Followers

Wednesday, December 26, 2012

Rezeki sungguh.

Kaklang kerja di GSK.
Makanya semua product GSK memang dapat di beli dengan harga yang murah.
Yang ini bahagian aku. Kaklang belanja.

Assalamualaikum.
Macam biasa mak yong kerja hari ini.
Tiada istilah cuti gitu kan.
Kalau hendak rasa berehat boleh pergi klinik, minta MC. huhu.
Confirm Doc bagi. Dua hari pun boleh sahaja.
Best kan.

Aduhai mata macam tidak best sahaja hari ini.
Tidak cukup tidur.
Ikutkan hati memang tidak mahu kerja hari ini.
Tapi mengenangkan boss sudah buat jadual. Hari ini ada appraisal.
So kena gagahkan dirilah.
Whuaaaa.

Apa punca tidak cukup tidur.
Semenjak dua menjak ini, baby dalam perut memang aktif sangat-sangat waktu malam.
Asyik menegang sahaja perut mama nie.

Story 25 Dec - Tuesday
Pagi-pagi mak yong sudah imagine hendak breakfast apa.
Haha.
Ialah kan malamnya memang hubby masak nasi lemak kukus.
So ada lebihlah kan.
Makluman sudah berhari mak yong ingin makan lauk kerang sambal atau paru sambal.
Tapnya tidak kesampaian.
Maka harapan tinggi gitu. Misi mencari lauk.

Then sebelum itu, Haziq sudah menagih kembali untuk pergi jumpa cousin dia.
Apa lagi agenda diaorang, mesti hendak main dan main lagi lah.
Aku terus call kaklang.
Ok tak hantar Haziq ke rumah dia pagi itu.
Okies.

So dengan Haziq dan Haifa yang belum mandi.
Aku minta Hubby pergi sekali.
Cadang hendak drop by Haziq sahaja.
Tetiba kaklang kata makan lunch di rumah dia sahaja.
Dia memang masak banyak.
Maklumlah sudah ada maid, ringan sikitlah kerja kaklang.
Tinggalkan anak-anak di rumah kaklang.
Aku and hubby keluar pergi cari lauk idaman aku, kononnyalah.

Habis Hubby dan anak-anak makan tengahari itu, kami balik ke rumah.
Aku masa itu masih belum makan.
Kenyang pula makan roti canai di rumah kaklang.
Sebelum balik kaklang bekalkan lauk kari ayam, sayur dan siap dengan nasi sekali.
Fuh.
Sampai rumah sudah jam 3 petang. Ntahlah aku penat benar. Terus tertidur.
Dekat jam 6 petang baru aku makan lunch.

Lepas maghrib pergi ambil Haziq.
Kaklang tanya, hendak makan pizza tak?.
Auik. Tidaknya ya ALLAH....kenyang bangat nie.
In the end kaklang pergi GIANT beli barang.
Siap belikan sekali KFC.
Lepas ramai-ramai makan di rumah situ, yang balance kaklang bagi aku bawa balik.

Sesungguhnye semalam murah sungguh rezeki kami sekeluarga.
Alhamdulilah syukur pada ALLAH.
Semoga ALLAH sentiasa murahkan lagi rezeki, kesihatan dan kegembiraan kakak ku. Amin Amin Amin.


Monday, December 24, 2012

Perut aku besar gitu.

Assalamualaikum.

Patutnya aku ke klinik pagi tadi nya.
Check MGGT.
Namun kisahnya, dari malam tadi aku sudah planning, aku cancellah appointment hari ini.
Suka hati aku je kan.
Actually ada kerja di office yang lebih penting yang aku perlu settle kan hari ini.
Makanya MGGT buat hari lainlah. huhu.

Minggu ini kandungan aku sudah masuk 30 weeks.
Kiranya dalam 7 bulan setengah gitu.
Alhamdulilah mak yong berada dalam keadaan sihat walafiat hari ini.

Penat memang penat aku membawa perut.
Sama macam kandungan lepas, anak-anak masa dalam perut memang kesukaan diaorang menekan di bawah perut.
Selalunya kalau bangun dari duduk, mestilah kenalah pelan-pelan.
Sakit amat gitu tekanannya.

Kalau orang tengok memang nampak perut aku besar weh.
La nie kalau di rumah memang pakai kain batik sahaja lah.
Seluar-seluar semua sudah mengetat.
Makanya tercari-carilah aku kain batik yang sudah jadi tukun di rumah selama ini.
Selalunya memang kain batik aku pakai time dalam pantang sahaja.
Nampaknya kali ini awal lagi aku sudah pakai uniform lepas bersalin. huhu.

Seminggu dua ini kaki belah kanan yang macam start sakit sikit.
Tapi masih boleh berjalan lagi.
Kata Doc, pil obimin yang aku makan itu antara kebaikannya ialah mengelakkan kaki kejang.
Wokey.
Since sudah makan pil obimin. Aku sudah stop makan pil fish oil omega 3.

Sekali ini sahaja aku buat penagt durian + kacang hijau.
The rest memang buat pengat durian sahaja.
Anak-anak suka makan pengat sahaja.


Friday, December 21, 2012

Bengkak bibir time pregnant.


Assalamualaikum.
Alhamdulilah sudah hari Jumaat lagi.
De best part ialah esok cuti kan.

Selasa depan pun cuti lagi kan.
Insyallah hari Isnin nanti aku ada ujian MGGT.
Mungkin minta MC sekali kot dengan Doc klinik.
Hahaha, cuti tahunan aku kali ini sudah 0 gitu.
Makanya apa-apa hal mesti minta MC sahajalah.

Hari ini aku macam buah Orange.
Sebab color color oren gitu penampilan aku.
Beg memang color oren lah.
Kasut sarung ada bunga-bunga oren.
Cam ceria sahajakan.

Storynya ialah, aku tidak pastilah orang lain kan.
Tapi aku ini kalau pregnant memang ada satu perkara atau elergik yang berlaku pada aku.
Nampaknya ke empat kali pregnancy memang begitulah.
Tidak kisah anak lelaki atau perempuan.

Aku mesti kena bengkak di bibir.
Macam ala-ala elergik makan seafood.
Tapi tidaknya aku begitu pun sebenarnya.
Memang gitu sahaja.
Sedar-sedar nanti bibir belah atas aku ada one spot macam gelembung.
Alhamdulilah tidaklah gatal.
Kali ini aku kena lewat sikit.
Tunggu-tunggu juga masa awal pregnancy hari itu.
Rupa-rupanya baru hendak kena masa kandungan cecah 29 weeks rupanya.
Dalam Selasa lepas kalau tidak silap aku, bangun pagi aku sudah nampak bengkaknya.
Then start semalam sudah nampak tanda hitam atau kering gitu.
Kurang-kurang dalam beberapa hari sahajalah.
Dan ia langsung tidak mengganggu hidup aku pun.

So korang ada tak kena macam aku time pregnant.
Mungkin ada perkara lain kea.
 

Wednesday, December 19, 2012

wordless (sikit jea) wednesday

with my bunga-bunga cinta

di Hotel Corona Inn

Qeqeem comel rilex@enjoy makan sweet.

Ambil gambar di pintu masuk hall kenduri

Bunga dan bunga cinta lagi.

princess...

Tuesday, December 18, 2012

Menghantar ke TBS.

Assalamualaikum.
Lamanya hendak tunggu next post aku ini kan.
Maklumlah mak yong ini sudah sikit slow kalau buat perkara selain kerjanya sendiri.
Makanya masa yang ada cuma buat kerja yang penting sahajalah.
Dan blog cinta merah ini terkeluar dari list important gitu. huhu.

princess Cassandra

Mak yong and anak bujang kesayangan Haziq.

Kisahnya pada hari Ahad lepas.
Kami sekeluarga menghantar Auntie Nor dan cousin aku Daniel ke TBS untuk balik ke S'pore.
Memandangkan diaorang hanya datang semalam ke KL. Sebab itu is better naik bas sahaja. Mudah dan tidak memenatkan.
Masa itu baru jam 3 lebih petang. Lepas beli tiket untuk bas jam 7.30 malam, kami lepak di Food Court di situ dan kemudian di area bercermin. Nampak tasik yang sudah penuh di naiki air sebab masa itu memang hujan tengah lebat. Namun view memang santek.
Memang itulah 1st time aku pergi sana.

Wokeylah tempat makan memang banyak. Boleh pilih.
Harga nampaknya berpatutanlah.
Sambil tunggu bas boleh makan dan makan lagi.
Wi-Fi pun ada di sediakan.
Yang tidak seronoknya, di sebabkan kami parking kereta di bahagian bawah sekali.
So untuk turun kembali hanya ada 2 buah lif sahaja. Dan lif itu memang penuhlah kan.
Kalau untuk naik kiranya ada alternative escalator dan liflah.
Pelik sebab tiada escalator di sediakan untuk turun kembali ke bawah. Ada cuma tangga sahaja.
Bayangkan sah-sah memang orang baru turun dari bas. Mestilah bawa beg besar.
Mahu tidak lenguh tangan kalau bawa beg turun tangga dari tingkat 3 kalau tidak silap aku.
Awat tidak user friendly nie!!!

The rest kira oklah kan TBS ini.

Monday, December 10, 2012

Baru hendak ke klinik kesihatan.

Salam.
Alhamdulilah, Monday aku hari ini tidaklah blues sangat. Sebabnya esok cuti. Bagi orang Selangor esok kan Public Holiday. Birthday Sultan.

Kisahnya ada perkara hendak aku kongsi hari ini. Tapi sememangnya tidak bagus langsung di jadikan ikutan ibu mengandung yang lain tau. Dont ever ever follow my steps okies!!

Hari Selasa minggu lepas aku ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Waima drama aku hanya baru SEKALI ke klinik setelah kandungan berumur 27 minggu memanglah tidak harus di teladani. A'ah itu second time aku checking ke klinik. 1st time masa umur kandungan dalam 3 months sebab hendak periksa heartbeat baby.
Nampak sungguh 'pemalasnya' aku kan. Haha.
Alahai sebenarnya adalah sikit-sikit alasan concrete aku boleh story di sini.
Salah satunya ialah kelas aku memang packed masa itu. Dengan kelas setiap hari Sabtu juga masa itu.
Plus semestinya aku penat lagi.
Yang semestinya aku kena pergi sendiri sebab tidak mungkin Hubby boleh temankan aku. Hubby memang hendak temankan aku, tapi aku kecian kat dia. Mesti penat dia lebih lagi dari aku sebab dia yang lebih banyak jaga anak-anak compare dari aku. So this time aku kena buat sendiri.
Dengan hati yang sentiasa berdoa moga baby sihat sentiasa. Aku cuba redha sebab asyik DELAY sahaja ke klinik.
Cadang hendak pergi dalam bulan lepas. Sebab aku mula free masa itu.
Tapikan seisi keluarga tidak sihat masa itu, maka cancel lagi.
Syukur akhirnya aku gagahkan diri ke klinik.

Dekat 7 months old, baru lah hendak ada buku pink.

Makanya aku sampai di klinik dalam jam 1.15pm.
Awal weh, macam semangat gitu. Demi anak dalam kandungan aku perlu kuatkan diri. Ialah kan umur aku sudah masuk 36 tahun. Over 35 tu.

Bagus nurse di klinik ini, semuanya ramah. Doc pun sama. Bila Doc tanya kenapa aku skip pergi klinik?. Aku jawab aku sibuk dengan kerja. Then dia interview aku lebih lagi. Aku storylah.
Untuk nurse pula, aku jawab yang aku slow sikit kali ini. Maklumlah anak nombor 4. Huhuhu. Ntah apa punya jawapankan.
Di sebabkan aku di ambil darah dan jumpa Doc bagai. Aku selesai di situ dalam jam 4 petang. Fuh kan. Anyway aku puas hati sebab checking semua.
Scan, urine test, blood test, dapat ubat, jumpa Doc. Semuanya percuma. Alhamdulilah, berbaloi untuk aku yang anak hendak masuk 4 orang. Dan tanggung semua kos pregnant dan bersalin sendiri.

Minggu ini kandungan sudah masuk 7 bulan@28 weeks.
Kisahnya lagi, berat aku ialah 69kg.
Masa awal-awal hari itu, berat aku ialah 62kg. Kiranya aku starting dengan figure itulah.
Sebenarnya berat itu memang tidak cecah lagi berat aku masa tidak mengandung. Maklumlah aku memang begitukan, berat pregnant memang kurang.
Urine test okies.
Macam biasa Hb aku memang low, 10.2. Patut aku jadi 'pelupa' sekarang ini. Oksigen kurang di kepala. Namun alhamdulilah kalau time mengajar, aku masih ok lagi.
Makanya sekarang ini aku totally kena kurangkan minum kopi, nescafe plus tea sekali.

Kali ini hanya satu botol sahaja ubat.
Aku suka.

Wednesday, December 5, 2012

Fries dan botol susu baru.


Awal bulan kan. Adalah masa yang sesuai untuk topup barang dapur gitu. Beraslah yang paling utama. Memang sudah kontang.
The rest ialah barang-barang kering sahaja. Kami memang prefer beli barang basah di pasar segar sahaja.
Aku pula sempat minta Hubby belikan frozen fries bila sampai area makanan sejuk beku. Dan Haziq pula hendak aku belikan hotdog. Cari-cari, 1st time gitu hendak cuba brand Marina. Hotdog yang ada cheese.
Frozen food tu kan beli timbang. So cuba ambil sikit sahaja fries tu. Ialah takut rasa tidak menarik kan.
Kira yang sudah bergoreng dalam pinggan putih tu, price dalam RM4 sahaja.
Lepas di goreng, rasa-rasa ermmm sedap pula. Siap cakap pada Hubby, ini sudah rasa ala-ala AnW tu. Ok lah kan. Next time boleh beli banyak lagi. Serius memang tidak mengecewakan.
Adegan makan-makan ini berlaku adalah di waktu petang. Dengan hujan lebat. Perot macam lapar setelah penat pusing dalam Giant.
Fuh memang kenalah dapat mengunyah makanan panas.
Aku pula memang habit kalau makan hotdog mesti dengan roti dan layan dengan tomato sekali. Aduhai sedapnya. Sekelip mata sahaja semua hidangan habis.




Yup semua anak-anak aku masih menyusu botol plus Haziq sekali. Kecian memang sudah lama botol diaorang tidak bertukar. Ialah kan akibat penggunaan botol susu yang berkali-kali sehari, makanya sepatutnya botol kena kerap di tukar.
Cuma hendak membeli sahaja asyik tidak ada kesempatan. So agenda berlaku di Giant yang sama dan juga Hubby yang gigih pilihkan botol susu baru. Memang hendak cari yang besar sikit. Saiz 300ml gitu.
Pilih botol susu pun payah juga kan. Akhirnya kami sepakat pilihkan botol yang sama sahaja. Ada 2 color, biru dan pink.
Seronok tengok diaorang happy minum susu dengan botol baru dan besar. Qeqeem pula siap tertidur Nyaman lah agaknya dengan botol baru.

Tuesday, December 4, 2012

Luv them so much & my 6th on 021212 wedding aniversary.


Ada sekali itu, aku lupa bawa anak tudung turun bawah. Makanya hendak aku bertapak naik tangga semula. Aduhai mak yong memang tidak laratlah. So mintalah anak bujang kesayangan aku yang alhamdulilah memang rajin kalau di suruh-suruh. Last-last masa Haziq turun, dia sudah pakai anak tudung aku itu. Aduhai comel sahaja. Aku terus minta Hubby pakaikan juga untuk Qeqeem.
Comelkan.


Op sebelum terlupa, Ahad lepas 021212, alhamdulilah genap 6 tahun aku dan Hubby bergelar suami isteri. Syukur pada ALLAH atas jodoh yang di berikan pada kami berdua. Di tambah lagi dengan 3 orang bunga-bunga cinta and becoming one more precious insyallah next year.

Cadangan adalah hendak membaking. Erm tapinya aku ini jam 11 lebih pagi itu sudah naik atas katil semula. Itupun lepas makan nasi goreng yang Hubby buat pagi itu. Penat benar badan aku masa itu, dekat jam 2 petang baru boleh bangun semula.
Makanya baking-baking telah berkubur.

Tapinya aku gagahkan juga untuk membandung petang itu. At list adalah something untuk kenangan kan.
Aku guna pes mee bandung segera.
1st time guna atas rekomen orang Muar gitu. Next time aku masukkan resepi mudah ini. Kebetulan aku dapat tulang juga masa raya haji lepas. Daging korban dengan tulang sekali. Adalah besar tapak tangan aku ini. So merebuslah. Alhamdulilah berkat daging korban, cepat empuk dan manis sahaja rasanya.

Semoga jodoh kami ALLAH kekalkan hingga ke JANNAH.
amin amin amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails