Followers

Wednesday, December 21, 2011

Kek Pelangi ikut color yang aku suka ;))

Salam Rabu.
Alhamdulilah.
Malam tadi aku lagi sekali membaking kek.

Kalau siapa rasa macam boring dengan post aku lately ini, aku minta maaf. (Sebelum ini pun post aku boring juga kan. hahahaha. Yang penting aku happy.)
Story aku memang sudah tidak boleh lari-lari anak dengan food.

Semalam-semalamnya lagi aku bakar kek untuk my first 2 customers.
Officemate mengorder kek marble pelangi.
Nanti aku upload picture keknya.
Makanya malam tadi baking pula untuk family tersayang.
Ialah tidak akanlah berjual sahaja.
Untuk diaorang mesti buat juga.
Before itu aku fikir untuk buat pelangi color apa gitu.
Lepas settle dengan buat dan bakar kek.

Aku rehat dulu. Tidurkan Qeqeem. Dengan aku sekali baring sama.
Lepas itu dalam jam 12.30 pagi. Yup memang sudah pagi pung.
Aku gigih sambung membuat apam polkadot juga.
Sambil tunggu apam di kukus aku lipat kain.
Ialah itulah masa untuk di dapur juga itulah masa untuk di mana-mana sahaja kalau anak-anak sudah tidur.
Apam itu untuk free gift customer pertama yang beli kek aku.
Tidak payah story aku tidur pukul berapalah gitu.
Huhuhu.
Namanya orang berniaga kan.
Harus night@early morning baker gitu

De cake. Luv de choclate.
Also de warna warni. 
Lembut sahaja kombinasinya.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
5 sudu makan susu
220 gram tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh emulco coklat
1 sudu teh serbuk koko
Sedikit pewarna merah dan coklat.

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan susu dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan warna merah dan coklat (emulco coklat dan serbuk koko).
Ambil satu senduk adunan coklat dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk adunan merah dan tompokkan atasnya. Akhir sekali adunan tidak di color di tompokan pada atas warna merah. Ulang proses hingga adunan habis.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci.
Goyangkan adunan supaya rata.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Bekalan di rumah. 
Sudah siap letak dalam bekas.
Hubby dan anak suka makan kek yang ini.

6 comments:

maidatul said...

wah sudah menjual kek pulak akak...

kek ni memang sedap dan x jemu bila makannya. nak nak minum dgn teh o siap celup dalam air sampai boleh x sedar sudah makan byk...

kalo masak utk family memang baloi berbaloi ;))

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

teringin buat kek sendiri, tapi alat nak baking takdo.. hhuhuhu

Ina Hashim said...

akak suka kombinasi kaler ni compared to pelangi sebelum nih yg garang sgt warnanya

Ms Haslina said...

akma - tq. rezeki gitu.
klu kek ala2 'kg' nie mesti makan byk pun tak muak.

mrs K - insyallah mesti ada rezeki nanti.

kak ina - mmg kan kak. redup je colornya.

Bang Hassan said...

Salam Sejahtera ..
Blog yang menarik ~~~

Ms Haslina said...

Hassan - TQ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails