Followers

Friday, December 9, 2011

Moist Chocalate Cake.

Salam pagi Jumaat yang mulia.
Hari ini aku mahu berkongsi resepi coklat cake yang sungguh penuh kecoklatannya.
Cuba-cubalah buat nanti ya kawan-kawan.

Pembakaran by me last Sunday.

Aku kurangkan bahan yang manis-manis dalam 1/4.
Tapi di sebabkan itu. Setelah membaca sumber-sumber di internet, makanya permukaan kek aku crack besarlah juga.
Erm.Adunan jadi kering.
So next time jangan hendak pandai-pandai adjust resepi sana sini.
Laginya mungkin aku hendak letak adunan pada 2 loyang sederhana gitu.
Sebabnya macam padat sangat kek itu aku tengok.
Itu juga dari pembacaan aku menyebabkan kek tidak dapat berkembang atau naik dengan baik.
Kerananya bekas loyang tidak sesuai.
Anyway kek yang besar itu officially habis di makan khamis semalam.
Fuh 5 hari gitu.
Berkg coklat kami di rumah.
Aku guna adunan ganache dari buku Chef Alex sahaja.
200 gram coklat dan 160 gram butter.
Dan aku suka salutan yang keras. Tidak minat yang cair-cair itu.
So habis sahaja menyalut kek. Terus masukkan dalam peti ais dalam 30 minit gitu.
Merasalah juga potong kek jadi 2 lapisan. Sapu ganache then letak lapisan semula.
Yummies amat.

MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Dirujuk: Kzai@Teratakimpian

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih

Cara
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)- akak bkr 1 jam 10 minit...
**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...

Chocolate ganache (KakMisliha)
300gm Whipping cream
400gm cooking chocolate - akak guna baking choc Van Houten
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu

Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga kelaur buih2
Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
Kacau sehingga sebati..
Masukkan butter..tutup api, kacau lg ...

5 comments:

akuzle ayu said...

cokolat pembangkit mood dan semangat... praktis nk bwk ke gath eks, kak? hihihiih...

Ina Hashim said...

kalo buat choc ganache tu akak dah x masuk manisan lain spt gula or madu...hanya whipping cream & choc dah cukup manis

sygnya kek merekah besar...takpe, next time cuba lagi

Ms Haslina said...

ayu - bolehlah gitu. da banyak sgt cubaan masak itu dan ini. x pasti nanti mana satu nak bawa.
;))

kak ina - saya cuma guna dark choc n butter je utk ganache tu dari buku resepi chef ALEX.

p/s merekah tu da 'delete' bila da sapu ganache di seluruh kek.
;))

Miss Neddy said...

Alahai sedapnyaa.. fav neddy ni kak lin. Teringin nk buat, tp bila tgk resepi panjang berjela, rasa mcm beli dgn kak lin lg bagus...hehe. *xcukup masa nk buat sendiri la sis*

Ms Haslina said...

hehehe, kek moist coklat mmg very de coklat rasanya.
sila2 klu berkenan leh order yea dik Neddy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails