Followers

Friday, March 18, 2011

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa...



Ada orang bagitau aku yang jelingan mata Haifa sama macam aku. Erm, tapi bila aku tengok-tengok, rupanya Haifa ini memang ANAK BAPAK rupanya.
Cuba tengok pictures diatas. Kan sama gitu.
Tapi sudah kuasa ALLAH, yang Haziq memang iras ke aku dan Haifa pula iras ke mana ek?. Hikhik. Emak aku cakap dan juga makcik-makcik aku juga bagitau, Haifa ada iras maca arab gitu. Erm, tidak kisahlah kan. Mana-mana pun boleh.
Part rambut yang bergulung itu, Haifa turun dari abah aku. Kebetulan the only two cucu abah aku memang dapat rambut yang bergulung cantik gitu.
Kira macam buat kerinting di salon gitunya.

Haifa sekarang baru tumbuh gigi yang ke 5 batang. Punyalah lama hendak tunggu gigi ke 5 tumbuh. Cian gitu aku tengok gigi 4 batang itu sahaja.
 ;))

Part berlari memang tidak perlu ceritalah anak dara ini. Laju sungguh. Ialah Haifa start berjalan seawal 9 bulan gitu. Sekarang umur Haifa sudah masuk 1 tahun 1 bulan.

Bercakap pun baru pandai sebut 'mama', 'baba' dan semua perkataan dia sendiri yang faham. ;))
Lagi satu suara Haifa ini punyalah nyaring sungguh. Kalau menangis, aduhai kena tahan telingalah juga mendengarnya.

Masih takut dengan orang termasuk family aku sendiri. Hari itu pun punyalah semua orang hendak mendukung dia, tapi dia duk nangis tak mahu. Kecian aku tengok emak abah, rindu hendak peluk cium cucu bongsu buat masa inilah kan.

4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai, memang nampak mirip baba dia :) comel btol :) nuha 1 tahun 1 bulan baru pandai jalan :p

haslina said...

hikhik. itulah eliss, anak bapak gitu.

tp mesti nuha cepat dalam hal lain..kan.

mamalieyna said...

lama tak tengok haifa..dh besar..comel...hissh jelingan mata ni tokleh tengok lelama, haifa takpe, bapaknye..ekeke...gurau jer..yelah sama..

haslina said...

hikhik.
a'ah lieyna da besar sikit dari hari tu.
mmg haifa ni klu menjeling, sungguh tajam gitu.

;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails