Followers

Wednesday, December 7, 2011

Privasi itu penting ke?

Salam.
Alhamdulilah sudah hari wordless wednesday.
Tapinya aku tidak mahu diam.
Tetap ada cerita mahu di kongsikan.
Bagi aku blog adalah diary untuk kenang-kenangan.
Namun ada juga cerita rasanya tidak perlu di post disini.
Cukup sekadar buat simpanan sahaja.

Ibarat kata-kata James Bond@Danial Craig pada family Kardashian di Harian Metro semalam.
James Bond selar Kardashian

"Ia bukan mengenai rasa takut untuk mendedahkan emosi anda di mata umum atau mengenai siapa diri anda dan apa yang anda percaya. Tapi bila anda mula menjual, jadi tiada apa lagi yang tinggal.

Anda tidak boleh beli balik, anda tidak boleh beli balik privasi itu. Oh, saya mahu bersendirian. Bodohlah. Kita semua sudah masuk dalam ruang tamu dia. Kita semua ada di saat dia bersalin. Dia yang filemkan untuk tontonan kita dan tunjuk uri dia dan sekarang dia mahukan privasi?”

Hatta semua itu terpulang pada diri masing-masing.
Tepuk dada tanya selera sendiri.
Aku bukanlah seorang yang suka berahsia sangat.
Jenisnya aku cuma tidak suka bercerita. Berat mulut sungguh.
Namun aku amat suka kehidupan PRIVASI.
Itulah memang lawak kadang-kadang, sebab ada perkara yang aku story di blog.
Realitinya tidak semua orang di sekeliling aku mengetahuinya.

Story Ahad lepas.
I'm cooking.
Udang + pegaga masak lemak cili api.
Telor dadar.
Tahu goreng + kuah sos (lebih masak jemput udang malam minggunya).

De udang + pegaga.
Udangnya manis.

Seperti biasa cili padi + serai ambil belakang rumah sahaja.
Pegaga emak bagi masa balik kg hari itu.
Di kutip dari kebun sebelah rumah di kg.
Maveles.

2 comments:

THE GREEN said...

kalo tanye saya, privasi tu penting. bukan smua perkara boleh expose kat public..sesetgh perkara tu mmg kita jer patut tahu. boleh jadi ia sesuatu yg bersifat aib.

Ms Haslina said...

sokong sungguh tu dik blade. ia boleh jadi sesuatu yang bersifat aib juga boleh jadi bersifat bangga diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails