Followers
Thursday, February 28, 2008
pi balik kg lagi.
Wednesday, February 27, 2008
rabu ku yg masih sibuk
Picture2 tu masa umur Haziq beberapa hari lagi nak masuk 2 MONTHS OLD. Aku hingat lagi masa tu..inilah pertama kali nyer Haziq meniarap SENDIRI. And since then..Haziq mmg tidor meniarap. Memula aku risao gak dengan cara Haziq tido tu..ialah takut dia sukar nak bernafas pulak. But kuasa ALLAH..Haziq knows how to control his breathing. Dia akan letak tangan dia kat pipi utk pasti kan ada ruang udara utk dia bernafas. Gitulah Haziq tido until now. Tapi sebenar nyer nenek aku, emak, makcik aku x berapa bagi Haziq di tidorkan gitu..sebb kata diaorang ORANG YG TIDOR MENIARAP NI HATI NYER akan menjadi KERAS!!!!!!maknanyer DEGIL LAH...the good part ialah baby akan tidor lebih lama klu tidor meniarap. Ialah baby akan kurang terkejut dan akhirnyer tido nyer akan jadi lebih lena.
p/s Malam td aku tgk CJ7 kat umah with En Hendra, Haziq and my brother. Bagi aku citer tu biasa biasa jea. Adalah lawak tapi x de lah lawak sangat...BIASA jea..
Tuesday, February 26, 2008
saturday night..
Bertolak dari umah kakak aku kat Puchong dalam jam 6 pm. Sesampai kami kat sana dalam jam 6.45 pm, terus bawak bebudak kecik 2 orang tu..anak aku n anak kakak aku pi kat pantai. 1st time dak kecik 2 orang tu touch PASIR PANTAI dan merasa sekali pasir tu ????? dan juga merasa gak diorang basahkan kaki kat air laut.
Lepas solat maghrib, baru lah kami order makanan. Dan kerana orang teramat amat ramai malam tu...makanan kami sampai lambatttttt sangatttttt...Alhamdulilah gak aku dan En Hendra da makan lunch siang tadi nyer. So idaklah terasa lapar sangat but my sister and BIL..cian tgh laparrrr sebab mereka just have heavy breakfast jea pagi td nyer.
Kami makan ikan kerapu sweet sour, udang masak pedas, ketam masak pedas, sotong goreng tepung, sotong bakar, ikan pari bakar dan 1 jug fresh orange. Nasi putih dan juga nasi lemak...
Oooo ada satu lagi seafood tu...aku lupa namanyer..panjang2...rasa cam rasa kupang. Tak habis pun makanan tu semua dan terpaksa bungkus bawa balik.
Jam 9.30 pm kami bergerak pulang dr BG. Aku rasa aku sampai umah kat pandan dalam jam 11 pm rasanyer. Penat gak rasanyer...apa tak nyer semata2 nak makan seafood, boleh pi jauh jauh.
Lepas aku settlekan semua kat umah sesambil En Hendra tgk MIDNIGHT MOVIE kat tv. Masa tu rasanyer da jam 2 am...leh aku, En Hendra dan Haziq sambung tgk movie JUMPERS pulak. Last2 kami satu family tidor jam 4 am.
Wokeylah En Hendra da balik.Rupa2nyer dia pi shopping kat TESCO. Aku hingat dia pi pasaraya dekat umah ni jea. Bukan takat beras di belinya...banyakkkkk benda lain...
CHOW..
Teething
Picture kat atas tu ambil semalam petang. Gigi Haziq da bertambah 3 batang. 2 batang kat bawah dan yang baru ni ialah 1 batang kat atas.
http://www.babycenter.com/0_teething_11243.bc
When will my baby start getting teeth?
The vast majority of babies sprout their first teeth when they're between 4 and 7 months of age. An early developer may get his first white cap as early as 3 months, while a late bloomer may have to wait until he's a year old or more. (In rare cases, a baby's first tooth is already visible at birth.) Whenever the first tooth makes its appearance, celebrate the milestone by taking pictures and noting the date in your child's
Teeth actually start developing while your baby's in the womb, when tooth buds form in the gums. Teeth break through one at a time over a period of months, and often — but not always — in this order: First the bottom two middle teeth (SAMA MACAM HAZIQ), then the top two middle ones (SATU DA TUMBUH), then the ones along the sides and back. They may not all come in straight (BETUL NI.GIGI HAZIQ AT THE BOTTOM TUMBUH SENGET SIKIT), but don't worry — they usually straighten out over time (ALHAMDULILAH).
The last teeth to appear (the second molars, found in the very back of the mouth on the top and bottom) have usually begun coming into place by your baby's second birthday. By age 3, your child should have a full set of 20 baby teeth, which shouldn't fall out until his permanent teeth are ready to start coming in, around age 6.
Sunday, February 24, 2008
Friday, February 22, 2008
none IIIII
Wednesday, February 20, 2008
3 pembekal ayam tak sembelih disaman by Berita Harian online
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.
Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.
“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.
p/s - Ya ALLAH aper yg je yg diorang ni bagi kita makan selama nie..nauzibillah min zalik..
bedtime, weight and food
Alhamdulilah too...Haziq sleep patterns suddenly charge when his age became 8 months.From 1.30 am before charge early to 11.30 pm. Haziq also have total sleep a day around 13 hours which is 5 total napping hours in the morning and afternoon.And the rest is nightime sleep.But Haziq still will wake up once at night for formula feeding.
Sunday, February 17, 2008
Sembang santai BLOG hari AHAD masa En Hendra bawa Haziq keluar pi cuci kereta...
Bila ada banyak sangat benda nak ditulis.Aku jadi x tahu mana satu nak dimulakan.Yang mana satu nak di kemudiankan.Satu hal lagi aku ni mmg failed klu di suruh wat ringkasan cerita.Nama jea ringkasan nanti..sudah2 semua cerita tu aku da cerita dalam ringkasan tu.So rasanyer klu wat by the dot...ok kott ----
- Hari tu masa balik dari S'pore ke N9,sempat singgah kat R n R Machap.Tempat tu mmg da cantik.Iye lah lama gak di tutup tempat tu utk wat renovation.Mmg cantik, ada aircond, bertutup ngan dinding dan pintu kaca tapi masalahnyer...banyak sangat lalat.Aduh mmg x leh nak makan aku rasanyer..GELI...Memang ada alat utk memerangkap lalat tu..tapi bila KEHENDAK MELEBIHI KEPERLUAN...maka masih banyak lalat2 yg terbang bebas.Maka kami satu family..x jadi makan kat situ..wlu pun perut da keroncong lagu RAP.
- Anak kawan aku A,nama nyer Emilyn umur nyer 10 bulan.Emilyn sampai la nie masih x de GIGI.Bak kata orang tua2..lambat tumbuh gigi..lambatlah tanggalnyer...kirenyer bagus lah tu.Kakak aku pulak ada cerita yg anak perempuan kawan dier da umur 1 tahun..tapi masih x de gigi.
- Masa aku with family pi mandi manda kat ULU BENDUL,pertama kali nyer aku,En Hendra dan juga 2 orang anak buah aku yg da sek. men pi lah jalan2 jauh kedalam dari tempat biasa orang mandi manda.Kami menyusuri aliran AIR ulu bendul.Sebenarnye saje nak masuk kedalam hutan sikit utk melihat permandangan dan air yg lebih jernih.Mmg benar..view lawa..air jernih dan bersih.Tapi rupa2nyer di sebalik keindahan tu..ada manusia2 yg tgh seronok buat view sendiri di celah2 batu besar.Sampaikan anak buah aku tanya..."Makteh diorang tu wat pe kat situ?"..Pencemaran tul..aku x sangka kat tempat aku pun ada manusia2 buat perkara SUMBANG...
- Masa aku balik S'pore untuk pi kenduri sekali tu..ada cousin emak aku tanya kat aku.."anak ke ni?----merujuk pada Haziq---"aku kata..iyea"..Boleh cousin emak aku tu cam tak caya.Sebabnyer kulit aku ngan kulit Haziq berbeza tahap keputihan nyer.Boleh gituu..
- Aku adalah seorang adik yg amak beruntung kerana mempunyai seorang KAKAK yg amat amat sayang kat aku.Pernah aku tanya kat kakak aku naper dia sayangkan aku lebih dari adik beradik lelaki aku yg lain.Jawab dier sebab dier kerana dia cuma ada sorang je adik perempuan.Wah untung sangat aku nie...Dulu masa birthday aku ke 18 tahun..kakak aku tgh study kat US.Dia sanggup currier present sebuah NIKE SPOT SHOES dari US dek kerana sayang kat aku...peace!!! Alhamdulilah..wlu aku da ada anak sekarang ni..she still always there for me..tq SISTER
Friday, February 15, 2008
bila da berkeluarga..kita akan tersepit antara keluarga kita dan adik beradik kita dan emak abah kita..
Election fever
- Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
- Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
- Tempoh berkempen 13 hari
- Jumlah pemilih berdaftar 10,922,139
- Pemilih awam 10,701,054
- Pemilih pos 221,085
- Jumlah parti politik berdaftar 30
- Jumlah kerusi Parlimen 222
- Jumlah kerusi DUN 505
dan juga lagi kata abah aku...klu orang ngundi yg kerja jauh dari tempat membuang undi
tu akan dapat 'pampasan' berbentuk RM....tapi sekali lagi...HARAM...aku x dapat aper2 pun..diorang pi makan sendiri ke duit tu..bukan nyer aku nak sangat pun duit2222...tapi itu da jadi HAK kite..mesti di tuntut..so PIHAK YG BERWAJIB tolonglah wat kerja sikit....pi pantau menda2 ni kat tempat aku di KUALA PILAH nun..satu hal lagi da hari ngundi tu sama dgn bermula nyer CUTI SEKOLAH..dan secara rasmi nyer sekali lagi dan lagi HIGHWAY PLUS tu akan sama cam tempat orang MEMBUANG UNDI...sama seperti musim2 RAYA....penuh ngan JaMing kereta yg di penuhi orang yg bersemangat utk menjalankan tugas DEMI NEGARA...aduh..camna ek nak balik....camna ek...
** lagi pun aku mmg x kenan betul ngan YB kat tempat aku tu...x suka x suka...
Wednesday, February 13, 2008
Berat sungguh mata memandang sama berat bahu aku yg memikul bebannya...ya ALLAH permudahkanlah AMIN.
Memang since balik dari
sana ari tu x de saper family kat n9 pun call family kat sinun bertanya khabar pasal nenek.Emak risau pasal family kat n9.Ialah apa khabarnyer abah yg duk sorang2 kat Pilah....
Alhamdulilah..nenek mmg da kuar dari NUH pada 4 feb ari tu.So la nie mmg nenek da
balik duk ngan Auntie Sarah aku
kat Chua Chu Kang.
Aku pun silap..kesibukkan uruskan umah kat kg setiap kali cuti since emak x ada, kepenatan layan Haziq dan penat ulang alik ke s'pore ari tu mmg x recover lagi..sebab tu aku da jadi terlupa nak call emak.Untuk bertanya khabar...
cian emak..
mmg x pernh berjauhan dgn family sendiri.Melainkan klu nenek sakit..emak mesti kena stay kat s'pore lelama.
So malam tadi aku call emak..dalam 25 minutes story kat emak pasal -
- jangan risau abah..angah akan selalu tidor umah kg..temankan abah
- wlupun abah ada x sihat..demam sikit..tapi abah rajin makan ubat
- kain baju kotor emak dan abah da selamat aku cuci tiap2 kali balik kg ujung minggu dan da selamat aku lipat sekali
- cadar katil abah aku da tukarkan
- umah tingkat atas da bawah da selamat di sapu dan vacum
- dapur masih dalam keadaan sama seperti emak tinggalkan dulu...
- tapi ada botol plastik, tutup periuk, tin biskut yg da mengot2, tercampak sana sini
- sebab cucu emak 2 orang tu yg 'rajin' duk sama2 kemas kat dapur masa emak2 diorang sibuk masak..
- ktorang ada pi piknik kat Ulu bendul dan Hutan Simpan Ulu Serting wit abah sekali
- kaklang masak kari kepala ikan, udang masak lomak cili api dan kerang rebus kicap bercili masa cuti tahun baru cina ari tu.
Dan emak bg tau...nenek da x larat nak jalan sendiri lagi macam dulu sebelum sakit.Kerana badan nenek da lemah sangat..akhir nyer semua benda anak2 nenek yg buatkan sekarang nie utk nenek.Sedih aku dengar citer dr emak...teringat kembali masa emak jaga uwan masa uwan sakit dulu..keadaan tu sama dgn keadaan nenek sekarang nie.Cuma beza nyer nenek umur da 88 tahun..masa tu umur uwan belum sampai 70 lagi rasanyer.Tp ingatan nenek masa super...dia ingat semua nyer lagi cam biasa.
Itulah kan berkat orang yg zikir nyer beribu2 bilangan nyer setiap kali solat..Allah bg kelebihan..alhamdulilah..
Alhamdulilah lump darah beku kat kepala nenek da cair kembali dan darah tu kembali mengalir seperti biasa.Kata Auntie aku..darah tu cair sebab nenek di berikan air garam.
Aku pun baru tahu hal tu..darah beku leh di cairkan dengan air garam kat spital.
Lepas letak tipon tu aku nangis..ialah aku sedih sebab belum ada kesempatan aku utk mandikan nenek, suapkan makanan kat mulut nenek, jaga nenek masa nenek da sakit nie.Padahal semua tu nenek buatkan juga kat aku masa kau kecik2 dulu.
Nenek juga yg memang rajin bawa aku,eboy,kaklang dan diana jalan2 kat orchard road masa ktorang kecik dulu.Bukan takat orchard je..byk tempat kat s'pore tu da nenek bawa kami jalan. Aku terfikir...klu aku nie bujang da lama aku terbang pi sana..mengganti diorang sehari dua utk jaga nenek sekarang ni.Aku tahu diaorang semua penat..mana ngan kerja..mana ngan family..mana dengan diri sendiri.
Auntie aku..sama ngan emak aku..cousin aku berganti2 demam..cian diaorang.
Mana lagi sepupu aku Diana yg baru bersalin...cian diana..ramai 'terlepas pandang' kat dier sebab semua sibuk jaga nenek..
Sebelum letak tipon malam td..aku pesan kat Auntie Sarah aku...jgn risau pasal macam mana emak nak balik n9...nanti tiba waktu nyer kami akan pi amek emak..x yah susahkan anta emak balik sini..
Tapi tu lah aku ada tanggungjawab aku sendiri - En Hendra..Haziq...kerja aku..abah n umah kat kg...
Insyallah aku akan cuba cari kelapangan tu utk balik sana nanti..insyallah..semoga Allah permudahkan perjalanan aku..AMIN
Tuesday, February 12, 2008
utusan hari ini - Tidak Semua Buasir Sama...mari membaca utk menambah ilmu.
Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.
Punca-punca
Buasir boleh berlaku apabila terdapat sebarang tekanan yang berterusan di dalam pembuluh darah di bahagian bawah rektum.
Punca-punca tekanan berlaku adalah:
* Pesakit mengalami sembelit dan regangan yang berlaku sewaktu sembelit. Gejala ini boleh berlaku akibat tumor di bahagian rektum. Oleh itu, buasir dalam keadaan ini hanyalah masalah luaran sahaja sedangkan masalah asal ialah tumor di dalam rektum.
* Pesakit mengalami cirit-birit dan pengeluaran najis cair secara berterusan. Bagi mereka yang berpotensi untuk terjadi buasir, kerapkali merasakan gejala buasir ini sewaktu mengalami keracunan makanan yang menyebabkan cirit-birit selama beberapa hari.
* Pesakit berada dalam keadaan duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama. Contohnya, para penunggang motosikal jarak jauh, pemandu teksi, lori dan bas, pekerja pejabat dan juga, mereka yang harus berdiri lama di dalam pekerjaan seharian seperti guru dan sebagainya.
* Pesakit yang mengalami obesiti.
* Pesakit terpaksa mengangkat objek yang berat.
* Pesakit yang mengandung dan melahirkan anak.
Pencegahan
Untuk mencegah buasir atau flare-ups anda dinasihatkan supaya:
* Makan makanan berserat tinggi. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet pemakanan anda. Dengan berbuat demikian, ia akan melembutkan najis serta meningkatkan saiznya di mana ia akan mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran yang akan mengakibatkan buasir.
* Minum air yang banyak. Jumlah air yang anda patut minum setiap hari berbeza dan bergantung kepada faktor umur, jantina, kesihatan, tahap aktiviti dan faktor-faktor lain.
* Ambil makanan tambahan yang berserat. Produk yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti Metamucil dan Citrucel akan membantu anda membuang najis yang lembut dan secara lebih kerap. Rujuk kepada doktor anda tentang penggunaan ubat yang boleh melembutkan najis.
*Jika anda mengambil makanan tambahan berserat, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Jika tidak, ia akan mengakibatkan sembelit atau menjadikan buasir lebih teruk. Tambahkan pengambilan serat tambahan ke dalam diet anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang masalah dengan gas (angin).
* Melakukan aktiviti fizikal. Aktifkan diri anda dengan mengurangkan tekanan pada vena (pembuluh darah), yang akan terjadi apabila anda berdiri atau duduk terlalu lama. Selain mengelakkan sembelit, dengan melakukan latihan, anda juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.
* Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama. Jika anda terpaksa duduk untuk jangka masa yang lama, jangan gunakan kusyen donut sebagai alas kerusi anda. Ia hanya akan meningkatkan tekanan pada vena di dalam anus.
* Elakkan meneran. Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar akan mengakibatkan tekanan yang kuat dalam vena di bahagian bawah rektum.
* Jika terasa ingin membuang air besar, lakukan dengan segera. Jika ditahan, najis anda akan menjadi kering dan lebih sukar untuk dibuang.
Penjagaan
Anda boleh mengurangkan rasa sakit, bengkak atau inflamasi buasir dengan penjagaan diri yang berikut:
* Menggunakan rawatan topikal. Menyapu krim buasir atau supositori yang mengandungi hidrokortison atau menggunakan pad yang mengandungi agen kebas.
* Memastikan kawasan anus bersih. Mandi setiap hari untuk membersihkan kawasan kulit di sekitar anus perlahan-lahan dengan air suam. Anda tidak perlu menyabun kawasan ini kerana ia akan menjadikannya lebih teruk. Keringkan kawasan tersebut dengan pengering rambut secara perlahan-lahan selepas mandi untuk mengurangkan kelembapan yang hanya akan mengakibatkan iritasi.
* Berendam secara konsisten dalam air mandian suam. Lakukan ini beberapa kali sehari.
* Menolak semula buasir yang prolaps (terkeluar dari kedudukan asal). Jika buasir mengalami prolaps, perlahan-lahan tolak buasir semula ke dalam ruang anus.
* Gunakan mandian sitz dengan air suam. Mandian sitz boleh diletakkan di atas tandas dan boleh didapati di farmasi atau stor perubatan.
* Jangan gunakan tisu tandas yang kering. Gunakan tisu basah atau tisu yang dibasahkan selepas membuang air besar.
* Ambil ubat secara oral (makan). Paracetamol, aspirin atau ibuprofen akan mengurangkan rasa ketidakselesaan.
Perlu diingat bahawa penjagaan kebersihan diri ini akan mengurangkan simptom tetapi ia tidak akan menghilangkan buasir. Rujuk kepada doktor pakar jika rasa sakit yang dialami tidak berkurangan dalam beberapa hari atau dengan segera jika anda mengalami sakit atau pendarahan yang teruk.
Sunday, February 10, 2008
P/S...
Ulu Bendul at my Negeri Sembilan - update 16 nov 08
Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter.
Untuk sampai ke puncak, permulaan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Di Hutan Lipur ini juga di lengkapi dengan
kemudahan -
- Tandas Awam
- Gerai Makanan dan Minuman
- Gerai Cenderahati
- Tempat Makan
- Kawasan perkhemahan
- Kawasan perkelahan yg selesa - sekiranya ingin mendirikan khemah juga bbq
- Aktiviti lasak
- Chalet
- Tempat parking kereta
- Surau
- Kemudahan awam - menaiki bas atau teksi samada dr Pekan KP atau dari Bandar S'ban
Dan yang terbaru di UB ialah Taman Ular.Tapi aku sendiri belum berkesempatan nak pergi tgk tempat tu.Lain kali rasanyer..
14 Oktober, 2007 10:14 AM
Anaconda Di Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul
KUALA PILAH, 14 Okt (Bernama) -- Anaconda, spesies ular sawa terbesar di dunia, akan ditempatkan di Taman Ular Sawa yang dicadang dibina di hutan rekreasi Ulu Bendul dekat sini."Ini akan menjadikan taman ular sawa ini yang pertama seumpamanya di Asia," kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.Katanya Jabatan Perhutanan Negeri telah diberi tanggungjawab untuk menjadi agensi pelaksana bagi projek itu yang dijangka menjadi satu lagi tarikan di kawasan hutan rekreasi di kaki Gunung Angsi itu."Kita sudah dijanjikan dua ekor Anaconda dari Brazil dengan syarat ia ditukarkan dengan dua ekor orang utan, dan kita sudahpun dijanjikan pula oleh pihak berkuasa di Sabah untuk menyediakan orang utan tersebut sebagaimana yang diminta pihak Brazil. InsyaAllah, Anaconda itu dapat kita bawa tidak lama lagi," kata Mohamad.Anaconda, reptilia spara akuatik yang menjadi ikon kawasan Amazon, adalah ular terbesar di dunia yang berat badannya boleh mencecah sehingga 200 kilogram.Ia jarang dapat ditemui dalam keadaan liar kerana sifatnya yang gemar menyelam dalam sungai atau dalam hutan yang ditenggelami air dan dalam kawasan paya, yang menjadi habitatnya.-- BERNAMA
p/s - model2 dalam pic diatas ialah my nephew and En Hendra
edit nov 2008 - taman ular tu katanyer ditutup sementara kerana ular nyer mati, tp ada anak ular yg masih kecil lagi. klu nak tgk pic ular2 tu sebelum tu lah leh cari kat blog nie, ada pic pi tgk ular2 tu.
Thursday, February 7, 2008
my office is in that construction area..
Haziq 8 months old
Wednesday, February 6, 2008
dah jam 12 lebih pagi rabu....
Malam ni adik tido sini lagi.Tapi la nie dier lom balik lg.Tgh pi main badminton kat Cahaya <----nama tempat.
Tuesday, February 5, 2008
rasa nyer kat kl x de jumpa camni..ada kea?
Khabar my nenek from NUH..
Tercapai gak hasrat nenek to see my father,because this is the 1st time abah visited her.
Abah berpeluang suapkan makan tengahari nenek...kata makcik..ni kirenyer banyak gak nenek makan kerana abah yg suapkan.Klu tidak before ni mmg nenek kurang amat makan.Masa minum petang nenek sekali lagi abah suapkan makan 'kuih bakar' which is i bought at kuala pilah the night before.
Sedap kata nenek kuih tu..cukup santannyer..cukup rasanyer..
2.45 pm...a few of my family arrived including my mother..
4.30 pm...berangkat pulang ke malaysia...
kata makcik...hari isnin sekali lagi nenek doing head MRI scanning...klu semua x de aper2..insyallah hari rabu atau khamis nenek akan discharge.
but if the lump ---- darah beku akibat nenek pernah jatuh dulu --- masih akibatkan kesihatan nenek x ok...nenek akan stay kat NUH dan akan berpindah dari 4th floor to 5th floor...
- Abah with my Haziq
- Emak..katanyer da wendu sangat kat my Haziq..Cian emak..bawa kain baju utk 2 hari jea ari tu..but kena duk da dekat 2 minggu kat s'pore utk jaga nenek.
- With my cousins.
- Hujan + jammed kat Tuas 2nd link.
Friday, February 1, 2008
i'm taking 1/2 day leave today
Im praying for my grandmother health and i hope she will back like she used to before..amin.