Sambal ikan bilis campur tempe goreng dan Masak Santan@Masak Lodeh.
Ini juga adalah menu untuk berbuka hari ini.
Hari ini dari pagi suka suki lepas tumb print, saya telah keluar dari office. Ada tiga urusan yang perlu di selesaikan hari ini iaitu di Bangi dan Kajang. Alhamdulilah ALLAH permudahkan semuanya. TQ ALLAH. Hari ini jugalah saya free sebab tiada lecture. Barulah boleh bernafas panjang sikit kan. Kerana urusan selesai awal, saya singgah di Mydin berdepanan dengan tempat saya pergi tadi. Geram juga kalau tidak ke Mydin sebab masa pusing-pusing dengan kereta untuk cari tempat yang di tuju itu saya ternampak Mydin. Maka wajib pergi kan gitu.
Selesai itu terus balik ke office.
Dalam jam satu lebih berkobar lagi ke Klinik Gigi Seri Kembangan. Niat di hati hendak tampal gigi or tengoklah apa opinion Dr. Sampai-sampai memanglah tiada orang di situ. Tapi bila tengok jadual perkhidmatan baru, saya tidak dapat check gigi rasanya. Redha sahajalah.
Untuk pesakit luar seperti saya yang tiada membuat temujanji, hari yang layak saya datang ialah
Isnin - 8 pagi hingga 1 petang.
Selasa - 2 petang hingga 5 petang.
Khamis - 8 pagi hingga 1 petang.
Untuk pesakit kanak-kanak.
Rabu - 2 petang hingga 5 petang.
Jumaat - 8 pagi hingga 12 tengahari.
Dan masa-masa yang lain ialah untuk pesakit yang mempunya temujanji. Masa rehat ialah 1 petang hingga 2 petang. Manakala untuk hari Jumaat ialah 12.15 hingga 2.45 petang.
Oat kosong campur dengan kurma dan roti gardenia.
Huhu. Rasanya minggu pertama puasa sahaja saya tetap maintain makan oat. Lepas itu sudah di lupai. Green tea pun entah kemana pergi nya juga. Campuran oat itu memang kegemaran anak-anak juga. Selalunya saya yang kena makan roti dan kurma itu. Diaorang cuma hendak oat sahaja.
Tapi serius, sangat lemak dan sedap makan oat dengan kurma dan roti gardenia. Boleh sahaja kan.
Telor dadar, Sup Sayur campur dan Sambal Sardin.
Ini adalah juadah biasa dan fav. ever saya dan HC juga anak-anak. Lauk yang mudah di sediakan. Selalunya lauk ini di masak apabila time 'malas' dan time peti ais sudah kosong.
6 comments:
klu anak akak, telo dadar tu mmg menu wajib, tak kira yg besar or yg kecik...si Firas boleh meratah gitu je telo dadar hehe
gitulah kan kak. dari kita hingga anak-anak semua suka.
telor antara makanan ruji kita. mudah dan sedap.
Sedap pulak nampak tempe campur bilis tu. Lama giler dah tak masak tempe
hikhik.
mmg sedap Gee. simple dan boleh tahan lama.
tempe kat rumah nie mmg antara makanan rutin anak-anak.
Menu last skali tu mgkn menu utkbersahur eina nanti :-)
Senang gitu, hehe...
a'ah eina, mudah sahaja kan. tp kekadang jadi je untuk menu berbuka.
Post a Comment