Followers

Friday, August 16, 2013

Kerja.


Ya ALLAH sudah hari Jumaat. Kalutnya alahai.
Aduhai, saya memang masih terkejar-kejar dalam menyiapkan kerja di office. Itulah, siapa suruh kerja mula hari Rabu. Kan sudah tidak cukup tangan.

Sampaikan appointment klinik untuk Hafiy semalam petang pun saya terlupa. Serius. Pada hal sudah catit bagai di kalendar meja depan mata lagi. Boleh juga termiss kan. Itupun bangun pagi tadi baru saya teringat.
Nampaknya next week lah baru pergi klinik untuk Hafiy cucuk 5 bulan.

Motif dan agenda utama sekarang ialah, perlu menyiapkan soalan exam plus dengan answer scheme sekali. Padahal hari Rabu dan Khamis semalam saya tegar dalam menanda paper test subject Construction Management dan Fluid Mechanics. CM itu ada dalam 41 orang students with 9 questions. Dan FM ada 3 soalan calculation with 35 students.
Memang tepu otak dengan keras tangan jari-jari pegang pen merah sambil tekan calculator kira total marks sekali. Penatnya.
Cadangan lain ialah untuk menyelesaikan penandaan tutorial, assignment, laboratory report yang sudah melebihi ketinggian tempat letaknya (rujuk picture di atas hehehe.). Tapinya planning itu perlu di letak tepi dulu.
Bekal nasi dan lauk memang hari-hari bawa. Memang waktu santai gembira berhari raya sudah tiada. Hatta untuk keluar lunch pun di skip. Lagi pun kantin pun masih tutup lagi.
Saya perlu siapkan soalan exam hari ini. Ada 3 subjects semuanya.
Kepala memang macam blank kalau sudah petang-petang macam semalam. Badan memang tidak perlu ceritalah, memang penat sesangat.
By hook by crook mesti kena siapkan hari ini. (Boleh ke?)

p/s Sila jangan tangguhkan kerja-kerja anda.
Kerana akhirnya anda juga yang 'keras' sendiri.

Musykil Agama. Baca artikel Zihar talak berbeza.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails