Followers

Monday, December 26, 2011

Kek Coklat

Salam pagi Isnin.
Syiok kan, Monday blues hari ini telah menjadi Monday pelangi gitu.
Ialah, cuti gitu. Mesti seronok.

Seperti biasa mesti sempat sahaja hendak membakar kalau cuti panjang begini.
Rugi rasanya.
Kalau tidak cuti pun masih sempat juga membuat kek.
Alhamdulilah aku cukup bersyukur dengan kesihatan yang baik dan kerajinan yang Allah kurniakan pada aku.
Bukan senang sebenarnya mencari kekuatan dengan penat-penat balik kerja.
Tambah lagi dengan Haziq dan Haifa yang sedang rancak aktif sungguh.
Qeqeem yang kadang-kadang minta di beri perhatian.
Alhamdulilah sebenarnya, anak-anak aku itu sungguh dengar kata juga.
Tapi walau itu dan ini malamnya masih sempat membancuh dan membuat kek.
Kalau buat main-main mesti tidak menjadi punya.
Mungkin jadi tapi tidak nyaman rasanya.

Hari itu aku buat ada gunung berapi.
Kali ini alhamdulilah.
Tidak perlu letak ganache bagi akulah. 
Sebab rasa kek sudah sedap.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
180 gram mentega
200 gram gula kastor
3 biji telor gred A
220 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (di ayak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (di ayak)
25 gram serbuk koko
125 gram air suam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh kopi segera

Cara membuatnya.
Bancuh serbuk koko, air, esen vanila dan kopi segera hingga larut. Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan bahan yang di ayak sedikit-sedikit sambil di kacau berselang-seli dengan bancuhan koko. Gaul sebati.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Seperti biasa mesti siap-siap potong letak dalam bekas.
Satu bekas bagi pada auntie aku.

De cake.
Tanda sedikit pecahan pada permukaan kek, 
merupakan hasil tusukan jari Haziq yang 
sudah tidak sabar untuk merasa kek yang baru masak.

2 comments:

A.H.A.D said...

cantik kek tu mesti rasa pun sodap.
kalau saya buat asik tak lawa jer rupanye heheh

Ms Haslina said...

Gee - tq dear. x pe pelan practice. insyallah nanti mesti cantik punya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails