Followers

Monday, August 12, 2013

Di rumah sahaja.

Assalamualaikum dan Hai hai pada semua.
Mesti ramai agaknya yang sudah mula bekerja hari ini kan. Saya ucapkan Selamat bekerja dengan tekun, hati itu janganlah gundah gulana sangat. Lagipun Syawal masih berbaki 25 hari gitu.

Saya dan keluarga selamat sampai ke rumah pada Sabtu tengah malam, kiranya dekat jam 1 pagi Ahadnya. Kisah jem di kg sebab ada kemalangan pada petangnya. Tapi tidak mengapalah, bukan teruk sangat pun jem kami malam itu. Memang kereta bergerak perlahan. Nanti hendak storylah pasal accident ini.

Saya planning mula bekerja pada hari ini sebenarnya. Huhu, boleh sahaja macam 'malas' pula pagi tadinya. Masih seronok lepak-lepak, ulit-ulit dengan baby Hafiy atas katil. Makanya kita tambah cuti lagi satu hari. Sebenarnya ambil cuti satu hari sahaja, iaitu Selasa sebelum raya.

Petang tadi kami sempat ke Pasar Borong Selangor. Sebelum itu kami ke JJ dulu, untuk HC pos barang customer. Boleh sahaja komputer di Pejabat Pos offline, makanya tidak boleh berurusan.
Weh, mengadanya. Hari itu di Kuala Pilah pun berlaku offline,tapinya ok sahaja kerani bertugas guna cara manual.
Memang patut pergi pasar pun. Maklumlah semua sudah kosong dalam peti ais. Jalan pun clear sahaja tadi. Saya minta HC belikan ikan and telor juga. Fuh how I miss telor dadar in this moment. Minta jauhkan sekejap ayam, daging bagai. Hehehe.
Malam ini cadangan ialah sup sayur dan tauhu. Dan tidak lupa ialah telor dadar. Plus dengan lauk sambal goreng yang terbang jauh from S'pore. Alhamdulilah.


OTW balik dari pasar, sempat singgah beli durian tepi jalan. Anak-anak yang memang sudah lama minta belikan, since puasa lagi. So beli RM10 untuk 3 biji durian comel.

Pictures raya-raya semuanya masih dalam HP dan Camera. Insyallah nanti-nanti baru upload.
Pada yang masih di kg, selamat riang gembira berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.

Cuba baca artikel ini Anti sosial pada pagi Syawal. 
Betul rasanya kan.

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Salam aidilfitri buat awak sefamily..

Memang betul sungguh artikel tu..
Sayangnya kesempatan yg ada sesekli bertemu klu msg2 sibuk dgn gadget kan..sedih pun ye jugak..huu..

Ms Haslina said...

salam aidilfitri pada eina sekeluarga juga.
simpati sebab berhari raya sehari di kg yea. nak buat camna kan, suami eina bertugas yea.

hakikatnya zaman teknologi kan eina.

maidatul said...

Sabtu tu akma kluar awal ke seremban kalo tak memang kena ikut jalan lain untuk ke seremban...
Xcident tu melibatkan kematian kan..

Ms Haslina said...

akak mmg sudah rancang keluar lewat.cik abang nak tgk bola dulu.

a'ah, katanya 2 kematian.
alfatihah pada mangsa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails