Followers

Friday, August 2, 2013

IKEA KULLEN and IKEA FERLE.

Chess Drawer KULLEN. 
Price RM259.

Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya. Pagi tadi saya bercakap sendiri, hari ini adalah Jumaat terakhir. Next week insyallah kita sudah berhari raya. Saya berdoa pendek.

Sejuk hati saya pagi tadi semasa berbual dengan student selepas habis kelas. Ialah, student puji kecekalan dan cara saya mengajar semasa saya pregnant lepas. Katanya, walaupun saya mengandung, saya tetap mengajar seperti biasa. Tiada perbezaan.
Actually the topic suddenly came out after they comparing my lecture when I was pregnant with one lecturer who is on pregnancy now.
Entahlah, saya tidak mahu memuji diri. Apa yang saya feedback dengan student semula ialah, cuba discuss semula dengan Puan A itu baik-baik. Kalau boleh minta student yang baik dengan dia berjumpa Puan A. Minta Puan A prepare full solution untuk satu exercise. Tulis tangan pun boleh, yang penting student dapat tengok jalan pernyelesaian step by step.
Ialahkan setiap pensyarah mempunyai cara mengajar yang berlainan. Selalunya kami cenderung to teach follow way back as where we graduated.
Kalau student tidak faham, cuba bawa berbincang dengan lecturer tersebut. Lecture pun manusia biasa, kalau student minta elok-elok, mesti tiada sebab untuk dia menolak.

Baju yang setia berlipat dalam bakul.
Tapi tidak cukup tempat pun. Perlu beli lagi satu chess drawer.

Huhu, kisah ke IKEA ialah pada hujung June lepas, 22 June 2013. Kisah sebelum bulan puasa lagi. Punyalah tidak ada masa untuk menulis kan. Cerita ini adalah adalah sambungan kisah Kongsi minum air milo ais sambi cari chess drawer.
Asalnya pagi itu kami keluar rumah untuk mencari baju baru untuk di pakai di hari raya untuk anak-anak. Memang kami sampai ke tempat yang di tuju. Tapinya sebab orang memang ramai dan anak-anak pula mula buat perangai. Serius, terus lepas itu kami balik awal. Tanpa membeli barang-barang yang di planning kan. Masa perjalanan balik, saya fikir sendiri. Rugi hari Sabtu ini kalau tidak ke mana-mana. Sedangkan ada barang-barang yang di rancang dan memang amat di perlukan langsung belum di beli.
Terus saya mengajak HC ke IKEA. Okies.
Sampai di sana, terus ke bahagian food. Beli karipap, air minirel dan ais cream sorang satu untuk semua. Ialah semestinya lapar kan kalau shopping di IKEA.
Mula-mula tengok sarung sofa KLIPPAN. Cadangan hendak beli color PINK, price RM99. Warna itu tidaklah shock sangat. Sedang-sedang sahaja. So nanti kena ambil barang itu di bahagian stor sebab di situ sudah habis.
Terus lagi berjalan ke bahagian drawer. Memang tiada rezeki untuk chess drawe yang kami planning hendak beli. Stock sudah habis dan di jangka ada semula dalam selepas raya. Erm, kuciwa kejap.


Terus kami ke bahagian lain. Tetiba HC berkenan untuk membeli karpet. Aduhai, ialah budget memang tidak termasuk pun walaupun memang ada planning untuk beli carpet baru . In the end kami beli juga, price RM129. Masa buat decision untuk beli carpet ini, saya cadangkan semula pada HC. Jom tengok semula chess drawer yang lain. Malas hendak bertangguh lagi. Mesti beli.
Pemilihan KULLEN adalah kami buat di situ juga.


Masa habis membayar, anak-anak sudah bising kelaparan. Makanya saya beli dua karipap dengan kuantiti yang banyak. Kasihan kan.
Karipap memang sold out sungguh petang itu. So kena tunggu karipap sejuk dulu untuk makan. Tapi semua sudah tidak boleh tahan lagi. Maka HC duty untuk, tiup sejukkan karipap dan suap sekali.
Punyalah lama dalam IKEA yang sejuk itu, dua kali Hafiy ganti pampers dan baju sekali. Kuyup.
Alhamdulilah, terima kasih ALLAH atas rezekimu pada kami sekeluarga.

Tengah tunggu karipap sejuk.

Dalam kereta, sambung lagi makan karipap. Kotak KULLEN muat letak dalam kereta. 
Dan carpet letak di bonet.

5 comments:

aliaaroslan said...

seronok ramai anak. meriah...

Eliss said...

eliss pun nak cari almari baju anak2 gak.nayla tak der lagi. cari yg besar la utk dua beradik. x larat tengok jenis terbuka tu..huhuhu.

Ms Haslina said...

aliaa - alhamdulilah. mcm2 gelagat.

eliss - mmg pun kena cari. 'sakit mata' kan tgk baju bertingkat2 gitu.

mamaarifakeemaisy said...

Waah anak2 semua folow ye, tak ada yg m3lasak dlm ikea tu? Klu eina penat tu bwk si adik, my lari2 saja, mmg tak lama kt ikea..huu..

Puas hati byk jugak brg dibeli :-)

Ms Haslina said...

budak2 tetap aktif sahaja kan eina. kena banyakkan bersabar sahaja lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails