Alhamdulilah.
Abaikan permukaan bulan apam dots itu.
Ahah.
Kalau orang lain letak nama apam polkadot.
Aku punya apam namanya lain sikit.
Sebabnya 1st timer.
Macam tidak kena guna nama macam orang lain buat.
Pegang plastic untuk buat polkadot itu, aku kalah.
Asal aku titik sahaja, dotnya tidak menjadi.
Belum mahir gitukan.
Namun alhamdulilah rasa tetap mantap.
Itu kata officemate.
Asalan aku mengukus jam 6am pagi tadi.
Dengan hasilan satu loyang. Bukan dari dalam peti ais.
Sato loyangan pula aku mengukus malamnya.
Sumber Resepi: opiskecikku
Bahan-bahan ( 50 biji )
• 3 biji telur
• 220g gula halus
• 275g tepung gandum
• 150ml susu segar
• 3 sudu teh baking powder
• 1/2 sudu kecil ovalette
• filling-strawberry,blueberry,orange(ikut citarasa)
• pewarna
Cara-cara
1. masukkan kesemua bahan kedalam mixer dan pukul hingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan adunan berwarna kedalam piping bag. picitkan kedalam paper cup 1/2 sahaja
4. letak filling, kemudian picit lg adunan sama hampir penuh paper cup
5. dot-dotkan dengan warna pilihan
6. kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak
4 comments:
janji sooodappp..hehe..eina pun dok teragak2 nak buat, tp tak buat2 lagi..bhnnye cari kt ne ek..hee~
ok sgt dh tu, permulaan..^_^
sedapnya..
teringin nak buat apom dot dot ni..
suka yg kalerful. bselera pulak :-)
eina - mmg saya beli di bakery shop.
tapi cuba tgk juga di giant. mungkin ada juga rasanya.
mrs fedex@mus - insyallah mesti ada masa nanti tu.
mus boleh!!!
dik blade - colorful mmg nampak menarik.
tp artificial coloring ni x berapa bagus utk kesihatan.
;((
Post a Comment