Followers

Monday, August 26, 2013

Cabaran Mega HUGGIES dan IKEA.

Assalamualaikum dan hai.
Happy Monday dan selamat bekerja pada semua.


Story ini sudah berlaku seminggu yang lalu. Tidak pasti ramai kawan-kawan blogger pergi atau tidak. Hebahan telah di update di FB Huggies sebelum Hari Raya lepas. Dan saya sempat register online untuk baby Hafiy masa sebelum balik berhari raya. Op lupa pula, nama event ini ialah Cabaran Mega Huggies - drypants. Untuk mencipta record dalam Malaysia Book of Record dalam acara penukaran lampin seluar baby dengan bilangan terbanyak.
So apa yang berlaku pada 17 Ogos / Sabtu itu ialah cuma bawa bayi dan anak yang masih memakai lampin ke 1 Utama Shopping Centre dari 10 pagi hingga 10 malam. 
Kami ke sana hanya untuk hadiri event ini sahaja. Selepas pendaftaran untuk baby Hafiy dan Qeqeem. kami di beri 2 peks pampers untuk di tukar. Kemudiaan ada sesi ambil bergambar melalui mesin sahaja dan gambar ini di beri percuma pada peserta sebaik sahaja selepas gambar di ambil.. Dan ada satu lagi sesi bergambar dari photographer, yang saya tidak pasti sebab apa. Mungkin untuk simpanan pihak Huggies. Selepas itu redeem hadiah yang di berikan/di janjikan.

Setiap perserta mendapat satu beg Huggies dan certificate penyertaan.  

Qeqeem with free gifts and pictures.


Content pada 2 buah beg. Saiz L untuk baby Hafiy dan XL untuk Qeqeem.
1 beg mengandungi 10 pieces pampers pelekat, 20 pieces dry pant, satu kipas untuk stroller, 2 peks pantileners, 1 pek pad dan 1 pek tisu klenex.

Bagi parent seperti kami yang mempunyai 3 orang anak kecil dan yang masih memakai pampers, serius memang saya tidak mahu terlepas dengan event sebegini. Faham-faham sajalah harga pampers sekarang ini bukannya murah. Dan penggunaannya sememangnya high density di rumah pada setiap minggu.
Dan memang tugas saya, kadang-kadang HC pun sama. Rajin mencari peluang yang ada. Alhamdulilah dengan rezekimu, terima kasih ALLAH.
Hari Sabtu itu sebenarnya memang kami telah siap sekali untuk membawa Haifa sama. Planning boleh dapat 3 beg free. Tapinya masa singgah di rumah kaklang untuk menghantar baju Haziq yang sudah 4 hari tidur di situ. Haifa tetiba hendak joins abang Haziq dia sekali. Saya memang tidak izinkan pada mulanya. Kasihan pada kaklang dan maid dia hendak menjaga sampai 4 orang, sebab lepas itu diaorang hendak pergi kerumah terbuka berhari raya.
Kisahnya Haifa pula sampai pegang kaki kaklang, merengek-rengek minta suruh kaklang pujuk mama dia ini. Saya ini pula kalau kaklang sudah setuju, saya ikutkan sahaja. Maka akhirnya hanya kami berempat sahajalah berjalan hari itu.


Habis di 1 Utama, HC suggest kami berjalan-jalan ke IKEA. 1st time guna jalan dalam ke IKEA dari 1 Utama. Yup, kami memang sesat sekejap. Padahal dekat sahaja pun. Sesat pun tidaklah jauh, cuma terlepas simpang.
Kami hendak survey rak TV. Belinya tidaklah dulu. So kami masuk ke IKEA terus potong jalan ke bahagian yang kami cari sahaja. Penat kalau hendak jalan dari mula-mula pintu masuk itu.
Kebetulan kerusi-kerusi SNILLE price RM55 dirumah telah patah di bahagian tempat duduk sahaja. Bahagian kaki berodanya masih berkeadaan baik lagi. Dan tidak tahu pula IKEA sudah mula menjual kerusi part only. Mungkin IKEA baru find out yang memang part kerusi ini mudah patah. So terus beli dua kerusi color lain pula dari sedia ada yang sudah rosak. Then saya gedik membeli beg IKEA yang price RM1, untuk beg membawa tupperware makanan saya ke office. Dan last sekali kami beli tempat letak baju kotor. 

2 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

3 anak berdiapers memang semput nafas...akak si Firas sorang je pakai diapers pun sebulan spend dalam RM70 jugak untuk diapers saja...tu pun beli time ada promosi...belum masuk susu tepung lagi tu, susu kompem dah rabak poket RM300

baguslah Lin cari event2 camni dan juga rajin2 request free sample....

Ms Haslina said...

kak Ina - alhamdulilah rezeki ALLAH dimurahkan untuk anak-anak kan kak.
mmg semua parent berperasaan begitu.

baby Hafiy, Qeqeem & Haifa itu plus dengan susu sekali kak. 1kg mmg ngam seminggu untuk Hafiy. Juga untuk Haifa dan Qeqeem.

Pampers pula satu pek jumbo selalunya tahan dalam seminggu juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails