ke hujung bulan Sept.
So terkejar-kejar jugalah kan.
Jam 9am until 1pm.
Habis kerja terus balik rumah, sampai dekat jam 2pm dan terus kemas barang baju bagai.
Alhamdulilah anak-anak semua sudah mandi.
TQ to hubby yang memahami.
Aku beli kuih donat sahaja. 7 biji.
Kebetulan aku sudah masak lauk sardin malamnya.
Aku tanya Haziq, baguih dia sudah makan nasi dan lauk sardin.
Lega hati mendengarnya.
Kuih donat selamat di makan oleh semua dirumah sebelum sempat naik kereta lagi.
Hubby pula memang ada masak mee goreng mamak untuk breakfast diaorang di rumah pagi itu.
So lega lagi sebab semua orang sudah makan.

Haziq cakap "mama ambil gambar lidah Haziq yea"
ermmm..aku pesan semula pada Haziq. Tidak elok tunjuk lidah macam itu.
Haifa ikut-ikut sekali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails