Followers

Tuesday, March 3, 2015

Saya kepada Aku dan jokes in lecture

Mulanya hari ini saya akan tukar kata nama saya kepada aku kembali. Harap maklum. 
I feel aku is better than saya. Bukan aku tidak tetap pendirian. Tapi aku rasa mana yang aku rasa selesa.

Walau sudah masuk 14 tahun aku menjadi lecturer. Aku tetap rasa diri ini adalah seorang yang biasa-biasa sahaja. Walau dulu study diploma civil engineering sampai migrain nangis-nangis telefon emak di kg dari public phone tepi blok asrama.
Lepas graduated terus taubat tidak mahu sambung study lagi. Gila sungguh siapa yang sanggup sambung degree lagi lepas habis diploma.
Dan aku di beri rezeki oleh ALLAH untuk belajar lagi kerana ALLAH sahaja yang tahu mana terbaik untuk hambarnya kan.
Ambil degree civil engineering, ambil lagi kan. Tabah sungguh belajar engineering walaupun aku rasa aku ini bukan excellent meletop pun. Alhamdulilah grad degree juga aku akhirnya. Sudah-sudah study di UTM yang masa zaman aku ialah universiti tendang menendang nama sinonimnya. Ketaq kepala lutut tau.
Kadang-kadang aku ada feeling bangga dalam hatilah kan. Sebab aku ialah anak didik UTM dari diploma hingga degree. Sungguh mahal ilmu yang ada dalam diri aku.

Aku sekarang ini tetap pergi kelas mengajar macam biasa, habiskan sylibus. 
Tanya students ' understand or not?, any question? and please ask me question!. Oh sampai begitu sekali aku mahu students menanya soalan.Sebab diaorang ini memang payah sungguh hendak tanya soalan. Padahal ada sahaja yang kurang faham sebenarnya.

Semalam bual dengan classmates aku, dia nasihat pada aku kalau mengajar itu memang perlu ada selit jokes tau. Hah!.
Saya memang kaki lawak sebenarnya. Tapi macam mana mahu tukar cara mengajar yang sudah 14 tahun cam gitu ke tetiba dengan selitan jokes.

Ok saya akan cuba tukar nanti. Saya cuba demi murid-murid kesayangan.
Sambil fikir zaman belajar di UTM dulu ada tak lecturer yang kaki lawak. Ada ke hah?
And kalu mengajar kira-kira@engineering, macam mana ek jokes nya? Aduhai.

Macam iklan contact lences tak?

2 comments:

Eliss said...

saya pun suka jugak lecturer kaki jokes tapi kalau subjek matematik janganlah ajar sambil jokes , hasilnya 3 kelas failed..hahaha..prof madya yg famous amos tau kat uitm lecturer tu..hahahaha. saya pulak anak didik uitm diploma sampai degree.hehehehe.

Ms Haslina said...

wah, 3 kelas failed. seram tu.
kira-kira mmg boleh lah kelakar2 kan.

syabas anak UiTM.bila mahu sambung lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails