Followers

Wednesday, June 11, 2008

citer semalam..semalam lagi

Aduh lama nyer tak update blog. He he he bukan aper busy dengan berehat2 dengan keluarga. Hahhaha. Hari sabtu hari tu aku mcm biasa jea..masak utk family..keluar pi beli barang2 dapur kat Tesco Ampang and Jusco Maluri. Da petang2 tu tidor lah kami sekeluarga. 3 orang sekali atas katil queen tu. Seronok jea..Ialah klu tidak Haziq mmg tido kat bawah sorang2 jea. Di atas katil cuma kami suami isteri aja. Aku bangun dulu lah da rembang petang tu..utk masak lauk makan malam. Kerana aku duk ingin makan daging jea 2 - 3 hari tu..so aku masak sambal daging + tomato dan juga sayur sawi putih wat goreng jea. Habis makan..biasa jea..bermalas-malasan depan tv bersama keluarga. Seronok amat. Tapi Haziq da tido da dalam jam 10 lebih kot.
Monday tu aku datang opis awal. Memula aku hingat aku da lambat. Rhupanyer jam aku cepat 5 minit. Aku punch card jam 8.10am...punyalah awal tu. And the whole day on monday...aku busy marking students paper. Kiranyer satu hari tu kerja aku marking and marking. Alhamdulilah menjelang jam 5 pm gitu aku selamat selesaikan semua kerja aku..termasuk key in marks.
Dan hari selasa semalam aku cuti @ mc. Tapi bukan duk umah pun. Aku temankan kakak aku..ada hal sikit. Jam 8 am gitu aku da kuar dari umah. Drive masuk KL amek kakak aku kat opis dia di KLCC. Kiranyer semalam tu aku breakfast, lunch and minum petang with my sister. Sesambil tu sempat gak aku jejalan kat Suria KLCC sorang2 sebab kakak aku ada hal masuk opis kejap. Sambil2 tu mmg aku nak cari baju baru untuk Haziq. Da kebetulan ada kat shopping complex...aku pun masuk lah Parkson. Cari2 dapat baju kemeja pertama utk Haziq..warna biru petak2 dengan seluarnyer sekali..harga rm 36 lepas less 50%.
Aku sampai umah da masuk Asar da. Lepas tu tidor kejap..bangun2 masak makan malam. Malam tadi tu aku wat nasi goreng jea...lagipun mmg da lama tak masak gitu.
Tengok citer sindrelela yg merapu2 tu..bosan jea...pastu tengok..MR MAMA. Boleh En Hendra kata..aku tu sama lah cam watak isteri dalam citer tu..mesti MERAUNG giler2 klu suami tak ada di sisi. Ahak....ahaakkk..Dalam cerita tu..suami dia meninggal akibat accident.
Bagi aku klu 'x de disisi' sebab ada hal penting..im still fine...but klu jadi mcm cerita tu..semesti nyer aku..ahha...x nak fikir lah.

"Alah u ni bang...i ni kan anak MANJA..u KNOW me kan..i need U most as a husband and a father to Haziq...and i really need u to guide me as ur wife and a mother..and definitely I LUV U SO MUCH SAYANG.."
Jam 10.30 pm cam biasalah mesti tengok Desperate Housewife..dulu aku tak suka citer ni...tp lepas aku tgk2 dan tengok..aku rasa drama nie mmg mcm menunjuk kan realiti kehidupan sebenar..kiranyer tak de tipu2..tunjuk yg sebenarnyer..deep down nyer lah.
Tapi part pasal CHURCH tu...baru ku tahu dalam agama cristian ni macam2 gereja nyer..camna tu ek..
Jam 12 malam da tido da..tido berdua ngan Haziq jea. En Hendra dunno bila tido nyer. Last aku tengok dia ialah depan komputer dia.

6 comments:

Ceera said...

kan, me pun baru tau gereja ni ada macam2, hehehe.. apa da...

haruslah meraung kan kalau hubby takder d sisi..

Ms Haslina said...

tu lah ceera...mcm2 je kan..merapek jea..

hubby tak de...semesti nyer whuaaaa...

Anonymous said...

tulah..akak pon dah addicted ngan desp hswives nih..mmg ada mcm2 gereja sbb diorg pon ada mcm2 mazhab/fahaman

Ms Haslina said...

mmg perasaan pasal diorang agama diorang yg mmg ada banyak fahaman..tp x sangka lah pulak dalam satu tempat tu sendiri..ada banyak 'pilihan' utk pergi gereja..

:: Wiween :: said...

salam kenalan buat kak haslina gak.;)

Ms Haslina said...

awin...tq sebab melawat kat sini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails