Followers

Thursday, December 11, 2008

public holiday - selangor only..hehehe

Haziq da potong rambut hari ahad tu. Potong bahagian tepi jea.

Isnin selasa cuti, rabu kerja dan khamis cuti semula. Best kan...cam indah jea ek. Hari nie aku goreng mee jea pagi td wat sarapan. Lama x goreng mee kuning, asik2 goreng mee hoon jea. Sedap gak makan mee lepas duk makan juadah hari raya jea. Haziq da tido semula da lepas makan sendiri mee goreng td. Aduh sakit pinggang aku duk dukung Haziq masa menggoreng mee td. Haziq ni klu orang masak mesti nak tgk sekali apa yg tgh di masak tu. Siap nangis2 lagi klu x di dukung utk tgkkan dalam kuali tu. So bayangkan lah, dari tumis bawang, masuk ciliboh,masuk ayam, kicap dan until mee kuning masuk dalam kuali, aku menggendong Haziq sebelah kiri dan tangan kanan duk kacau mee. Anak ooooo anak....x nak dukung, aku kecian pulak kat dia, duk merayu2 jea minta di dukung, x sampai hati dibuatnyer.

Malam td kami sekeluarga tido awal, dalam jam 12 gitu,lepas tgk movie di TV2, citer ONCE UPON A TIME IN MEXICO lakonan Antonio Banderas (aku minat gak lakonan dia nie). Ramai pulak pelakon lain yg glamour dalam movie tu antaranyer Enrique Iglesias (aaaaaaa aku minat gila dgn lagu dia ni title Escape..juga lagu lelain dia), Salma Hayek, Johny Depp (my fav. actor lagi) dan Eva Mendes. Citer tu sambungan dari movie desperado dulu. Boleh jea lah layan citer2 camni.

Pagi raya haji hari tu hujan turun, x de lea lebat sgt. Tapi sepanjang hari raya tu, hujan jea. Abang ngah aku sekeluarga x dtg umah sebab abang aku sibuk ngan sembelihan lembu utk korban. So saper lah nak drive kan kakak ipar dan anak2 buah aku tu pi umah. Lembu2 tu dari peliharaan abah aku nyer. Bila ada orang nak beli lembu utk buat korban, abang ngah aku ni lah yg akan uruskan semuanyer. Sepanjang raya tu kami semua duk umah jea lah. Lagipun ujannnnn kan.
Petang selasa tu before balik KL, ktorang semua pi umah abang abah dekat Bahau beraya. Dapat gak makan lemang sepotong masa kat umah Pak Teh aku nie. Kat situ ada gak cousin aku dgn anak2 dia tengah datang beraya. Dalam jam 5pm gitu ktorang pulak balik KL. Alhamdulilah perjalanan lancar sampai KL, cuma dekat RnR punya lah ramai orang dan kereta. Cadangan nak minum petang terbantut bila tgk orang ramai2 nie.
Pictures during aidil adha festive last monday.

Haziq dan En Hendra tgh makan kuih rotan pepagi raya lepas balik dari solat raya.

Haziq dan cousin Aezad with beloved Atok

2 comments:

Anonymous said...

cute boy i like him

Ms Haslina said...

hehehe...tq anand..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails