Followers

Monday, June 4, 2012

Aku bercuti hari ini, tapinya..


Cadangan aku kuat sangat supaya dapat berehat goyang kaki hari ini. Memang itulah bayangan aku bila apply cuti minggu lepas.
Tapinya, pagi-pagi lagi kaklang sudah call aku. Mata aku masa itu buka tak buka sahaja. Ialah semalam baru lepas balik dari kg. Penat belum habis lagi.
Kaklang minta tolong aku datang rumah dia untuk tengokkan baby sebab kaklang demam. Fuh.
Aku cakap, biar aku bawa sahaja baby duduk rumah aku hari ini. Biar kaklang dapat rehat sepenuhnya.
Makanyalah, rumah aku ada 3 orang kanak-kanak, termasuk 2 orang baby. Alhamdulilah aku la nie telah selamat basuh kain 2x di mesin basuhlah. Then kejar-kejar sidai kain.
Lepas itu prepare untuk goreng mee dan lunch. Aku masak nasi dan sayur campur + udang sahaja. Tambah dengan telo mata.
Selesai semua, terus suapkan anak-anak semua.
Semoga aku okies untuk melayan kerenah 2 orang lelaki smart umur 5 tahun, princess umur 2 tahun lebih, hero hensem umur 9 bulan lebih dan last sekali Ariqq umur 2 bulan lebih.
amin amin amin.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails