Followers

Sunday, February 10, 2008

Ulu Bendul at my Negeri Sembilan - update 16 nov 08

Terletak 20km dari Pekan Kuala Pilah,dengan air nya yg masih jernih dan teramat sejuk dari pagi hinggalah ke petang,melalui Jalanraya Kuala Pilah ke Seremban, 20 Km dari Bandar Seremban dengan melalui jalan Bukit Putus yang jalan nya seperti 'ular di palu' bengkang-bengkok.
Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di Hutan Simpan Angsi.
Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter.
Untuk sampai ke puncak, permulaan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Di Hutan Lipur ini juga di lengkapi dengan
kemudahan -
  • Tandas Awam
  • Gerai Makanan dan Minuman
  • Gerai Cenderahati
  • Tempat Makan
  • Kawasan perkhemahan
  • Kawasan perkelahan yg selesa - sekiranya ingin mendirikan khemah juga bbq
  • Aktiviti lasak
  • Chalet
  • Tempat parking kereta
  • Surau
  • Kemudahan awam - menaiki bas atau teksi samada dr Pekan KP atau dari Bandar S'ban

Dan yang terbaru di UB ialah Taman Ular.Tapi aku sendiri belum berkesempatan nak pergi tgk tempat tu.Lain kali rasanyer..

14 Oktober, 2007 10:14 AM
Anaconda Di Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul
KUALA PILAH, 14 Okt (Bernama) -- Anaconda, spesies ular sawa terbesar di dunia, akan ditempatkan di Taman Ular Sawa yang dicadang dibina di hutan rekreasi Ulu Bendul dekat sini."Ini akan menjadikan taman ular sawa ini yang pertama seumpamanya di Asia," kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.Katanya Jabatan Perhutanan Negeri telah diberi tanggungjawab untuk menjadi agensi pelaksana bagi projek itu yang dijangka menjadi satu lagi tarikan di kawasan hutan rekreasi di kaki Gunung Angsi itu."Kita sudah dijanjikan dua ekor Anaconda dari Brazil dengan syarat ia ditukarkan dengan dua ekor orang utan, dan kita sudahpun dijanjikan pula oleh pihak berkuasa di Sabah untuk menyediakan orang utan tersebut sebagaimana yang diminta pihak Brazil. InsyaAllah, Anaconda itu dapat kita bawa tidak lama lagi," kata Mohamad.Anaconda, reptilia spara akuatik yang menjadi ikon kawasan Amazon, adalah ular terbesar di dunia yang berat badannya boleh mencecah sehingga 200 kilogram.Ia jarang dapat ditemui dalam keadaan liar kerana sifatnya yang gemar menyelam dalam sungai atau dalam hutan yang ditenggelami air dan dalam kawasan paya, yang menjadi habitatnya.-- BERNAMA

p/s - model2 dalam pic diatas ialah my nephew and En Hendra

edit nov 2008 - taman ular tu katanyer ditutup sementara kerana ular nyer mati, tp ada anak ular yg masih kecil lagi. klu nak tgk pic ular2 tu sebelum tu lah leh cari kat blog nie, ada pic pi tgk ular2 tu.




4 comments:

Diana Ishak said...

hoihhhhhhhhhhhhh.

aku boring ok cuti lama sgt nih!!!

Ms Haslina said...

hehehheh...tu dia puan diana yg amat dedikasi terhadap kerja nyer...bosan ek cuti lama2...

Anonymous said...

reen,

ayg pon tak tao reen nye link blog ilang, nape eh,
padahal ari tu dah update masuk lam blog ayg..huhu,

nnt ayg masuk kan semula :P

Ms Haslina said...

oooo...iyea kea...tq ayang :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails