Followers

Thursday, October 30, 2014

Detox - siri dua

5- Detox hati, antara yang diabaikan. Apa sebenarnya fungsi hati dan bagaimana ia boleh menentukan tahap kesihatan kita secara menyeluruh. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Bila hati tidak detox, kita tidak boleh dapat kebaikan 100% supplement2 lain yang kita makan. Detox hati adalah penting bagi memastikan vitamin yang di makan is "value for money".


6- Detox darah, salah faham tentang mengubati penyakit bukan pencegahan penyakit. Detox darah melibatkan 3 produk penting iaitu Vivix, Alfalfa dan Phytocol. Vivix dan Phytocol banyak "dipromosi" seperti ubat, bermakna dah sakit baru makan supplement ini. Pendekatan yang lebih tepat dan lebih baik ialah ianya perlu diamalkan setiap hari sebagai langkah pencegahan. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. 

Bila customer mengadu letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan customer perlu detox darah mereka? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. 
Produk Vivix merawat sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi inilah penyelesaian yang kita cari. Berkenaan dengan kolestrol, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah. Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam badan akibat pemakanan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah.




Happy Birthday HC



spending money


Protein untuk kesihatan, pilihlah ESP dari Shaklee.

This is a sticky post.


Assalamualaikum.

Alhamdulilah, pada 1 Oct 2014 lepas, dalam kekalutan kehidupan yang hari-hari sibuk, saya akhirnya officially menjadi ahli Shaklee.

Kisahnya saya ini sudah tidak mampu melihat diri ini yang bertambah-tambah sihat. Dengan juga keadaan rutin hidup yang bertambah-tambah cabangnya. Dari kerja yang memang tiada sudahnya di office. Tanggungjawab sebagai isteri dan mama kepada 4 orang anak yang masih kecil.
Saya tambah lagi cabang itu dengan menjadi pelajar part time master di OUM. Saya sekarang di semester 4. InsyaAllah tinggal 2 semester lagi.

Life saya memang hectic sesangat.


Saya bermula dengan shaklee pada pertengahan bulan September. Mula membeli Lechitin dan Alfafa. Maklumlah keadaan kewangan tidak mengizinkan. Serius, saya memang puas hati dengan dua vitamin shaklee ini. InshaAllah will sharing my story later.
Selepas itu, alhamdulilah ada rezeki lebih Allah bagi, saya terus menjadi ahli pada belian kedua saya. Saya beli Cinch Shake Latte.
Dan saya ada buat pembelian lain lagi selepas itu. Will sharing about it later too, inshaALLAH.
Wow, menjadi-jadi sungguh.
Bila menjadi ahli, kita akan dapat until potongan dari 15% ke 20% dari harga asal barangan.
Dan bila saya dapat tahu cara sharing caring knowledge ahli groups shaklee, buat saya jadi
Ditambah lagi dengan promosi bulanan yang sungguh tidak di duga langsung. Dalam bulan October ini sahaja ada promosi ESP dan MILK SHAKES. Ok, itu untuk 30 hari promotions. Dan suddenly ada promosi 24 hours pada 18 Oct baru-baru ini untuk SUSTAINED RELEASE VITA-C.
Saya memang tidak lepaskan peluang, terus grab sebotol juga.
Sebenarnya, tidak perlu untuk kita membeli hingga 6 botol sendirian. Apa yang boleh di buat ialah dengan pembelian berjemaah. Memang sungguh-sungguh berbaloi. Alhamdulilah saya dapat membeli satu tong ESP dan MILK SHAKES juga sebotol SR Vita- C secara berjemaah dengan group ahli shaklee yang lain.
Kepada kawan-kawan yang lain, saya sedia membantu bersama untuk menikmati khasiat produk shaklee.
Di kala umur saya 38 tahun ini, dengan kelahiran anak-anak yang sangat rapat. 4 orang anak dalam masa 7 tahun.
Umur sudah meningkat, semua kena express.
Saya perlukan vitamin untuk menambahkan kesihatan saya kepada yang lebih baik.

JOM BELI ESP DAN MILK SHAKES, PROMOSI TINGGAL 7 HARI SAHAJA LAGI.


ESP credit infomasi to master puteri

1 - Protein untuk penyerapan vitamin yang lebih baik
ada orang rasa vitamin yang diambil tidak memberi kesan langsung, atau tidak memberi kesan yang dikehendaki. selain daripada jangka masa pengambilan vitamin yang masih baru (3 hari ambik, memang belum nampak kesan ye, ini bukan magic pills hehe), kita perlu consider, samada badan kita bersedia atau tidak untuk menyerap kebaikan vitamin- vitamin yang kita ambil. inilah gunanya protein, ia membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.

2- ESP & orang yang mudah dapat gastric
ada orang pula, mudah terkena gastric jika ambil vitamin terutamanya vitamin C. ESP membantu perut kita lebih relax, tidak rasa sebu dan pedih perut. biasanya kita dapat gastric sebab kita ambil mudah dengan time makan, suka tunggu dah lapar sgt dan masuk angin. dan biasanya juga, bila dah kena gastric, memang susah nak un-gastric (ada ke? haha), sebab kita tak tukar gaya pemakanan (masa makan, jenis makanan/ minuman) kita. maka kita pun jadi life member kelab gastric. important point i need to add tho: ESP bukan ubat utk pedih perut bila dah kena gastric, ESP boleh diambil secara konsisten sbg minum pagi, atau masa snack utk mengelakkan kelaparan dan masuk angin. dan semua set kesihatan yang dicadangkan akan mengandungi vitamin C (kerana ianya sangat penting untuk ketahanan badan melawan penyakit), jadi rugilah jika kita miss satu kebaikan vitamin dalam set yang kita ambil kan?

3- ESP dan kulit yang cantik
untuk yang mengalami masalah kulit pula, protein sangat penting untuk proses memperbaiki semual sel kulit yang telah rosak. vitamin E saja tidak cukup untuk membaiki sel- sel kulit yang terjejas dalam masa yang singkat. bila tambah protein dalam badan, vitamin E yang diambil lebih mudah diserap dan dapatlah vitamin E bekerja dengan lebih pantas. saya sendiri dapat lihat, dengan pengambilan ESP, jerawat saya kalau timbul, cepat surut, dan cepat hilang parut). ESP bukanlah ubat jerawat, tapi protein yang berkualiti tinggi ini membantu badan memperbaik sel- sel yang rosak dengan cepat.  

4- ESP dan allergies
untuk yang mengalami masalah allergies seperti sinus dan eczema pula, gabungan ESP bersama- sama vitamin C, b- complex, dan alfalfa adalah yang terbaik bagi mendapatkan kesan yang optimum. ini testimonial diri sendiri: suami saya menghidap sinus yang serius, dan doctor memang suggest operation saja. tapi sinus attack dia ni hanya bermusim; musim cuaca sejuk sangat, atau musim kerja stress. baru- baru ni musim kerja stress, sinus pun datang. saya paksaajak dia minum ESP sama- sama, dengan vitamin C, alfalfa, b-complex (basically semua tu untuk saya dan breastfeeding journey saya, tapi alang- alang dah beratur atas peti ais, dia pun buat mcm vitamin sendiri huhu). dah dekat 2 bulan since the last sinus attack, so far dia masih sihat walaupun stress keje tak jugak berubah. alhamdulillah.

5- ESP dan susu ibu
dan akhir sekali (untuk hari ini) ESP memang menakjubkan jika digabungkan bersama- sama alfalfa (dan ostematrix) jika anda seorang breastfeeding mother. selain bertindak sebagai milk booster, protein ini memberi quick fix kepada anda selepas anda mengepam atau menyusukan bayi. memang lapar kan kalau lepas pam tu, semua benda nampak lazatttttt!! minum saja ESP, perut kenyang, takde lah risau badan gemok (pasal pegi mkn banyak lepas pam haha).  dan bonusnya protein yang berkualiti tinggi ini akan terus disalurkan kepada baby, dan baby pun akan mendapat kebaikan protein tersebut.




Wednesday, October 29, 2014

Detox - siri satu


1- Detox bukan sekadar buang air besar. Ini adalah pemahaman biasa mengenai detox, bila buang air besar je, maknanya detox. Sebenarnya ia adalah tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan: 
a. Detox usus dengan Herblax dan Peppermint Ginger (bersihkan usus untuk penyerapan nutrient 
terbaik setiap hari)


Herblax. Price RM 52.50 with 120 tablets. Eat 2 to 4 tablets perday. Duration for one bottle is 1 to 2 months. 
Perpermint - Ginger Plus. Price RM45 with 90 tablets. Eat 2 tablets perday. Duration for a bottle is 1.5 months.

b. Detox hati, dengan DTX Complex  (bersihkan penapis toksin dalam badan yang diserang toksin setiap hari)


DTX Complex. Price RM 155 with 90 tablets. Eat 1 to 2 tablets perday. Duration for one bottle is 1.5 to 3 months.

c. Detox darah, Alfalfa, Vivix dan Phytocol (beri tenaga, elak tempelen kolestrol, neutralkan darah yang berasid tinggi)





Alfafa. Price RM53.75 with 330 tablets. Eat 4,6 to 10 tablets per day. Duration per bottle is 1 months to 3 months.
Vivix. Price RM475 with 150ml. 1 teaspoon per day.

2 - Detox usus, paling popular tetapi tidak beri info yang tepat. Ostematrix juga buat kita lawas, tapi ia tidak berfungsi untuk detox usus, sebaliknya magnesium dalam Ostematrix bertindak seperti mengurut otot pencernaan supaya kita senang buang air besar. Berbeza dengan tindakan Herblax dan Peppermint Ginger yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita makan dengan macam- macam benda setiap hari. 

3 - Detox beri nilai menyeluruh kepada supplement lain yang diterima oleh badan. 
Tujuan utama kita memberi cadangan detox kepada customer ialah supaya pengambilan produk- produk lain akan lebih berkesan dan lebih sempurna. Sebagai contoh, kalau kita makan Vitalea, kita mahu 100% kebaikan Vitalea untuk dapat dinikmati oleh badan kita. Dengan ada total detox, badan kita bersih, dan semua nutrient akan dapat diserap dengan baik. Kalau badan kita penuh toksin, makan Vitalea setiap hari selama setahun, tapi dapat khasiat 50% sahaja, jadi dah rugi di situ. Begitu juga dengan supplement yang lain.

4 - Product consultation, beberapa points yang tidak tepat dalam sharing SID. Dakwaan alfalfa "melawas" dan alfalfa "mengurangkan selera makan". Ini adalah dakwaan yang tidak 100% tepat (tapi bukanlah salah). Alfalfa memang tinggi serat dan boleh melawas, tapi serat dalam Alfalfa yang diproses dan dibuat kapsul, tidak lagi tinggi serat (serat digambarkan sebagai jaringan2 dalam tumbuhan dan buah, bila diproses, jaringan dipotong dan tidak lagi berfungsi seperti biasa). Serat lebih banyak diperolehi dalam tumbuhan dan buahan yang belum diproses. Jadi sebab itu ada customer yang mendakwa dia tak pun lawas dengan Alfalfa malah boleh sembelit pula jika kurang air. Tentang selera makan juga sama, tidak ada dakwaan daripada Shaklee nutritionist tentang mengawal selera makan, tapi lebih kepada pengalaman peribadi dan juga hearsay.


Jom cuba infused water

my second time infused water. only slices of cucumber and lemon.
yummy

credit to infused-water-for-weight-loss
Additional infused water benefits:
  • Boosts your metabolism.
  • Fills you up so you don’t eat as much junk.
  • Naturally helps your body release fat cells.
  • Keeps food moving through your system.
  • Flushes toxins from your system.
  • Improves your mood.
  • Reduces muscle fatigue while working out.
  • Helps you recuperate faster from a workout.
  • Keeps your organs healthy while you’re sweating.
  • Keeps you from feeling groggy in the afternoon.
Here are 7 tips for drinking more water:
  1. Drink a large glass of water before every meal, NO EXCUSES. This is one of the easiest rules to follow when it comes to weight loss and it’s also the most important. You must stay hydrated.
  2. Drink your first glass of water within 15 minutes of waking. Put a large full glass of water on your bed stand every night and drink it when you wake up in the morning.
  3. Have a pitcher of fruit infused water in your refrigerator at all times. Keeping a large pitcher of fruit infused water available will encourage you to want to drink more water. Plus, the vitamins and nutrients that the fruit adds to the water will provide an additional healthy boost.
  4. Buy a travel infused water bottle. A lot of people have reported their amount of daily water intake went way up when they got a travel water infuser. It’s convenient to take it to work, school, the gym, or on the road – it’s an easy and convenient way to drink more infused water. My favorite is the stylish and portable AdnArt fruit infusion water bottle.
  5. Hungry and want a snack? Go drink two 8 oz glasses of water and wait 15 minutes. If you are still hungry than your body needs food and you should have a healthy snack, if not good for you! You just saved yourself some calories, use that surplus to enjoy a nice glass of wine with dinner or to shave  200 calories or more off your daily total.
  6. Decaffeinated tea counts!! Going to Starbucks with your friends? Order a decaf tea!! You can count it as water and your beverage will be zero calories. Most independent coffee houses have their own specialty teas. Once I had a coconut tea that it was so delicious and much better than my husband’s 500+ calorie coffee drink!
  7. Try more recipes! We have our own fruit infused water bookFruit Infusions has over lots of recipes for cold and hot infused water recipes. This book adds lots of variety to your fruit water recipe collection.
Once you start drinking a gallon a day you will notice you are more thirsty and will crave more stomach slimming infused water. Your body will help you along if you can stick to it for a week or two. Our bodies need water to stay cool and hydrated, you will also notice clearer skin, stronger hair and nails and best of all water fills you up and it is zero calories!
credit to infused-waters

Tuesday, October 28, 2014

JPJ Bangi.

JPJ ialah bersebelahan bengkel kereta Continental tu. 
Kalau dari jalan besar akan nampak pam minyak Petronas.

Assalamulaikum.
Project hari ini ialah hidupkan roadtax kereta wira. Hehe. Sudah bertangguh selama seminggu rasanya. Siap hidupkan insuran di Etiqa ialah pada 20/10 Monday lepas.

Misi bermula pada jam 9.15 pagi dari office. Then terus ke JPJ di Bangi. Location berdekatan OUM Bangi. Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke situ. Pertama kali ialah pada bulan August 2013
Seperti biasa saya akan parking kereta di pam minyak Shell. Kemudian berjalan kaki melintas jalan ke JPJ.

 Geran baru.

Waktu urusan JPJ. Waktu rehat off.

Orang memang nampak ramai di dalam JPJ. Saya terus ke kaunter untuk ambil nombor giliran. Alhamdulilah satu kaunter sahaja saya perlu pergi untuk urusan kali ini. Tukar geran baru dan hidupkan roadtax. Maklumlah kereta Wira saya sudah berumur dekat 15 tahun. Patut pun geran kereta sudah tiada tempat untuk print info tarikh tempoh roadtax. Tiada bayaran di kenakan untuk penukaran geran baru.
Alhamdulilah, proses adalah pantas sungguh. Nombor saya ialah 2063, nombor yang sedang berurusan ialan 2061. Sedang saya cari tempat duduk, nombor 2032 sudah di panggil. Kejap lagi terus nombor saya pula.
Urusan tertangguh sebab, saya perlu fotostat IC. Terus keluar dari JPJ dan selang 2 ke 3 kedai ada sebuah kedai fotostat. Charge sehelai ialan 50 sen.
Then kembali ke JPJ. Bagi pada pegawai di kaunter, tup tup tip tip siap. Peh cekap sungguh cik pegawai itu buat kerja. Dia sempat pesan, kalau hendak berurusan sila datang hari Selasa, Rabu and Khamis. Sebab hari Isnin dan Jumaat selalunya orang sangatlah ramai, siap ada yang bergaduh bagai. Fuh..

Saya Shaklee distributor. 
Jom order dengan saya.



Alfafa Complex Shaklee

                                                       credit to thecikaann blog

Assalamualaikum.

Jangan kita salah sangka, penggunaan setiap botol product Shaklee bukan setakat satu bulan sahaja. Ada product yang kita perlu makan satu biji sahaja satu hari. Ada yang 4 biji dan ada yang 6 biji sehari. Semua itu adalah bergantung pada diri sendiri. Mula-mula mungkin kita akan makan nilai yang kurang dari dose yang di benarkan. Sebab badan perlu belajar menerima setiap vitamin baru dalam badan. Bila keadaan telah stabil, kita boleh menambah dose ke pada nilai maximum per day untuk vitamin tersebut. Ataupun kekal pada nilai minimum dose tersebut.



Contohnya.
Alfafa Complex - price ialan RM 53.75 untuk saiz S. Bilangan tables dalam botol tersebut ialah 330 biji. Jumlah maximum dose untuk di makan ialah 10 biji sehari. Dengan 5 biji pagi dan 5 biji malam. Pada peringkat permulaan, mungkin boleh makan antara 4 ke 6 biji sehari.
Saya makan 4 biji sehari. Maknyanya saya ada stok satu botol Alfafa sehingga 82 hari atau pun 2.75 bulan.
Menjimatkan,

credit picture to blog mamailoveu





Jom jadi ahli Shaklee, berbaloi-baloi.

Apa pelaburan RM65 yang boleh bermula dengan menjadi ahli Shaklee?

Menjadi ahli group kami, mengajak kita menjadi lebih dekat dengan ALLAH. Kalau hendak dapat sales lebat?. Jangan lupa buat zikir dan solat dhuha.
Hendak bisnes partners? Buat tahajjud dan istighfar.
Jangan lupa usaha ke arah yang lebih baik.
Cabaran tetap ada, jangan lupa senyum, cerna dan let it go. Hidup memang tidak boleh lari dari cabaran.



Jom sertai kami!!!
Jom tambah rezeki dengan side income!!!
Kesihatan adalah segalanya.






Sunday, October 26, 2014

Rezeki Allah dapat GLA Complex free.


Alhamdulilah, syukur pada ALLAH.
Di kala saya berjuang di medan menanda paper di rumah baru ini, sempat juga jengah FB. Yang paling utama mesti tengok FB groupmates Shaklee else juga master Puteri.
Masa baca question ini, feeling terus hendak mencuba. Siapa tidak mahu GLA Complex price RM 91.25 sebotol dengan free.
HC yang bagi idea main content. Terus lepas itu saya huraikan. Huraian ini adalah hasil dari pengalaman buat business online selama 4 tahun ini. Juga adalah hasil dari sikap saya yang suka hendak tahu, so bila ada masa free saya akan blogwalking blog Shaklee yang lain.
Feeling suka hati sebab dapat tambah satu lagi product Shaklee. TQ juga pada master Puteri atas nasihat dan sharing itu.

Kenapa saya pilih GLA. Credit to mamafaiz@mamacery 

Tahukah anda semua tentang pentingnya asid gamma-linolenik(GLA) untuk cantik & langsing. Wah dengar cantik dan langsing semua besar mata. GLA di kedai2 farmasi kebanyakkannya dijual dari sumber evening primrose oil (EPO). EPO mmg sinonim dengan wanita
Soalan lazim: Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee takde jual EPO?
Jawapan simple: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada 
EPO. tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya.BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut anda tanya adalah: Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Anda buat keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.
Lagi soalan HOT: Kenapa produk shaklee disebut GLA COMPLEX?Kenapa tak disebut minyak borage je?
Kerana kandungannya memang COMPLEX.bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik
Sekarang anda boleh jawab samaada nak EPO atau GLA Complex. 
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak.Jangan pening2.

Saya dan rakan2 saya yang cantik2 dan jelita semuanya memilih GLA Complex.
notakaki: Ingat yer, GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.


Cuba lihat poster diatas. Ini dikongsikan kepada kami dalam Bengkel Nutrisi oleh Shaklee.  GLA Shaklee adalah dari bunga borage dan kandungan GLAnya tinggi antara 17%-25 berbanding jenama lain yang menggunakan sumber evening primrose atau sumber blackcurrant. Jadi memang bertuah lah siapa2 yang memilih GLA Complex Shaklee

Promo Shaklee 2014

Setiap bulan ada promo Shaklee. Sebagai perempuan memang azalinya kita suka barang promosi. Tidak kisahlah product apa pun kan. Mesti tertarik gitu. Lagilah product untuk kesihatan dan kecantikkan, Wanita mana yang tidak mahu cantik plus sihat?.

Di Shaklee, sharing yang teguh di bina bersama. Di samping dapat continue to use the product itself, we can bought it with a much better price. Seronok kan. Itu antara subject yang saya suka dalam Shaklee. Baru kurang 2 bulan as a Shaklee's user, saya sudah purchase lebih dari 2 products yang kononnya niat saya cuma hendak kurangkan berat badan. Itulah, bak kata perpatah melayu ' tak kenal maka tak cinta'. Bila sudah kenal, alahai terasa tidak mahu lepaskan lagi.
Hendak kenal benefit products Shaklee memang tidak susah. Banyak blog dan FB yang menulis testimonial dari customers plus dengan penerangan secara mendalam untuk setiap products. Kita kena rajin membaca. Kalau sudah jadi ahli, upline dari group sedia membantu untuk sebarang kemusykilan,inshaAllah. Shaklee sendiri ada membuat free talks setiap bulan. Semua peluang di beri secara meluas dan mendalam. Tinggal usaha kita sahaja untuk pergi lebih jauh atau untuk kekal tidak berubah di situ.

Alhamdulilah, dengan rezeki yang Allah bagi, saya di beri kesempatan untuk membeli ESP, Milk Shakes dan Sustained Release Vita-C sempena promosi bulan October.

Sebab itu saya memilih untuk menjadi ahli. Saya dapat membeli dengan harga ahli. Walaupun inshaAllah niat di hati untuk menjadi penjual juga satu masa lagi. Bagi saya products Shaklee sudah terbukti keberkesanannya. Bagi saya, rasai dulu kemudian sharing the real benefits. InshaAllah.









 






Thursday, October 23, 2014

I'm back lepas habis menanda paper.

Ini adalah punca kenapa saya tidak dapat update blog. 

Assalamualaikum.

Ya ALLAH, punyalah sibuk dua minggu lalu. Senang cerita lepas hari raya aidiladha terus busy habis. Kerjanya ialah menanda dan menanda lagi. Hari ini alhamdulilah. Semua beban sudah terlepas.

Hari Isnin saya MC, sebab gusi bengkak. Tapi tidaklah duduk di rumah sahaja. Seharian di luar bersama Haqeem dan Hafiy. Lepas Haziq ke sekolah petang, kami terus pergi klinik di Giant.
Lepas habis di situ, ke Putrajaya pula untuk renew insuran kereta Wira. Ramai juga orang masa itu. Penat melayan Hafiy yang lasak. Letih. Sambil lalu untuk balik singgah office sekejap, HC beli nasi arab untuk lunch.
Kemudian dekat jam 4 pm kami sampai di bengkek kereta di Puncak Jalil semula untuk alignment, balancing dan tukar dua tayar kereta. Tup tap di situ sahaja until jam 6 lebih. Disebabkan hujan bagai, kami sampain di rumah sudah dekat jam 8 malam. Sudah-sudahnya semua foods, rojak, nasi arab, goreng pisang menjadi makanan dinner, Saya flat jam 8 lebih, cadang hendak tidur sekejap. Tapinya saya terus tidur sampai pagi.
Hari Selasa saya ambil EL, pulun tanda paper untuk 45 students dari jam 7.30 pagi rasanya until 9 malam. Itupun banyak kali berenti sebab melayan anak-anak on off. Ditambah dengan berebut calculator dengan Hafiy.
Kerjanya bawa calculator mamanya kehulu kehilir, tekan sana sini. Siap buat macam telefon pun iye juga. Aduhai anak kan.

Hari ini hendak rilex-rilex. Kalau ada mood petang ini, boleh continue kerja-kerja lain yang tertangguh, terutama assignment master. Semoga ALLAH permudahkan, ameen.

Pagi-pagi, mesti semangat. 
Bang tolong amekkan gambar I.

Friday, October 10, 2014

Pictures Hari Raya Aidiladha.


Assalamualaikum.
Salam Jumaat pada kawan-kawan semua.



Kebizian sentiasa melanda. Sekarang ini tugasan ialah menanda kerta exam yang bertimbunan. Whuaaa, report lab student masih belum habis di tanda lagi. Esok kena kerja sebab jaga exam. Hari Ahad pula ada kelas master. Allahuakbar.

Saya titipkan pictures Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kami beraya di kg saya as usual. Moga ALLAH memberi lebih rezeki next time supaya kami anak beranak dapat beraya di Tawau, ameen.

Update
Kami bertolak dari KL untuk balik ke kg pada pagi Sabtu - 4 Oct. Cadangan untuk balik ke kg pada hari Jumaat malamnya di batalkan sebab saya sendiri sampai rumah pada jam 7 malam.
So pagi-pagi Sabtu barulah hendak kemas barang semua. Anak-anak balik kg dengan baju tidur sahaja. Kami breakfast di highway lepas tol Sg Besi, lepas itu terus masuk LEKAS dari tol Kajang.
Sampai kg, terus tolong emak mesin kelapa. Ntah berapa biji pun tak tahu. Sebab hendak pakai santan untuk rendang daging and ayam.
Kisahnya, semua orang serunder hendak mesin kelapa. Emak memang boleh mesin, ish saya tak bagi. HC pula tengah potong daging. Eboy baru terkena mata mesin, so jari ada luka sikit. Tengah fobia.
Makanya saya yang sudah bertahun-tahun retired ini, kena turun padanglah. Bismillah....
Siap suruh Haziq ambilkan gambar, huhu.







Thursday, October 9, 2014

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.


Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 


Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.


Syarat-syaratnya:

1. Wajib follow blog Ibuhana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.


Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join







Friday, October 3, 2014

Dream

12.24am. Thursday's Morning 

Ya tidur adalah satu nikmat dunia.Dalam tidur Allah bagi nikmat bermimpi.Ada yang sweet dream,ada yang nightmare.Tapi dalam realiti kehidupan,'mimpi indah' kalau mahu digenggam ialah dengan tidur yang dikurangkan waktunya.Ya Allah,kurniakan hamba-hambamu kekuatan untuk menahan dugaan mata yang mudah mengantuk.ameen.



Wednesday, October 1, 2014

Moga hari ini adalah lebih baik dari semalam, ameen.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails