Followers

Saturday, July 6, 2013

Haziq menang Color Pensils, Brown Rice for Hafiy and Instant Oatmeal for me.

Congrats sayang mama.

As salam. Selamat berhari minggu pada semua.
Kami duduk di rumah sahaja hari ini. Pagi-pagi sudah breakfast Nasi Beriani Pakistan which cooked last night by HC. Syiok cuti masak saya hari ini.
That is his second times cooking the maveles ever Beriani using Moghul Faiza Basmathi rice. The pictures of yummie beriani will be upload next time, insha allah.

Tapi mungkin petang-petang nanti hendak keluar juga sebab HC hendak menderma darah di Jaya Jusco Taman Equine. Jom kita beramai-ramai ke sana hari dan esok until jam 8 malam. Lepas itu saya bercadang ke Pasar Borong Selangor. Ialah hendak topup barang dapur, preparation untuk bulan Ramadhan yang mulia starting next week.

Op, back to picture atas sekali. Alhamdulilah abang Haziq ini menang colouring contest. Dapat No 7 dari 20 orang. Walaupun pertandingan mewarna peringkat Tadika sahaja. At list Haziq tetap ada semangat untuk warna dan menang.
Sebenarnya ini adalah contest yang diadakan di TUDM Kinrara berdekatan Tadika Kemas Haziq. Yang dapat hadiah until nombor 10 sahaja kata Haziq.
Hadiah yang Haziq dapat cuma yang ada nombor 7 itu sahaja. Yang color pensil dan pensil case itu semua orang dalam kelas dapat sama.
Haziq beritahu lagi dia dan kawan-kawan kelas semua dapat naik trak askar dari Tadika ke kem. Memang kesukaan sungguh Haziq, maklumlah 1st time kan naik trak. Lagi beritahu Haziq, dia berpeluang pegang ular sawa besar masa di kem situ. Siap di letak di belakang leher lagi. Tidak tahu pula dari mana datang ular dalam kem askar.
Berani rupanya anak bujang saya ini.

Mama Haziq ini dulu sebenarnya sudah berkali-kali naik trak askar (NAVY). Maklumlah mama ini dulu ialah bekas PALAPES NAVY masa sekolah peringkat tinggi di Skudai dulu.

Price setin RM 9++ di Mydin.

Story mengenai baby Hafiy.
Uisk, akhirnya saya dan HC setuju bersama belikan baby Hafiy comel bam bam ini Beras Merah. Beras ini kami topup dalam botol susu Hafiy. Serius memang satu entah berapa kali minum susu dan susu lagi. Mesti Hafiy sudah lapar, so alternative kami buat begitulah. Ini kiranya sudah tin kedua buat Hafiy. Genap umur 3++ bulan. Dulu abang kakak Hafiy memang umur gitu-gitu juga campurkan dengan susu beras merah atau beras+soya.
Alhamdulilah lepas itu, barulah lena tidur Hafiy. Keciankan, asyik susu tepung sahaja. Saiz badan Hafiy kan besar, mesti perlu makan banyak. Now on mungkin berat Hafiy sudah cecah 6.5 kg rasanya atau lebih. Sebabnya either saya atau HC sudah kelenguhan di kala mendukung.



Last sekali story pasal mama ini pula.
Huhu.
Starting lepas habis berpantang lepas, saya cuba tanamkan dalam perut, op dalam hati untuk kekalkan berat lepas bersalin sekarang ini. Alahai bukan kurus mana pun. At list kurus 8+- dari berat sebelum mengandung dulu. Setakat ini, alhamdulilah ok lah. Terkadang tersasar gak naik 2 ke 3 kg, tapi turun balik nenantinya.

Memang susah bangat untuk control makan bagi saya yang pantang nampak makanan best ini. Hendak makan supplement atau makanan tambahan untuk turunkan berat badan, saya memang penakut. Dan plus saya tidak berminat 'buang duit' untuk beli yang mahal-mahal itu. Lagi baik saya guna duit itu untuk happy kan family.

Mengikut nasihat emak, saya mula makan oat. Alahai yang Instant Oatmeal by Quaker dengan plastic yang color merah. Mudah sahaja cuma campurkan air panas dengan 5 sudu besar oat. Biarkan oat kembang, then boleh campurkan kismis. Saya memang begitu, campur kismis atau makan tawar begitu sahaja. Tiada adding milo, susu atau pemanis lain. Hendak turunkan berat badan kan, mesti kena makan yang tawar-tawar sahaja.
Kadang-kadang saya campur juga 1/2 peket minuman Horlick Fibre Oat 3 in 1 free yang saya dapat dari kaklang.

Satu lagi saya sudah mula minum Teh Hijau. Rasanya semua orang sudah tahu kebaikkan teh ini. Yang ini saya cuba minum campur dengan limau nipis. Teh ini saya minum lepas brekafast atau lunch masa di office.
Lastnya saya memang masih kekalkan minum rebusan akar kayu masa berpantang hingga sekarang. Saya minum waktu pagi sebelum pergi kerja.

10 comments:

Eiqa Almond said...

Wahhh, 3 in 1 entry nie ye kakk, ehhehe

Ms Haslina said...

Eiqa - hehehe, itulah sekali jalan anak beranak.

Wak Lat said...

Salam.Ucapan tahniah untuk Haziq menang contest dan instant oatmeal itu juga.He.

mamaarifakeemaisy said...

Tahniah haziq, pembakar semangat tu dpt present :-)

Ooh hafiy dh makan, baru kenyang ye..

Ohho, eina takde semangat sekental awak la nak berdiet scr sihat, sllu sekerat jalan... :P.. apapun all the best..

aliaaroslan said...

jelesnya akak boleh makan oat. aliaa tokleh telan lah kak. cemana eh?

Ms Haslina said...

as salam.

tiga lalat - tima kasih kembali.

eina - tima kasih kembali. alahai eina, kita cuba pelan-pelan, jgn paksa diri, jom kita.

aliaa sister. mmg pung, ada orang mmg x leh langsung kan.
akak nie fikir positive. nak sihat kan. kena paksa, lama2 ok sahaja.

Unknown said...

ok la dapat hadiah colour pencil macam dapat hadiah no satu tu..byk jgk hadiahnya..haha..

saya makan organic muesli..organic oat yang campur macam2..ade biji matahari..ade kismis...so tak muak sangat bagi sy yg takleh makan oat semata2..

Ms Haslina said...

alhamdulilah. itulah byk hadiahnya kan.

huhu, organic muesli tu mmg sedap kan. tapi harga mahal kan. saya mmg suka yg ada byk dried fruit, bijian, sedapkan.

Adriannasyaz said...

Pandai mengaler haziq..tahniah :D

salam kenal haslina..sya folo blog haslina..klu sudu,sbpnggah ke blog saya ya :D

Ms Haslina said...

as salam.
tima kasih adrianna.

p/s macamana hendak follow blog adrianna ye. saya tidak familiar dengan blog baru gitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails