Followers

Tuesday, December 27, 2011

Kek Kismis Walnut.

Salam.
Lawak sahaja story masa hendak buat kek ini.
Sudahlah 1st time buat.
Kelam kabut lagi.
Kisahnya, aku memang bersenang lenang cuti hari itu.
Siap tidur lagi sebelah petangnya.
Ialah badan penat sangat. Sebab itu sampai tertidur.
Lewat siang hari itu aku dengan bermalasan masak juga makanan untuk dinner.
Fikir dalam hati, lepas makan nanti bolehlah membakar rasanya.
Tapi belum confirm hendak buat kek apa.
Erm.
So habis masak dan terus prepare semua atas meja.
Elok sahaja hendak makan, Cik Mat call.
Hah, terkejut aku kejap.
Mula-mula ingatkan hanya cousin aku ini suami isteri yang datang.
Rupanya Auntie Sara aku ada sekali.
Minta ampun terus time itu juga dengan kealpaan aku.
Itu yang lepas dinner itu terus aku prepare bahan-bahan dan terus.
Oh sungguh cemas sekali masa itu. Ialah tidak mahulah lewat sangat pergi hotel untuk jumpa diaorang.
And semestinya aku tidak boleh cemas dan kelam kabut. Takut ooo, takut kek tidak menjadi.
Masa itu juga buat keputusan untuk buat kek ini.
Gelabah sungguh weh.
Alhamdulilah kek selesai di masak pada jam 11 malam gitu.
Tapi bagi aku masih belum berjaya 100% gitu dengan tekstur kek aku itu.
Next time mesti kena buat lagi.

De cake.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
200 gram tepung kek (diayak)
1/2 sudu teh serbuk penaik (di ayak)
100 gram kacang walnut - dicincang
120 gram kismis kuning
Secubit garam

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan kismis dan diikuti dengan di ikuti tepung kek dan serbuk penaik  
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit sambil di gaul hingga sebati.. Akhir sekali masukkan walnut.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci bulat@18cm (saiz empatsegi).
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

De lovely cake.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails