Followers

Thursday, April 28, 2011

Roti bakar


Selalunya aku ini kalau balik dari office mesti belikan makanan tambahan. Ialahkan kalau dinner seawal jam 7pm. Sah-sah jam 10pm semua orang sudah lapar kembali.
Makanya aku mesti belilah apa-apa yang ringan-ringan untuk bekalan. Selalunya kuih muih yang tidak mudah basi gitu.
Tidak pun yang paling mudah ialah aku beli roti. Roti gardenia je gitu.
So malam-malamnya aku rajinlah 'bakar' roti then sapukan dengan marjerin Mother's Choice. Kena bakar dalam 6 keping atau lebih gitu. Ialahkan kami sudah berlima campur baby dalam perut aku sekali.
Tapi aku tahu hubby kureng suka makan roti bakar.
Bukan itu sahaja, mostly makanan yang aku suka adalah tidak sama apa yang hubby suka.
Ialahkan, aku ini kg di N9 ditambah dengan emak aku pula orang S'pore yang masakannya similiar dengan orang JB.
Hubby pula orang Sabah.
Confirm nya makanana ruji@asal kami memang amat berbeza sungguh.

Laginya aku bancuhlah juga air milo o kosong segelas buat aku dan untuk Haziq juga Haifa ialah susu sebotol kalau aku rajin.
Kejamnya aku sebab jarang buatkan air untuk hubby sebab hubby suka minum air sejuk. huhu.
Lagipun hubby prefer minum air panas with susu cair. Malangnya dalam peti ais mana ada susu cair. Takat susu tepung tu, banyaklah dalam rak.

Memandangkan hubby memang selalu kerja hingga lewat malam depan komputer, maka rasa macam bersalah pula kalau aku tidak ada menyediakan apa-apa kudapan untuk bekalan makan dia.
Macam malam tadi, kecian juga bila aku dengar dia sendawa angin masa hendak tidur. Masa itu memang sudah lewat benar rasanya. Mesti hubby lapar.
Sorry dear.

p/s korang kalau hubby kerja lewat, ada buatkan kudapan apa ek?
;))

Tuesday, April 26, 2011

best sangat ke citer nie?


Kualiti dan standard movie memang aku tabik springlah. Tapi part jalan cerita..sorrylah aku kureng minat. Gitulah kan kalau bahan sejarah di adaptasi ke panggung. Pasti ada yang lari ;((

Bayam merah

Ish aku ini kalau hari Isnin ada sahajalah sebabnya aku 'terpaksa' tidak bekerja.
;((
Semalam itu, aku memang rasa flat gitu. Ditambah lagi dengan sakit tekak. Silap aku juga, asyik sekali minum air berais sahaja since hari Jumaatnya.
Ialahkan, musim panas ini.
;))

Makanya di sebabkan itu aku bangun pun lambat pagi Isnin semalam. Lepas sarapan MILO O dengan sebiji kapsul omega 3, aku rilex. Namun mata tidak tertahan, badan pun macam tidak mengizinkan, makanya aku tidur semula.
Last nya sudah dalam jam 2pm baru hendak pergi klinik jumpa Doc + minta MC sekali. Hendak pergi pagi,  tapi seriusnya aku tidak larat.

Aku benar-benar terlupa sungguh-sungguh untuk pregnancy kali ini. Ialahkan, umur sudah meningkat, rasa macam pelupa pula.
Yang aku ini semestinya perlu vitamin zat besi sebagai tambahan lebihan. Hatta aku memang termasuk dalam kumpulan yang mempunyai kandungan darah rendah dan makin rendah terutama semasa mengandung.
Alhamdulilah Doc ingatkan, sebab dia tanya kenapa muka aku nampak pucat gitu.

Terus-terus aku pergi beli sayur bayam merah lepas balik dari klinik. Bayam ini memang cepat kalau untuk naikkan kembali kandungan darah dalam badan, itu memang pesan Doc masa aku pregnant kan Haifa dahulu.


Ibu Hamil harus Mengkonsumsi Tablet Zat Besi
Sudah menjadi kebiasaan untuk menganjurkan ibu hamil makan-makanan kaya zat besi dan mengkonsumsi tablet zat besi minimal 60 tablet selama kehamilannya. Mengapa?
Zat besi adalah mineral yang dibutuhkan untuk membentuk sel darah merah (hemoglobin). Selain itu, mineral ini juga berperan sebagai komponen untuk membentuk mioglobin (protein yang membawa oksigen ke otot), kolagen (protein yang terdapat di tulang, tulang rawan, dan jaringan penyambung), serta enzim. Zat besi juga berfungsi dalam sistim pertahanan tubuh.

Saat hamil, kebutuhan zat besi sangat meningkat. Beberapa literatur mengatakan kebutuhan tersebut mencapai dua kali lipat dari kebutuhan sebelum hamil. Hal ini terjadi karena selama hamil, volume darah meningkat sampai 50%, sehingga perlu lebih banyak zat besi untuk membentuk hemoglobin. Selain itu, pertumbuhan janin dan plasenta yang sangat pesat juga memerlukan banyak zat besi.

Dalam keadaan tidak hamil, kebutuhan zat besi biasanya dapat dipenuhi dari menu makanan sehat dan seimbang. Tetapi dalam keadaan hamil, suplai zat besi dari makanan masih belum mencukupi sehingga dibutuhkan suplemen berupa tablet besi.
Sumber makanan yang banyak mengandung zat besi adalah daging, unggas, ikan, kerang, telur, sereal, bayam, dan lain-lain. Vitamin C dianggap dapat membantu penyerapan zat besi di usus, terutama zat besi yang berasal dari tumbuhan. Sebaliknya, teh, kopi, dan kalsium dianggap dapat mengurangi penyerapan zat besi jika dikonsumsi dalam dua jam setelah makan makanan kaya zat besi.

Kekurangan zat besi (anemia defisiensi besi) selama hamil dapat berdampak tidak baik bagi ibu maupun janin. Perdarahan yang banyak sewaktu melahirkan berefek lebih buruk pada ibu hamil yang anemia. Kekurangan zat besi juga mempengaruhi pertumbuhan janin sehingga saat lahir, berat badannya di bawah normal (BBLR, bayi berat lahir rendah). Akibat lain dari anemia defisiensi besi selama hamil adalah bayi lahir prematur.

Friday, April 22, 2011

Bagaimanakah suami dan isteri itu....


Bila story pasal suami tidak di nafikan ada perlbagai perangai jenis kaum Adam ini. Aku hendak bersembang di sini bukan untuk mengutuk atau mempelekehkan kaum yang Allah lahirkan memang sebagai pemimpin ini.
Tapi aku lebih mahu panjangkan kisah suami isteri dalam membahagikan tugas dalam hidup berumahtangga.
Bagaimanakah anda sebagai suami atau sebagai isteri menerima atau menjalankan tugas atau memberi arahan?.
Uish berbelit juga aku hendak susun ayat ni, payah sungguh.
;))

Camnilah, aku peratikan dari zaman aku bujang until zaman aku hendak masuk anak 3 sudah ini. Begitulah kisahnya.
Mana lagi aku hendak lihat, kalau tidak di office sendiri.
Aku cuma musykil, kekadang aku tengok emak-emak orang ini suka sangat shopping barang dapur time breaklunch. Siap berbondong-bondong gitu mengangkut barang dapur. Erm aku peliklah. Tapi aku cuba budget positive, agaknya suami diaorang ini sibuk kot. Sebab itu terpaksa pi beli ayam, ikan bagai waktu bekerja dengan baju lawa-lawa gitu.
Itu belum lagi yang mesti-mesti pergi beli tudung, baju dan seangkatan dengannya.
Tambahan tidak cukup itu, boleh pergi potong rambut, facial muka ke apa-apa ntah lagi sekali.
Awat boleh potong rambut tanpa suami sendiri melihat potongan yang anda inginkan itu, sedangkan rambut itu  nanti adalah untuk tontonan suami sendiri. Bukan kita yang akan melihatnya all the time.

Persoalannya di sini lagi ialah, kenapa suami mesti perlu ada masa dia sendiri pergi main games gitu gini?. Kenapa perempuan pula yang hendak berkorban masa tunggu anak berlatih swimming sampai 2 jam?.
Apanya orang perempuan tidak boleh ada their own time ke?.
Aku tahu mostly husband wife mesti ada bagi-bagi tugas, tapinya kalau sudah itu sahaja tugasnya dari dulu hingga keakhirnya, macam rasa tidak adil pula.
;((
Namun aku rasa ada wife yang memang tidak kisah kot kalau suami ada agenda tersendiri sentiasa ataupun asik dengan out station bagai dengan asalkan habuan MONEY di beri berlebihan pada isteri untuk bergembira.
Fikir-fikir syok sangat ke minggu-minggu dapat beli barang baru barang idaman sampai officemate lain tengok,

" wah dasat minah nie minggu-minggu ada sahaja barang baru latest gitu".

Hatta sebenarnya dalam hati ada taman bukan taman bunga tapi taman bunga tidak hidup. Ialahkan, luaran gah namun gelora dalam hati hanya Allah yang tahu.
Si suami pula, tidak rasa takut ke bila satu hari nanti manalahtahu ada kumbang-kumbang yang simpati dan cuba ambil kesempatan atas isteri yang selalu anda bebankan dengan workload yang sudah overload.
Camana kalau berlaku begitu nanti?.
Lagipun semua orang mahukan kasih sayang terutama dari pasangan.

Bagi pendapat aku yang baru setahun jagung dalam perkahwinan, sungguh sungguh beruntung wife yang kebanyakkan perkara suami yang handle or settlekan selagi dia mampu. Namun di tambah lagi suami sentiasa mahu bersama isteri dan anak-anak untuk melakukan window shopping kitchen shopping dan segala bagai aktiviti lain lagi.

Best tak jadi isteri yang di manjai suami?.
Seronok tak kalau suami yang isikan minyak kereta untuk kita pergi office?.
;))

Bagi aku, memang jiwa aku yang bunga bungannya memang sentiasa mekar setaman sudah lama di gilap dengan kasih sayang.
Ada orang yang meamng lebih suka duit datang dulu, kasih sayang boleh pupuk kemudian.

Diri aku fikir cinta mesti datang dulu kemudian duit kita boleh cari sama-sama nanti.
Lu pikirlah sendiri.

Thursday, April 21, 2011

curry pilihan

rempah curry ayam daging Baba's

rempah curry ayam daging Adabi

Hendak tanya pendapat korang semua?. Kalau masak curry selalunya pilih curry brand aper ek?.
Aku ini kalau yang emak selalu guna memang Adabi sahajalah. Dulu kini dan selamanya.
Aku pula memang jenis orang yang mudah terpedaya denga gambar hikhik. Makanya aku selalu suka beli brand Baba's. Tengoklah presentation di plastic pembalutnya, merah cantik mengiurkan sahaja color curry tu kan.
Tapinya kan kan, sebenarnya bagi aku setelah menggunakannya beberapa banyak kali. Aku rasa aku tidak sukalah. Sebab rasa rempah curry itu sendiri adalah tidak maveles dari segi rasanya.
;((
Balik kg baru ini, aku tanya kat emak pasal curry mary ini.
Sebagai orang lama, itulah suggestion emak, Adabi.

Walhal tidaklah selalu aku masak curry ini. Takat kalau cuti itu bolehlah layan masak berat-berat.
Sekarang ini memang harap maklum aku tengak kemaruk makan kari ikan. Siap aku dah cakap pada hubby yang cuti ini aku hendak masak curry.

rempah curry ikan Adabi

rempah curry udang ikan Baba's

Wednesday, April 20, 2011

distributor and throttle body

Harap maklumankan, kan aku bagitau hari tu yang kereta WIRA 1.5A kesayangan aku masuk bengkel. Dan aku telah memandu Honda Jazzy baru kakak aku yang logo H nya color merah selepas itu untuk kemudahan pergi kerja.
So total out dari Selasa lepas until hari ini insyallah last day aku meminjam.
Tq kaklang.

Jumaat lepas memang kereta aku sudah selamat di ambil dari bengkel. Bengkel ini ialah bengkel kawan adik aku. Ia terletak di Dengkil. Memang aku lebih prefer hantar kereta ke orang Melayu. Siapa lagi hendak bantu bangsa sendirikan.

distributor

Masa hari Jumaat itu, mekanik cuma tukar distributor plus plug cable sahaja PRICE RM475 termasuk upah. Kereta aku ini masalahnya ialah pagi-pagi ataupun kalau lama parking mesti mati sekali dua lepas start engine. Kiranya masalah ini berlaku dalam 2 minggu lalu rasanya. Memula biar sahajalah dulu.
Kemudian di tambah lagi masalah engine kereta mati di kala ia berenti di traffic light atau lawak kecian pada hubby kena masa tengah bayar toll.

throtle body

So malam tadi hantar sekali kereta ke bengkel lagi dan terus tukar throtle sekali with plug cable PRICE RM350 termasuk upah. Tukar terus masa itu juga then kereta boleh terus bawa balik.
Maka setakat malam tadi dan pagi ini kata hubby kereta adalah condition yang baik..syukur alhamdulilah.

Sedikit informasi mengenai sparepart yang telah di tukar.

Throttle
Wikipedia
A throttle is the mechanism by which the flow of a fluid is managed by constriction or obstruction. An engine's power can be increased or decreased by the restriction of inlet gases (i.e., by the use of a throttle), but usually decreased. The term throttle has come to refer, informally and incorrectly, to any mechanism by which the power or speed of an engine is regulated. What is often termed a throttle (in an aviation context) is more correctly called a thrust lever. For a steam engine, the steam valve that sets the engine speed/power is often known as a regulator.

Distributor

Wikipedia
A distributor is a device in the ignition system of an internal combustion engine that routes high voltage from the ignition coil to the spark plugs in the correct firing order. The first reliable battery operated ignition was developed by Dayton Engineering Laboratories Co. (Delco) and introduced in the 1910 Cadillac. This ignition was developed by Charles Kettering and was considered a wonder in its day.

Tuesday, April 19, 2011

sambal itu banyak bawangnya


Makluman sebenar-benarnya aku memang tidaklah makan bawang. Hatta bawang besar lagilah aku tidak makan gitu. Sejak azali lagi memang aku begitu.
Namunnya, since aku pregnant Haifa dan juga pregnant untuk kali ini aku mestinya 'mengidam' hendak makan sambal ikan bilis campur dengan bawang besar. Alahai siapa-siapa orang N9 mesti tahu sambal ini. Kalau di Kuala Pilah memang sambal inilah sambal nasi lemaknya. Punyalah merimbun bawang besar. Rasa sambal ini manis-manis gitu, sebab bawang besarkan manis rasanya. Di tambah lagi dengan ikan bilis yang murah saiz besar-besar itu.
Bila ada kenduri, pulut kuning pun mesti cicah dengan sambal ini. Sodap.
Duluan memang minta ampun aku tidak akan makan punya sambal ini. Memang tidak boleh, ok.
Balik kg minggu baru ini, mencari-cari aku nasi lemak yang ada sambal ini. Alhamdulilah nyaman sungguh bila dapat makan.
Air tangan nenek@orang tua-tuanya sambal, memanglah rasa sedap...kan.
Teringat dulu masa Haifa, pun puas juga sebab dapat makan pulut kuning dan sambal ini life from kenduri.
Gitulah kan bila pregnant macam-macam boleh jadi.
Heaven.

Saturday, April 16, 2011

Ada pakai kad kredit ke?


Semalam aku, Nai and Hanah bercerita pasal kad kredit. Suprise sungguh rupanya ada juga member yang macam aku di zaman gilang gemilang ini yang langsung tidak mempunyai kad kredit. Aku ini mati-mati ingat orang keliling aku ini di office ini semuanya ada kad kredit sendiri.

Jujur kata memang aku tiada mempunyai kad kredit. Entah bagi aku memang aku tidak memerlukannya pun.
;))
Kerana itu juga dulu-dulu itu ada kawan aku terkejut sebab aku pergi bayar semua bill setiap bulan dengan duit cash gitu.
Aku tanya dia semula, kenapa dia terkejut.
Dia jawab mostly dia bayar bill guna card credit. Erm, aku tidak faham.

Tapinya aku sudah ada complementary Citibank Card since 2002. Biasalah aku ini, adik kesayangan kakak aku. So kaklanglah yang bagi aku card itu. Asalnya masa itu aku temankan emak abah pergi umrah. Kaklang yang bagi aku kad kredit itu sebab kononnya kalau ada barang emak hendak beli, maka bolehlah gunakan kad itu. Hatta aku sumpah tidak tahu guna pun masa itu. Maka tiadalah penggunaannya berlaku di Mekah Madinahnya.
Dulu masa bujang ada juga guna card itu, semata untuk isi minyak kereta sahaja. Bukan selalulah, ikut keadaanlah. Contohnya kalau hendak balik kg emak di S'pore so kakaklah belanja part minyak kereta. Jauh tu kan.
Bila sudah kawin ini card selalu di gunakan untuk membeli belah tiket Air Asia untuk balik kg hubby di Tawau.
Sungguh sebenarnya aku tidak suka menggores kad kredit hatta untuk membeli apa barang pun.
Aku prefer old fashion.

Friday, April 15, 2011

Bonus


Alhamdulilah hari ini seluruh warga IKRAM dapat Bonus. Tahniahlah pada yang dapat riban riban itu. Aku juga bersyukur pada ALLAH atas rezeki yang di beri pada hari ini.

Thursday, April 14, 2011

nasi Arab

Nasi Arab Kambing

The Soup

Nasi Arab Ayam

Semalam aku beli Nasi Arab di Food Court office sahaja. Hubby yang sebenarnya duk sebut-sebut hendak makan kambingnya tu. So aku bermurah hati belanja dinner malam semalam. Sampai sahaja di rumah, memang hubby sudah tidak sabar dan juga yang makan dulu nasi dengan anak-anak sekali.
Aku pula belum hendak makan, maka pergi mandi dululah. Lepas itu baru aku makan. Tapinya tetap satu pinggan itu aku ajak hubby join sekali. Sungguh-sungguhnya tidak habis kalau makan sendiri. Tahu sahajalah portion nasi arab memang banyak gitu kan.
Maka makanlah kami berdua satu pinggan. Lovely.

Cerita akhirnya sekarang ini, aku hendak tanya semua orang yang pernah makan Nasi Arab ini. Adakah semua orang sama seperti kami. Lepas makan confirm NGANTUK!!!.
Hik hik, Haziq dan Haifa memang lelap sungguh lepas itu. Aku pula masa tengah tengok berita pun terjoin sama tidur.
Hubby siap layan nescafe untuk tahan mata.
Lawak je kan.
Tapi dalam jam 10 pm gitu, semua yang tidur bangun semulalah.
Aku dan hubby memang CONFIRM sungguh yang SUP nasi arab itulah punca semua orang jadi berat mata.

Wednesday, April 13, 2011

Menulis


Minggu lepas aku free berbual kosong dengan officemate yang mempunya personal blog macam aku. Katanya semenjak dua menjak ini dia tidak lagi aktif menulis di sebabkan kesibukkan dalam bekerja dan  belajar separuh masa. Oleh itu katanya lagi, masa dia telah menjadi begitu terhad. Lagi cerita, dia macam keliru sebenarnya untuk top up@tulis kisah-kisah apa dalam post dia. Akibat pening fikir disitu akhirnya dia biarkan sahaja blognya tanpa cerita baru dekat hampir 2 tahun rasanya.
Aku ini memang suka bagi semangat pada orang, aku pun story pada dia yang sebenarnya ada banyak perkara kita boleh tulis dalam blog. Bukan setakat perkara yang kita rasa penting-penting sahaja.
Setakat story pasal Sebantang Pen Baru pun boleh olah sehingga beberapa peranggan :)).
Yang penting ialah cara kita menulis. ( ye je aku kan kalau bagi nasihat ;)) )

Hatta di panjangkan cerita lagi, baru-baru ini kawan aku itu tergerak hati untuk log in akaun di Nuffnang. Terkejut dia sekejap, kerana melihat jumlah BE dia ialah berjumlah RM 5. So khabarnya lepas itu dia rasa macam syok pula hendak rajin semula untuk menulis kembali.
Tapi-tapinya lagi aku ini yang pernah pergi Sharing Session Nuffnang, tetap story pada dia bagaimana macamana sebenar BE blog boleh ada walaupun dia gagal dalam updating post baru.
;))

Sebenarnya aku pun seronok juga sebabnya BE aku naik RM 3 untuk minggu ini, hasil dari minggu lepas. Sememangnya sudah lama aku tidak dapat gitu sekali kenaikan. Dulu masa aktif sungguh, dapatlah kenaikan dalam RM 5 @ RM 6 untuk seminggu gitu. Bagi aku itu memang sudah banyaklah berbanding kenaikan setakat sen sen dalam seminggu.
Ialah punca kenaikan lambat dalam tahun ini adalah sebab aku kurang sungguh memberi perhatian pada blog cinta merah aku ini. Lagipun hari itu hari itu kekangan kerja dan family membuat aku tidak boleh lama dengan blog ini.
Stress juga masa itu.
Namunnya since masuk bulan April ini workload aku sudah berkurangan gitu. Depa depa boss di office ini, tidak mahu aku mengajar banyak-banyak seperti biasa. Mak buyung kan aku ini.
Makanya masa aku sudah ada berlebih-lebih pula.
Macam sudah naik boringlah pula. Dengar cerita perkara ini akan berlanjutan until aku bersalin bulan August nanti.
Erm, seronok memang seronok sebab kerja tidak banyak. Tapi belum apa-apa, aku sudah bosan gilos minggu ini. Minggu pertama kelas bermula.
;((

Tuesday, April 12, 2011

Kari Ikan Jenahak with resepi.

the curry

Semalam-semalamnya aku masak kari ikan. Cadangnya hendak masak ketam cili api. Tapi malangnya tiada ketam di Pasar Segar. Fikir-fikir terus tukar menu, masak kari. Seingat aku, emak suka masak kari guna ikan merah. Tapi aku ini failed kalau part ikan-ikan maveles ini. So aku ikutkan sahaja kata hubby. Pilih ikan bahagian ekor dan isi sebanyak 2 bahagian. Masa bayar itu di resit tulis ikan Jenahak. Okies je lah.
Masa tengah pilih-pilih bahan rencah lain, aku terpana kejap dalam memilih halba atau halba campuran. Ish ish, mana satu pula ini. Terus-terus redah ada seorang kakak ini yang tengah pilih barang dan tanya. So dia suruh pilih halba sahaja.
Makanya aku yang memang tidak pernah-pernah masak kari ikan ini segak memilih bahan lain mengikut ingat lupa emak memasak.
Yang pasti tomato sudah habis.

Cara memasak, sonang sahaja. 

Aku beli rempah kari udang ikan baba's.
Makanya semua cara memasak sudah termaktub di belakang bungkusan.
Bagi amatur macam aku ini, mudahlah gitukan.
Tapi aku tetap campur-campur dengan cara emak masak.

Ikan itu aku basuh dengan limau.
2 kuntum Bunga lawang.
1 inci kayu manis,
5 kuntum bunga cengkih
Kupas 6 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih. Hiris sahaja.
Then campurkan 3 sudu besar ciliboh dan 4 sudu rempah kari dalam satu bekas, letakkan sedikit air dan bancuh.
Masukkan juga dalam satu sudu teh serbuk jintan manis.
Kari baba's ini memang tidak pedas sangatlah rasanya.
Selesai preparation.

Tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis.
Masukkan bawangan dan 1/3 sudu kecil halba hingga naik bau.
Masukkan pula bancuhan rempah juga ciliboh dan sedikit air.
Naik bau lagi masukkan santan, garam. Aku beli santan fresh dalam 1/2 kg. Mendidih cantik gitu, leh masukkan ikan.
In between that boleh masukkan bendi dan juga terung.
Aku perasaan terung ini memang kena lama sikit. Sebab ia lambat masak.
Then SIAP.

p/s semalam aku EL, sebab kereta aku rosak. la nie masih di bengkel. hari ini drive kereta kakak. honda jazz huhu plat WSQ XXX.

Friday, April 8, 2011

milo O jak dulu nescafe O

milo O

La nie aku memang minum inilah untuk segala bagai kecuali lepas makan nasilah. Satu hal sebab minuman lain sudah tidak bolah terima pakai dalam perut aku. Kekadang aku mesti minum juga air soya untuk penambahan kalsium. Selalunya aku minum milo ini kosong-kosong sahaja. Memang dari sebelum pregnant lagi aku sudah suka minum begitu. Serius memang tawar kaw punya.
Kekadang rasa jemu juga minum menda ini, tapi hendak buat camnakan.
Erm

nescafe O

Sebelum jadi mak buyung ini nescafe adalah minuman rutin aku. Tapi kata orang bila minum nescafe ia menarik sumber kalsium dalam badan kita. Ye rasanya.
So dalam keadaan sekarang ini. sekalaaaaaaaaa gitu aku minum juga kalau teringin.
;))

Thursday, April 7, 2011

Ayam En kenny

set aku 

Jumaat sebelum dapat gaji hari itu, aku mengikut opismate pergi Alamanda. Diaorang bertiga katanya mahu shopping baju sikit. Aku ini as usual tukang ikut sahaja, itupun kalau aku sudah boring duduk di opis. Sebelum masuk ke Parkson yang tengah sale masa itu, kami makan lunch dulu di en kenny ini.
Ya Allah punyalah ramai orang siap kena beratur lagi. Faham-fahamlah masa itu orang gomen baru dapat gaji, maka penuhlah dalam kedai itu dengan mereka-mereka. Aku cakap ini berdasarkan tag-tag nama yang duk terang bergantung di leher diaorang.
;))
Kalau diikutkan lagi sebenarnya aku bukanlah peminat makanan barat ini di tambah masa pregnant begini. Lagipun portion nya besar bagi akulah, memang aku confirm tidak habis nanti. Aku ini memang dasar kalau makan, confirm tidak boleh sumbat banyak-banyak. Tapi peliknya badan memang di kategorikan dalam saiz bulat gitu.
Kalau asalnya aku makan dengan hubby mestinya dialah yang tolong habiskan.
Kekadang kecian tengok dia, sendat perut sebab kena habiskan portion anak beranak.

Seperti yang di jangka-jangkakan, aku memang tidak habis pun part ayam tu. Sudah naik padat perut mak buyung ini dalam percubaan untuk habiskan portion ayam.
I'm failed SIN.
;((

garlic bread

Aku memang sukaaaaaa garlic bread. Walaupun asalnya aku ini tidak makan bawang putih ori itu.
Masa aku  tengah syok makan siap cecah bagai sekali dengan mashed potato.
Sadisnyakan, walaupun aku cuma sempat capai satu sahaja bread. Yang lainnya telah selamat jatuh ke lantai. Ialah meja kecik sangat, kawan aku itu besarlah pula.
Disenggolnya pinggan itu, habis 2 keping bread terjun.
Sedih je kan.
Then boleh bagi alasan bukan dia penyebabnya.
Aku tidak suka.
;((

Masak lemak cili api Udang with pucuk ubi dengan resepi.

udang with pucuk ubi

Adalah sekali hari Sabtu hari itu, aku mula kembali memasak. Punyalah lama ambil masa untuk memasak kembali since aku 'melepet' pasal pregnant ini.
Kebetulan ada udang dalam peti, bersesuaian dengan keinginan ibu mengandung ini. Hatta aku masak lemak cili api udang campur dengan pucuk ubi.
Sonang benar kalau hendak masak lauk ini. Masukkan semua barang, didihkan dan done.
Seronoknya lagi semua bahan mentah kecuali sekotak santan tumbuh subur di belakang rumah aku. Alhamdulilah.
So mula memasak dengan memetik daun pucuk ubi, cili padi dan juga serai.
;))

Harap maklum pada yang tidak tahu, sememangnya lauk ini kalau orang N9 yang masak tiada bawang di letakkan sekali langsung.

Cara memasaknya ialah -
  • Bersihkan udang 
  • Tumbuk cili padi dalam 6 - 7 biji
  • Serai dalam 2 batang (titikkan)
  • Sekotak santan
  • Garam secukup rasa.
  • Kunyit serbuk atau kunyit hidup (mengikut kekuningan yang dikehendaki)
  • Didihkan santan bersama garam, kunyit dan serai. tapi api jangan terlalu kuat, nanti santan pecah minyak.
  • Setelah mendidih, masukkan udang. tunggu sebentar. last sekali masukkan pucuk ubi hingga lembut. DONE. 
makan nasi dengan lauk itu je ;))

Wednesday, April 6, 2011

Sup daging bawah pokok.

the soup

seronok dan amat sedap di makan dengan nasi lemak bungkus

Citer ini sudah lama gitu. Tapi tetap masih boleh di kongsi bersama gitu. Tengahari Jumaat itu, aku dengan officemates pergi makan di kedai sup bawah pokok namanyalah. La nie pokok itu sudah tiadalah. Yang ada cuma deretan kedai baru yang lebih teratur. Namun ampun gitu, amat panas sungguh kalau makan di situ. Aku rasa siapa-siapa yang kerja di area Uniten, Putrajaya dan kawasan sewaktu dengannya mesti tahu tempat glemer ini.

Aku ini memang baru 2 kali pergi sana sepanjang bertahun-tahun kerja di sini. Dan memang pertama kalinya juga aku order sup daging dan nasi lemak.
Serius gitu, dagingnya memang lembut. Daging pun banyak. Kuahnya pula jangan main-main tau, PEDAS ye. Tapi simpul-simpul memang puji gitulah.
Walaupun rasa janggal, tapi sodap pula makan nasi lemak with sup ini. Mengena sahaja gitu.
Yang aku suka nasi lemak ini ialah sambalnya banyak ikan bilis. Sambal pun mantap.
Namun bungkusannya kecik sahaja. Lazimnya orang mesti makan 2 bungkus nasi lemak with satu mangkuk sup.
Kalau tidak silap aku, kedai ini open mula dari tengahari gitu. So jangan datang awal-awal sangat ye.

my Longchamp

saiz medium gitu

Rasanya beg ini memang sudah lama berada di pasaran ori atau pun tidak ori. Tapinya aku tidak pernah peduli pun untuk beli atau pun minat. Lagipun aku bukan kaki beg.
Hatta beg sedia ada sudah koyak, maka aku layan 2 beg ini. Satu color oren dan satu lagi saiz besar sikit dari yang ini color dark green.
Okies, aku suka. Sebab beg ini amat ringan.
Bagus sebab bahu aku tidak sakit.
;))

Aku macam ada cadangan untuk berkongsi beg jenis gini tapi color lain atau pun saiz lain dengan kawan-kawan blogger yang lain. Namun aku tengah fikir-fikir apa jenis pop kuiz@contest yang aku hendak buat.
Erm.



Tuesday, April 5, 2011

MC, MC & EL

Jumaat lepas, patut-patutnya aku ke klinik kerajaan. Check gula dalam badan. Sekarang ini memang rules nya as soon as possible. Untuk buat ujian gitu. Memang kandungan aku belum cecah 6 bulan, kan. Hatta peraturan baru, ikut sahajalah.
Namunnya, aku kurang sihat Jumaat lepas itu. Makanya, aku pandai-pandai cancel sendiri untuk tidak ke klinik. Weh confirm kena marah nanti dek nurse sebab suka aku sahajakan.
Cadangnya kembali hendak pergi klinik Jumaat minggu ini.
Erm, macam-macam hal sahajakan. Ada meeting department pula.
Cancel lagi. Ngeri aku ini, mesti nurse bebel dan marah lagi.
;((

Hari Isnin semalam aku MC lagi. Kaki belah kanan since hari Sabtu macam kejang sikit. So macamana aku yang 'poyo' ini hendak drive tekan minyak kereta walhal gearnya automotik gitu.
Hikhik.
Lagi dan lagi aku ambil EL hari ini.
Aku ada sebab aku sendiri.
;))

Lagi pun cuti aku masih ada lebih 20 hari.


Sabar je lah SIN!!

Friday, April 1, 2011

kongsi botol

Dua malam lalu, kurang-kurang jam 11 malam gitu. Hubby tengah cari botol Haziq dan Haifa yang telah di minum pada jam 9 malam lebih sebelumnya dalam bilik tidur. Itu kiranya round terakhir minum susu untuk dara bujang aku ini. Insyallah lepas-lepas itu mesti lelap punya.
Cari punya cari, botol Haziq tidak di jumpai.
Biasalah budak-budak, habis minum susu, kalau mood baik terus letakkan botol atas meja. Kalau mood ribut, botol main letak sahaja dimana yang disukai.

Alhamdulilah mood Haziq baik malam itu. Dia terus terang dengan hubby yang dia akan guna botol Haifa lepas Haifa habis minum.
Sungguh aku terharu tersentuh dengan sikap abang sorang ini yang sanggup berkongsi dengan adik bucuk dia itu. Terus aku panggil dia, terus aku peluk cium.
Aku cakap ' baiknya anak mama ni'.

Kelakarnya bila Haifa minum susu sambil mata sudah terpejam, Haziq mesti datang dekat dengan dia. Tengok adik dia ni sudah habis minum susu atau tidak.
Aku tahu Haziq sudah tidak sabar untuk tunggu turn dia pula.
Tunggu Haifa lena, terus hubby buatkan susu Haziq pula.
Done minum sorang lagi lena.

Memang silap kami sebab masih tidak sempat-sempat beli botol @ puting baru buat Haziq dan Haifa.
;((
Namun aku memang sudah nampak ciri-ciri abang pada Muhammad Haziq.
tq sayang.

 mama, ambil gambar Haziq dengan straw

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails