Followers

Friday, May 11, 2012

Haifa and me again.

Salam Jumaat.
Alhamdulilah dengan kesihatan yang ALLAH berikan.

princess Haifa

Aku seronok plus happy hari ini. Sebabnya tekak sudah pulih@elok walau tidak sepenuhnya. Yang pasti sudah tak ada perit-perit lagi. Syukur sangat-sangat pada ALLAH.
Aku masih batuk juga lagi kalau tetiba tekak gatal. Tapi tidak seteruk hari itu. 
Kira-kira dekat masuk 3 minggu aku kena batuk.
Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.

Story pasal my princess.
Aduh pening kepala aku di buatnya kadang-kadang dengan peel Haifa sekarang ini. 
Sudah pandai pilih baju yang lawa untuk di pakai walaupun baju hendak tidor.
Habislah di selongkarnya baju yang mama dia ini sudah lipat. Aduhai anak penat mama ini lipat baju untuk lima orang.
Fikir-fikir memang aku terus teringat story kawan aku dulu pasal anak perempuan dia yang umur 4 tahun. Samalah sekarang hal itu terjadi pada princess aku ini.
Namun alhamdulilah, Haifa ini kalau di pujuk-pujuk dia mengikut jugalah mahu tidur malam pakai baju tidur.
Sungguh kan, anak perempuan memang mesti hendak yang cantik sahaja.

Memandangkan dia seorang sahaja gegirl yang aku ada (memang aku pasang niat untuk dapat gegirl lagi insyallah) memang nampak sangat manjanya.Tapinya nampak sebenarnya anak-anak aku memang semuanya manja belaka.
Kalau dia hendak boleh sahaja semua barang adik abangnya dia buat hak dia. Mesti terus sahaja dia kata 'Fa nya' maksud barang itu Haifa punya.

Dalam begitu, Haifa tetap rajin. Alhamdulilah.
Minta tolong sahaja, mesti dia akan membantu. Yang ringan-ringanlah. Macam ambilkan tisu, pamper.
Tapi tetap juga ada perangai menolak.
Nanti mesti Haifa cakap 'nanak' bermakna dia tidak mahu buat apa yang di suruh. 
Ialah umur baru 2 tahun 4 bulan. Kecik benar lagi.

4 comments:

Mummy Sher said...

comelnyee dia dah pandai pilih-pilih baju ye..hehe

Ms Haslina said...

hi dear.
azalinya kan gegirl begitu.
;))

maidatul said...

comey haifa...manis jea muka dia...

Ms Haslina said...

akma - alhamdulilah.tq.
budak2 klu gegirl mesti comel2 kan.
sama macam putri2 akma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails