Followers

Friday, June 20, 2008

salam takziah buat family maklong

Hari Jumaat lepas, 13 June 2008..lebih kurang jam 6.30 pm..paklong aku HJ KASSIM BIN HJ ASHIK telah selamat kembali kepada PENCIPTA nyer. Aku terima telefon dari kakak aku dalam lepas maghrib. Masa tu kami sekeluarga tgh bersiap2 nak kuar beli barang. Aku sedih bercampur sayu. Arwah pak long ialah abang emak paling tua. Dia meninggal dunia di rumah di Jurong West. Umur Arwah ialah 71 tahun. Arwah mmg dah lama sakit...tapi tidaklah terlantar di katil, cuma klu nak kemana2 perlu gunakan kerusi roda. Paling last aku berjumpa arwah ialah semasa aku menghantar kad jemputan WEDDING aku pada tahun 2006. Lepas tu..aku tak de kesempatan nak pergi melawat arwah setiap kali balik ke S'pore. Lagipun setiap kali balik kg emak nie..aktiviti amat padat dengan lawatan keluarga terdekat dan masa yg tidak mengizinkan. Memang rumah adik beradik emak semua nyer berdekatan tapi rumah arwah terletak jauh dari Chua Chu Kang..so selalu tak sempat aku nak pergi. Alhamdulilah emak paling last jumpa arwah abang nyer nie dalam bulan February baru2 nie semasa arwah melawat Nenek di hospital. Tapi aku simpati dgn emak kerana tak sempat melihat wajah abang tersayang sebelum di kebumikan. Emak nangis jea malam tu. Kami sampai di S'pore pada malam sabtu..sedangkan pengkebumian da dibuat sebelum Zohor hari tu. Bukan tak nak balik sana malam tu jugak..tapi memandang kan as a driver aku with En Hendra memang tak cukup tidor. En Hendra pasti nyer pasal EURO dan aku pulak pasal menjaga Haziq yg lately ni asik tido lewat jea.

Arwah paling suka datang ke kg aku. Ialah seronok leh makan durian. Makan kuih2 melayu yg cukup rasa nyer. Paling last aruah datang kg ialah pada 2001..masa wedding kakak aku. Arwah juga merupakan bekas pemain BOLASEPAK S'PORE pada tahun 60 an.
Al-Fatihah buat paklong HJ Kassim bin HJ Ashik..semoga roh nyer di cucuri rahmat dan di letakkan di kalangan orang2 yg soleh..amin ya rabbil alamin.

Picture dibawah ialah bacaan yassin bersama keluarga di rumah auntie aku..reason wat kat rumah tu kerana nenek request buat kat umah jea. Lagipun nenek da tak larat di bawa pergi umah maklong banyak kali..badan nenek da tak kuat.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails